Saturday, March 31

:: road 2 java.. love to share::

hurm.. baru prasan kronologi yang songsang...tapi tak pe lps ni akan diperbaiki..
stakat ni dulu..okeys..
antara anak yatim yang paling ramah dan aktiv.. panjat pokok petik buah jengkol...huhu tak reti nak makan buah ni.. tawar dan menguningkan gigi...tapi tak pe..thanks ya..
ke rumah anak2 yatim...wa sambutan yang amat mengharukan kami.. kami bermalam bersama anak2 ini...cukup menyentuh hati.. anak2 di sini kbnykkan mereka remaja anak kecil hanya ada 3 org..yang lain sudah pandai urus diri.. so kami rapat dengan mereka sebagai teman sebaya.. mrk cukup ramah...

ini pula tempat kami di beri pengisian dan tazkirah...di rumah salah seorang penduduk di sini.. ummi iski namanya...atas rumahnya ini mmg selalu dijadikan tmpt prog...(ini juga lah tempt penginapan akhawat)
di Iqra Islamic Centre di Pondok Gede, Bekasi, Jakarta, Indonesia..our first destination.. ni hari kedua di sana.. kami diberi task untuk mengajar anak2 mengaji.. ikh pula masuk ke kelas2.. ada juga yang mengajar senam aka PJK..
peserta2 yang kepenatan...

baru sampai di lapangan terbang.. bergambar di airport aka bandara..ni dpn bas... terkejut jugak tgk nama bas ni...HIBA..

:: DEMI MASA ::

demi masa
sesungguhnya manusia dalam kerugian
kecuali mereka yang ingat mengingati
dengan kebenaran dan kesabaran...



Friday, March 30

:: MANN ANA ::


Akulah petualang mencari kebenaran. Akulah manusia yang mencari makna dan hakikat kemanusiaanya ditengah manusia. Akulah patriot yang berjuang menegakkan kehormatan, kebebasan, ketenangan, dan kehidupan yang baik bagi tanah air dibawah naungan Islam yang hanif.

Akulah lelaki bebas yang telah mengetahui rahsia wujud-Nya, maka aku pun berseru, “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, tuhan semesta alam yang tiada sekutu bagiNya. Kepada yang demikianlah aku diperintahkan dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”

Inilah aku, Hassan Al-Banna. Dan kamu, kamu sendiri siapa?

siapa kita? pikir2 kan
..

Thursday, March 1

.: IMAN :.

Manfaat daripada Sahabat Rasulullah SAW.Berpesan dan berkata Ibnu Abbas


~ :" Kebaikan menyebabkan sinaran putih pada wajah, cahaya dalam hati, keluasan dan kelapangan rezeki, kekuatan pada badan dan kasih sayang di dalam hati orang lain."Kesimpulannya :Kebaikan merupakan satu intipati dalam kehidupan seorang muslim. Muslim itu beriringan dengan kebaikan. Pada dirinya tampakan kebaikan dan kebenaran. Lantaran itu, sebarkanlah kebenaran dan kebaikan di mana sahaja saudara berada. Dekatilah Rabb:~