Friday, June 29

:: diri sendiri..tak bace oun tak pe::

bismillah

lame tak menaip..
di alam baru...

kini batapa aku menghayati doa

"rabbana la tuzigh qulubana ba'da izhadaitana wahablana minladunka rahmah innaka antal wahhab"

~~~~~~~~~~~~~~

permohonan tuka course dalam proses doakan yang terbaik untuk saya dan untuk anda jugak...
econ>>>>>hs>>>>= psikologist

~~~~~~~~~~~~~~
buat hal time orientasi..
saje nak bercerita..
hari orientasi yang menggelihatikan saya

tgh beratur di padang...sedang bergerak ke dewan untuk test EPT dan APT....
pagi tu bangun awal..maka mengantuk..lalu menguap sehingga pin tudung patah haha..kelam kabut cari pin..
nak balik ke mahallah jauh sangat di mahllah zainab..
dah la tak kenal lagi org kiri kanan..sume buat mcm tak nampak saya yang terkapai2 hampir lemas
buat muke tak malu jumpa commitee...kakak yang baik cabut pin tudungnya dan bagi kat saya..huhu..
jalani periksa yang susah dengan tenang~~~tenang??? uhuk~

moral~~~ kenali org di sekeliling..menguap tutup mulut dan bbace 'aauzubillahimin assyaitaani rajim'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ada konsert kahfi dan pentomen yang best...
sangat memuaskan hati walaupn panas di padang...
so far uia soo gud..
my room mate ada terengganus....kepongs..n cheras...
best..all ekons...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

doakan saya tabah dan terus beramalma'ruf dan nahi mungkar...kuat2 asma...

Thursday, June 21

::from someone to someone::

Tautan Qalbu

Tika Allah pertemukan kita
Tiada pernah resah mengusik jiwa
Ukhuwwah yang utuh terjalin
Nur Ilahi bersama mengiring

Walau mengenali sebentar cuma
Walau hanya menguntum senyuman mesra
Allah hadiahi kita kasih sayang
Mekar indah dalam kemesraan ukhuwwah

Ukhuwwah terasa sungguh indah
Menyunting hati tiada gundah
Impikan jannah Ilah
Berpadu qalbu mengatur langkah

Bersama tautan qalbu
atur langkah menjadi satu
Dalam payah tiada menyerah
Berpegang teguh pada tauhid liLlah

Tetapkan hati kami ya Allah
pada jalanMu yang satu

terima kasih ye..

:: kemas...kemas...::

bismillah
saat ini sedang sebok mengemas itu dan ini..mengemas barang dan borang... mengemas diri...mengemas minda..untuk kembali menuntut ilmu...menyusun hati agar stabil di dunia baru nanti..CENFOS UIA im coming...!!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, June 19

:: demi matahari ::

:: penghabisan stok ::





























design kedua: berwarna oren dan putih.terdapat jalur hitam di tengah dada.
Harga dulu RM 25.00 kini RM 17.00

design pertama : warna hitam hijau, di lengan terdapat 2 jalur hitam dan putih.
harga dulu RM25.00 kini RM 17.00

p/s : adevertiser yg tak bertauliah..sebarang pertanyaan silalah bertanya... tak pendai nak convert design dari excel ke word atau picture.. terpaksa guna model tak bertauliah...

Wednesday, June 13

:: lontarkan pandangan mu ::

dalam masyarakat binatang ada kemanusiaan... dalam masyarakat manusia ada kebinatangan... cuba fahami betul2..kata2 ni dipetik dari rancangan 360 di TV 3.. apa yang anda fikirkan?

:: istikharah ku ::

Istikhara

Jabir (R.A.) states that Prophet Mohammad (SAW.) taught them the Istikhara dua with such constancy and used to say that when a person is in any dilemma, he should perform two rakaats nawafil Salaat and thereafter recite the following dua:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِهِ

"O Allah, with Your knowledge I seek the good, with Your power I seek ability and Your mighty favour for certainly You have the power that I don't have, You know and I do not Know and You Know the unseen. O Allah, in Your knowledge if this work is good for me in this Duniya and the Akhirah (hereafter), then let it be for me, grant me blessings in it and if it is bad for me then keep it far away from me and grant me any destiny that will make me happy".

Tuesday, June 12

:: kerana ia begitu berharga ::

bismillah
hikmah dari pengalaman baru2 ni..

cuba anda bayangkan anda mempunyai syiling satu sen...anda ambil dan simpan...jumpa lagi simpan lagi anda kumpul sebanyak2nya kemudian anda tukarkan nya di bank...sudah tentu dulu jika anda tinggalkan ia merata2 tak berharga kini nilainya besar dan sangat berharga.

anda bayangkan pula anda mempunyai sebiji eppal...berkhasiatkan!! tapi anda tak mengusiknya anda biar sehingga hampir busuk..anda berniat untuk membuangnya..buah tersebut akan terus rosak dan menjadi juadah ulat...namun jika anda mengambil bijinya dan cuba menanamnya dan menyemainya anda berikan air yang secukupnya...anda tambah baja agar ia tumbuh sihat..ia akan tumbuh dan kemudian membuahkan hasil yang cukup berguna dan bermanfaat pada yang lain2 pula...

satu lagi perumpamaan...
menangguk di air yang keruh..mana tahu di dasarnya ada mutiara...menjala di lautan berombak mungkin susah tapi mana tahu anda berhasil membawa naik hazanah berharga..

sebanyak perumpamaan saya utarakan..sebenarnya ape yang ingin dikatakan sebenarnya mengenai tanggung jawab kita dalam membangunkan islam dan menyebarkannya....saat anda menyeru mungkin ramai yang tak menerima dan anda tak seharusnya berputus asa dan berundur kerna anda perlu ingat masih ada yang mendengar dan mahukannya..jika hanya kerana satu suara yang lantang menentang lalu anda berundur anda mungkin telah mempersia2kan hati-hati lain yang rindu dan mengharap pada ilalhi rabbi...jika anda andaikan hanya satu yang anda sia2kan apakah mungkin yang satu itulah yang sebenarnya murtiara paling berharga.

mengimbau kisah perjuangan rasulullah....

pada asalnya dakwah rasulullah ditentang dan dibantah..namun baginda tetap berjuang menyampaikan risalah islam kerna baginda yakin dalam ratusan yang menentang pasti ada hati yang kan terkesan...rasulullah mengumpulkan hati-hati insan yang ketandusan dan baginda sirami dengan nur iman kemudian baginda satukan mereka agar terbentuk sebuah kekuatan (seperti syiling satu sen yang dikumpulkan...)dalam perjuangan baginda juga kita boleh lihat dalam ramai-ramai penentang yang lantang menentang namun berkat ketabahan dan doa baginda yang lantang menentang akhirnya lembut dan membenarkan perjuangan rasulullah malah dia pila yang lantang mempertahankan islam..siapa lagi kalau bukan saidina umar..dulunya lantang menentang islam..namun sehingga kini dia terkenal atas kelantangan dan keberanian mempertahankan islam (mcm epal yang hampir busuk namun anda cuba manfaatkan...)dan dalam ramai2 manusia yang anda lihat kerosakkan padanya jgn lupa mungkin di antara mereka yang masih berharga dan boleh di bangun dan dibentuk agar ia boleh menjadi mutiara dan permata agama....

insyaAllah...berkat doa keikhlasan dan kesabran tak ada apa yang mustahil dengan izin Allah....
moga bermanfaat untuk semua....

Thursday, June 7

:: tak jumpa tuhan ::

bismillah..
tiba-tiba terkenang satu kata2 dari ustazah suhana kepada bakal2 pelajar yang dah nak pergi meninggalkan sekolah

" ust rasa pelajar2 smi ni yang keluar dari sekolah banyak yang berubah mcm2 rupa..ada yang berubah terus 360 darjah..ada yang 180 darjah...bukan semua yang menjadi buruk..tapi yang buruk tu lah yang terlihat..ust rasa sangat sedih seolah2 pelajar2 ni tak jumpa tuhan di dalam tarbiah sekolah...yang dia nampak takut pada guru displin dan malu kalau tak jadi baik dalam environment yang baik sbb tu bila keluar terkejut dengan mcm2 keadaan..sebenarnya kalau kita kenal tuhan..kenal pada agama insyaAllah semua perkara yang mendatang bukan melemahkan tapi makin menguatkan diri dan hati kita..ingat lah betapa ruginya org yang tak dapat mencapai khusyuk dalam solat..malah ada sesetengah org yang lebih khusyuk dalam solat sunat dan solat hajat(sbb ada hajat) banding solat yang wajib..."
-ust suhana-
(lebih kurang laa)

kalau di ikutkan mmg suasana di dunia SMI atau any sekolah bertarbiah sudah terlalu baik dibandingkan dengan sekolah lain yang tak dipantau tarbiyyahya..kalau tak masakan guru2 luar yang melawat ke sekolah memuji pelajar2 SMI yang dikatan sangat baik...mcm mana pelajar sekoah XXX boleh mengatakan wajah pel2 smi bercahaya(hehe saya tak nampak pun).....dan pernah berlaku seorang guru sekolah kebangsaan melalui kawasan sekolah pada waktu pagi dan terlihat seorang pelajar berjalan dalam keadaan menadah tangan berdoa..dan memuji pelajar tersebut dan merancang untuk membawa pelajarnya melawat sekolah kami sedangkan pelajar yang dilihatnya tadi sebanarnya hadir lambat ke sekolah dan majlis perhimpunan pagi sudahpun bermula...tapi tak kisahla apa pun yang penting mmg suasana di smi ini terpelihara...biah yang cuba di bentuk alhamdulillah..biah yang solehah
namun adakah kebaikan yang diamalkan oleh pelajar hanya kerana suasana bukan kerana kefahaman dan keyakinan terhadap apa yang diamalkan...???

namun bukan semua begitu..ramai juga yang mana hasil dari biah yang solehah inilah menjadikan mereka org2 yang hebat dan dapat mnjaga diri dan hati walaupun dalam biah yang qabihah ..dan mereka yang rindu akan biah yang solehah inilah yang cuba membangunkan biah yang solehah dalam kehidupan sekeliling mereka..mereka menjadi ikan di laut yang masin namun tak terkesan kemasinan pada diri mereka..mereka juga yang menjadi biji benih yang tumbuh bercambah walau pun dicampak ke tanah yang tandus...

tak kira apa punca dan kesannya ingat lah bahawa dari mana asal usul kita pun..dari mana kita dididik..dan di mana pun kita dicampakkan hidayah itu milik Allah..dia yang berkuasa menentukan dan membolak balikkan hati hambanya..maka berdoalah kita moga Allah pelihara kita..hati kita..dan iman kita..agar kita tetap istiqamah pada jalannya...

moga bermanfaat untuk semua...


Monday, June 4

:: TEKAD ::

sajak ini hadiah dari seorang sahabat..ditulis oleh ibunya untuk kami semua..
disaat2 SPM makin hampir...

di kejauhan ini
membuat aku sesekali berasa sepi
keheningan belantara mencengkam suram
namun hikmah kesunyian
membuat aku kenal makna sayang
menyanjungi erti pengorbanan
mendahului usia kematangan
perasaan mesra, kasih dan rindu
kusandarkan hanya padamu yang satu
di kehijauam ini
membuat aku sesekali berasa iri
menimba ilmu dalam kekurangan
menggalas impian diatas kedhaifan
namun hikmah keterbatasan
mendidik jiwaku
mengenal erti sabar
memiliki tekad kental
Qana'ah, pasrah dan tawakal
subur di sirami keikhlasan
walau di perlembahan....azamku setinggi awan
walau di persir..pulau idaman semakin hampir
walau tangan tak sampai....kejayaan pasti ku gapai
biar bagai mustahil...impian kabur kan bertukar zahir
manis kejayaan itu
kepada ayah bonda nanti kupersembahkan
kepada guru bakal kuhadiahkan
kepada semua akan kuhamparkan
dan syahdu kesyukuran yang tak bertepi
akan ku panjatkan kepada mu ilahi