Tuesday, November 6

misr ya misr [1]

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

selesai sahaja pengajian di UIAM bulan June yang lalu, pelbagai perkara bermain di kepala memikirkan arah langkah kehidupan yang seterusnya. macam-macam idea menerjah. Dunia dirasakan seolah terlalu luas untuk diterokai.

alhamdulillah ala kulli haal..

setelah 3 bulan berkhidmat bersama Aqsa Syarif Berhad, Alhamdulillah. akhirnya kaki sudah berjaya menjejak bumi Mesir. 23 hari telah berlalu.

Aturan Allah lebih baik dari segala sesuatu. dan jangan pernah sesekali berburuk sangka dengan Allah.

sekian untuk muqaddimah.

Ahhh bumi mesir!

disambut debu sampah sarap dan segala jenis asap motok kereta lori dan rokok. ditambah dengan jalan jammed dan kereta yang tiada penghawa dingin.

nasib baik kakak yang menyambut kami, sudah lali dengan kerenah arab malah fasih berbahasa arab ammi itu bijak membuat deal dengan ammu teksi agar hanya menyedut sebatang sahaja rokok beracun itu.

masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan tentang bumi Mesir ini.

negara ini berpenduduk padat gilerr. mencecah lapan puluh empat juta orang. di ibu negerinya sahaja, cairo, sudah menyamai jumlah total penduduk Malaysia. dan, majoriti penduduknya terdiri dari pada golongan muda Muslim. satu aset besar untuk Islam yang harus dimanfaatkan sebaiknya.

Alaa kulli haaall.

Tujuan musafir jelas. Untuk dua misi besar. namun ternyata, Allah kurniakan lebih dari apa yang dihajatkan.

bila ditanya, apa expectation bila berada di mesir? apa pandangan saat pertama kali menjejak bumi ini? hampir setiap perkara ingin dibandingkan dengan bumi Syam yanag pernah dijejaki 4 tahun yang lalu. sangat berbeza! Moga Allah lindungi dan pelihara penduduk saudara-saudara kita di sana. Ameen..

namun, side-kick yang turut bersama dalam musafir ini, secara tak langsung mengingatkan agar jangan mudah membandingkan antara satu dengan yang lain. setiap negara mempunyai kisah, ciri-ciri, keistimewaan dan kelamahan tersendiri. Malaysia juga begitu. ada baik ada buruknya.

di mana pun kita berada, fokuslah pada matlamat kita. bumi mana pun, bumi Allah juga. Moga Allah sentiasa bersama kita.

bukan bumi yang mengubah manusia.

hanya yang membuka hati dan berusaha memahami ibrah besar dari sebuah musafir kemudian bermujahadah untuk pembaikan akan menerima faedah berjuta lemon dari permusafiran itu.


"maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati [akal] mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang didalam dada" 

surah al-hajj: 4 puluh enam [keyboard rosak untuk menaip numberss]

barulah pulang nanti menjadi orang baru yang ada ummph!

maka bermulalah pengembaraan... Bismillah!