Wednesday, January 27

sabar macam siput

bismillah.

sabar. mudah dikata tak mudah di amal.
mari kita ambil motivasi kesabaran dari lumrah alam. tadabbur sebentar. setiap kejadian fitrahnya menuntut kesabaran. menanti benih bercambah. menanti pokok berbuah. menunggu matahari terbit. pasti ia menuntut beberapa masa. dan penantian menuntut kesabaran. inlah antara latihan kesabaran. mengajar kita bahawa bukan manusia sahaja di uji kesabarannya. apatah lagi yang mengaku diri khalifah

"apakah kamu kira kamu sudah beiman sedang kamu belum di uji"

pernah kenal siput. atau lebih famous sebagai snail.

makhluk ini sangat sabar.
fitrahnya, ia bergerak perlahan.
size tubuh yang kecil.
pasti mengambil masa untuk bergerak.
bayangkan anda tersekat dalam kesesakan lalu lintas. tidak dapat bergerak.
ouh lemas.
bagaimana siput. harus bergerak perlahan. sepanjang hidupnya.
kalau ke mahallah safiaya, merata-rata kesan siput dipijak. tanpa sengaja. tak perasan..andai saja ia boleh bersuara. pasti sudah menjerit. tapi itulah fitrahnay.

cuba lihat diri kamu,
cukup sempurna. melihat. becakap. bergerak pantas. bebas ke sana ke mari. bebas bersuara. maka mesti jadi lebih baik. jadi yang terbaik. sebab kita ciptaan terbaik.
lebih bijak.maka harus lebih syukur.
masihkah mahu menjadi seperti haiwan ternakkan atau lebih teruk dari itu?

maka, kamu sapatutnya harus boleh lebih sabar. sabar lagi dari siput.

dapat relate kah? tak boleh tulis panjang. peperiksaan menanti.
sabar ye. tunggu tamat peperiksaan.

p/s: sabar macam siput. seolah menjadi trade mark pula sejak AM hari tuh.

Monday, January 11

kita raikan fitrah

salah itu lumrah
lupa itu fitrah
cinta itu anugrah
sayang itu amanah

Allah uji dia
Allah uji kita
sayang pada dia
kita bantu dia
sayang pada DIA
kita kembali pada DIA
kerana DIA matlamat kita
kerana DIA matlamat kita dan dia

benci pada dosa
bukan benci pada jiwa

raikan fitrah
raikan ukhuwah
ikut landasan Allah

senyum (^___^)v

islam untuk semua.
untuk dia. si dia. kita.
dan semua umat manusia.

p/s: fahamkah?

Saturday, January 9

hidup itu amanah

dan kehidupan itu adalah suatu amanah. setiap titis peluh yang mengalir keluar andai bukan atas amal mardhatillah, maka akan Dia pertanggungjawabkan.. maka peganglah pada amanah.. pautlah tali Allah

hidup penuh tanggungjawab dan amanah. bukan hanya pada diri sendiri. pada orang disisi. kiri kanan.depan belakang. manusia dicipta untuk suatu amanah. ertinya manusia itu mampu memikul amanah. kerosakkan dan kecuaian terjadi kini atas kecuaian sendiri. tidak mengikuti piawaian dan petunjuk dari Rabbi. angkuh. sombong. apa kau kira kau mampu bergerak sendiri. tanpa tangan amanah ilahi. tanpa kaki tanggungjawab rabbi, hatta nafas sehari2 Dia yang beri. maka apa yang kau harapkan lagi. nah. majulah melangkah biiznillah..kembali pada panduan utama.petunjuk dan panduan hanya dari-Mu. maka perkuatkanlah kami.

Tuesday, January 5

walau sekecil amal

bismillah
salam
membaca sangat seronok.. kan?
sedang dalam pemabacaan, nukilan amru khalid. tajuknya "dari hati ke hati"
sungguh meresap ke hati.

satu kisah yang boleh saya quote balik. kisah imam ahmad bin hambal.

suatu hari sedang dalam permusafiran, beliau bertemu dengan seorang lelaki yang sedang merompak. kemudian diekorinya lelaki tersebut dan di dapati lelaki tadi solat. maka kata imam ahmad kepada lelaki tadi
"hai pemuda, kau merompak da nkau solat. ini bukan cara menjaga hubungan baik dengan Allah"
jwb lelaki tadi
"iya. memang aku banyak berdosa dan aku tahu sekian banyak pintu-pintu hubungan ku dengan Allah yang tertutup. namun aku takkan biarkan semua pintu-pintu itu tertutup. akan ku jaga pintu yang ini semampu aku."

suatu masa yang lain pula, imam ahmad pergi menunaikan haji dan di sisi ka'abah terlihat seorang lelaki sedang meratapi dosa-dosanya. kata imam ahamda kepada dirinya. mcm ke kenal lelaki ini lalu doa pun bertanya,
" bukankah kamu lelaki yang merompak tempoph hari"
jwb lelaki itu,
"iya..akulah dia dan kini aku telah bertaubat dari semua dosa-dosa dan kemaksiatan padaNYA"

kata imam ahmad kepada dirinya sendiri,
"lelaki ini telah menjaga satu pintu untuk Allah dan Allah telah membuka semua pintu-pintunya untuk hambanya yang benar-benar ikhlah"


moral of the story,

sejahat manepun diri kita jangan sekali-kali menutup diri kita sepenuhnya dari kebaikan dan dari rahmah tuhan. jagalah penjuru kebaikan yang kita mampu walau sekecil-kecil pintu. moga bermula dengan yang kecil tapi ikhlas ini Allah kurniakan hidayah maghfirah kan keampunannya yang lebih agung untuk kita dan menuntun kita kearah kebenaran dan kebaikan yang lebih besar!! wallahua'alam.

sudah lame tak membaca. maka lama tak menulis.

umi kate "A Good Leader Is A Good Reader"

semarakkan kembali budaya membaca.

p/s: banyak nye kedai buku di sini. ringan tangan membeli. poket hampir tak da isi. bacenya tak hadam2 lagi.. isyi..isyi..isyi..