Thursday, February 25

subjektif kah?

bismillah
mu'amalah harian kian mencabar.
hukum asalnya memang tidak boleh.
namun ada keringanan dalam hal-hal pelajaran.
urusan kerja dan pengurusan.
urusan dakwah dan jual beli perubatan.
namun to what extent ia dibolehkan?

adakah wajar ber'sms' lewat malam
adakah wajar berchatting lewat malam
adakah wajar meringan2kan dalam tingkah dan percakapan
adakah wajar bergurau senda gembira menjadi selingan
adakah wajar jarak dan sentimeter menjadi ukuran

orang kata yang dalam tu yang jadi ukuran
bukankah yang luar mencerminkan yang dalam
tapi
sebaik-baik kamu adalah yang paling bertaqwa
yang paling menjaga setiap tingkah kata tindakan
yang paling memelihara batas dan larangan
yang paling peka luar dan dalam
kiri dan kanan
atas dan bawah

pemilihan ke syurga bukan secara rawak dan rambang
tapi pada penelitian penilaian pemerhatian Allah
jitu dan persis
semua jadi saksi
anggota pancaindra, malaikat, alam semesta
maka
mari kita menjaga
semaksima mungkin

kita nilai diri kita
dan yakini Allah juga menilai.
hujah di mulut dinilai
hujah hati pun dinilai
maka...

mari bekerja dan beramal
mari belajar dan beramal
mari berusaha dan beramal

(^_____^)v

Monday, February 8

pengajaran minggu ini

Allah maha HEBAT, segala hal dihujung jarinya. selalu DIA buka jalan yang kita tak sangka-sangka di saat kita rasa hampir putus asa. terima kasih Allah atas segala nikmat yang kau kurniakan. maka wahai diri, tawakal dan berserahlah padanya setelah kamu berusaha..dan yakinlah bahawa DIA pasti di situ.

disaat sebegitu banyak nikmat yang dia kurniakan ini, apa yang kamu dah lakukan untuk DIA? sungguh DIA tidak rugi walau sedikit bahkan kamulah yang sebenarnya dalam kerugian. yang NYATA