Friday, July 15

aku dan kisah pemalu

maluuu
tunduk tersipu-sipu
cukupkah sekadar itu?


bercakap tentang malu, tiba-tiba tergerak untuk berkongsi kisah muda mudi dulu. ketika zaman sekolah. sungguh aku pemalu. lebih-lebih lagi untuk bermuamalah dengan lain jantina. memang dari kecil. mak selalu kata, malu tak bertempat. langsung tiada confidence lebih-lebih lagi jika berkait dengan lain jantina


pernah teringat, suatu hari ikut mak ke pejabat pos. mak tengah tulis sesuatu pada parcel yang nak dihantar lalu minta aku untuk beratur ambil giliran. kebetulan hari tu ramai sangt orang. lelaki pulak tu. zaman tu tak da pakai nombor giliran mcm sekarang. punyalah kecut beratur. pucat. nak nangis. mata tak berkedip fokus pandang mak. tak teralih. tiba-tiba ada orang tegur, ''dik, depan lagi''. menggeletar nak luruh jantung. terus lari kat mak. dan2 kene marah sebab tinggalkan barisan kene beratur semula. haha mak tanya kenapa lari. sebab ramai sngt orang lelaki. ^___^


di sekolah juga sama. kami sememangnya dilatih untuk menjaga batas-batas pergaulan. tahun 2005, ketika di tingkatan 4. MPP memperkenalkan laluan untuk pelajar lelaki dan perempuan. beberapa keping peta laluan di edarkan. tangga juga diasingkan lelaki dan perempuan. asalnya ramai yang merungut, sbb perempuan harus jalan dan pusing jauh.


tapi itu tak jadi masaalah bagi aku dan beberpa orang kawan aku. kami memang akan pusing sejauh mungkin untuk elak kawasan-kawasan yang ramai lelaki. sanggup menyelit celah pokok, pusing satu block, lalu belakang kolam, lalu kawasan gelap pun suke (semasa tinggal di asrama)


teringat seorang kawan, semasa form 3, bangunan kami berkongsi dengan abng kakak tingkatan 5. waktu rehat untuk ke kantin kami harus lalu koridor kelas tingkatan 5 untuk ke tangga. dan waktu itu juga abng-abang senior suka suki bertenggek di koridor. saat kami nak lalu mereka akan beratur sebaris ditepi. ada yang 'baik' akan mengadap kami yang nak lalu. kami semua lalu mendekat ke dinding tersipu-sipu malu, tapi uniknya seorang sahabat saya akan jalan sambil betul-betul melekap ke dinidng. mcm ni,







melampau lah kalau betul-betul mcm ni. tapi posisinya lebih kurang mcm ini. lalu abang-abang gelarkan gaya ini sebagai menempel. haha. zaman sekolah. tapi sungguh tak patut kalau saudara-saudara tingkatan 5 berada di situ saat-saat saudari-saudari beriman nak lalu. walaupun kata kawan tu "aku bukan la malu sangat pun aku geliii" hehe


kalau di kenang sungguh banyak cerita kelakar tentang muamalah dan ia terasa lucu bila dikenang semuala.. kelakar-kelakar pun, itulah biah yang aku sangaat rindukan. biah yang telah mendidik aku seperti hari ini.


tingkatan 1, 2 dan 3 aku rasa aku masih sngt pemalu. pernah jadi bendahari kelas si tingkatan 2. setengah tahun aku tak mintak duit pada budak lelaki sebab malu. sampai satu tahap aku rasa kene jugak cakap. berpeluh-peluh dahi. gementar. akhirnya keputusan aku ambil untuk tulis nota dan serah pada mana-mana budak laki. aku tulis satu ayat. padam. tulis lagi padam. dah siap tulis aku lipat. bukak balik. sampai lunyai kertas. last2 aku mintak kawan yang bagikan dan aku terus keluar kelas. syadid kan. haha


masuk tingkatan 3, 4 dan 5 semuanya makin ok. diberi tanggungjawab untuk beberapa post aku dilatih untuk bermuamalah dengan cara yang betul. pengalaman di tingkatan 1, dan mengajar aku banyak perkara dan menjadi matang dalam muamalah


sungguh. waktu itu sangat ditekankan tentang bataas muamalah. hakikatnya muamalah antara lelaki dan perempuan adalah haram kecuali dalam keadaan darurat. seperti antara doktor dan pesakit. atas urusan jual beli. atas urusan pembelajaran. dan keadaan yang dibolehkan juga dalam batas-batas dan adab-adabnya.


ya, dalam Al-Quran tiada nass atau dalil yang betul-betul jelas tentang ini. tiada garis panduan yang spesifik untuk tunduk ketika bercakap, atau pandang ke telinga atau pandang ke dahi atau apa-apa fatwa lagi yang ada. 


pokok pangkalnya adalah malu. tahu malu? hehe






malu sering dikaitkan dengan wanita. gaya tunduk pemalu penuh ayu. tapi itu bukan ukuran malu yang sebenarnya. dan malu juga bukan khusus untuk wanita sahaja. hakikatnya Baginda Nabi juga adalah seorang yang pemalu kama wurida fil hadith,


“Rasulullah saw memiliki rasa malu melebihi malunya gadis pingitan” (Muttafaq’alaihi)

hakikatnya, malu harus digandingkan dengan iman.


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang, dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."

dalam hadis lainnya,

الحَيَاءُ وَالإيمَانُ قُرِنَا جَمِيعًا ، فَإنْ رُفِعَ أحَدُهُمَا رُفِعَ الآخَر

“Malu dan iman itu bergandengan bersama, bila salah satunya di angkat maka yang lainpun akan terangkat.”(HR. Al Hakim dalam Mustadroknya 1/73. Al Hakim mengatakan sesuai syarat Bukhari Muslim, begitu pula Adz Dzahabi)



cube baca makna malu dalam image di atas. sungguh begitulah yang dituntut dalam islam saat kita berhadapan dengan tuhan. how do we look and how do we perform is truly important in the eyes of Allah. kan? dengan adanya malu, kita akan meninggalkan perbuatan-perbuatan buruk dan hina.
malu pada Allah kita akan malu untuk mengingkari perintahnya. atau malu untuk membuat dosa. malu pada manusia juga akan menghalang kita untuk melakukan sesuatu yang tidak elok dipandang manusia dalam neraca imanlah pastinya.

dan mari kita koreksi diri, muhasabah diri kita sendiri. setebal manakah malu kita?




dalam dunia muamalah masa kini yang serba canggih dan serba luas dan dalam keadaan masyarakat yang bercelaru begini, jadi sukar untuk kta definisikan erti muamalah islami yang sebenar. kan?

maka formula paling mudah adalah dengan tak lain dan tak bukan, bina dan didiklah sifat malu dalam erti kata yang sebenra. bukan yang terlalu sempit dan bukan pula yang terlalu bebas.

asasnya iman.

rosak iman, terhakis malu.
hilang malu, sila periksa keadaan iman.

nilaiannya iman. kan? ini KPI nya. hehe

akhirkata, mari kita hayati 2 hadits ini...

jika rasa malu sudah tidak dimiliki oleh seorang muslim. berarti ALLAH telah mencabut keimanan dalam hatinya, sabda Rasulullah SAW; “Sesungguhnya Allah Ta’ala apabila hendak menghancurkan seorang hamba maka Dia mencabut rasa malu, dan apa bila rasa malu telah dicabut, maka dia akan dibenci orang, dan apa bila dia dibenci maka akan dicabit darinya sifat amanah, dan apa bila amanah telah dicabut, maka engkau akan berkhianat, dan dicabut darinya rasa kasih sayang, dan apabila kasih sayang telah dicabut, maka engkau akan melihatnya menjadi orang yang terkutuk, dan apa bila engkau melihatnya terkutuk, maka lepaslah tali Islam dari pegangannya.“(HR: Ibnu Majah).

"Merasa malu kepada Allah ialah kamu memelihara kepalamu dan apa yang difikirkan. Engkau memelihara perut dan segala isi kandungannya (makan minum) dan kamu selalu mengingati mati yang mereputkan tulang-belulang. Sesiapa yang mahukan akhirat, hendaklah dia meninggalkan perhiasan dunia. Sesiapa yang melakukannya, dia telah malu kepada Allah."
(Hadis riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)




infotambahan,


wallahu a'lam

dan tak perlu ketahap ini lah,



7 comments:

Anonymous said...

salam..nice entry...
utk org yg mmg bersekolah agme spt saudari, mudah utk berkelakuan sedemikian..dah dididik dr akar umbi..bagaimana pula dgn org yg bersekolah cmpur(jns kebangsaan) yg tmpt duduk dikelas pun bercampur laki n perempuan walaupun tak btul2 bersebelahan..family factor pun important gak..mcm mane ye utk org2 yg mmg backgroundnye x spt saudari..sy yg mengalami ni agk cemburu dgn org yg punyai bckground spt saudari..namun ni bkn alasan tuk x leh mcm tu kn..kami dlu xtau pun couple xleh..kami ingt mmg org da besar kne mcm tu..da msuk u bru tau..kami faham zina x boleh, sentuh2 tak leh tapi xtau pun couple xleh..da couple bru tau..nk clash mmg berat..da syg la katakan..tp cuba jgk..alhamdulillah da clash tp ingt2 lg, ade mesej2 jgk tnye khabar..nak nangis jek rase..nk nikah mcm kwn2 uia yg nikah awal tp family kami x fhm mcm family mereka..akhirnya kami clash dan cuba x contact lngsg..da lme sgt kalo teringat ade jgk tnye khabar sbb dgn family dia pun da kenal dan sgt rapat..walaupun jaga batas2 aurat dan sopan2 melayu mse couple dlu, still rse berdose..mmg family education mempengaruhi..sgt cemburu..kami kne berjuang lwn nafsu sedangkan kalian da boleh berjuang utk yg lain2 spt utk masyarakat..apa pun, ni lah ujian..cuma nk komen anda sbb ramai kwn2 yg msih bercouple, kwn ngn laki spt biase sbb kami 'lain' drpd kalian..pray for me..

~amatullah~ said...

salam.
terima kasih kerana sudi baca dan komen post ni. alhamdulillah.

erm. ini pandangan saye lah yang serba kurang ini.

Allah kurniakan pengalaman/perjalanan hidup berbeza untuk orang yang berbeza sesuai dengan kemampuan dia. sy yakin Allah letakkan saudara/i pada tempatnya kerana saudara/i mampu menghadapinya. ntah kalau saya yang berada di tempat saudara/i apa akan jadi pada saya.

dan semstinya pahala kalian lebih besar kerana mujahadah yang kalian perlu tempuh lebih besar.

dan pengalaman kalian dimasa lalu pasti akan buat kalian lebih menghargai iman yang kalian ada sekarang. iman seteguh umar yang ada zaman jahiliyyah silamnya namun telah bangkit bersemangat menjadi orang yang dijamin syurga. dan pasti, umar juga menangis mengenangkan zaman silamnya.

kami yang berbackground sek agama juga manusia. yang ada perasaan fitrah. nak berchenta couple semua ni. yup kami manusia biasa. mungkin secara luaran kami boleh lagi menjaga kerana suasana sngt menjaga kami, adanya guru-guru yang mengingatkan, namun yang dalam hati..hurm perlu pada mujahadah juga melawan nafsu. kan?

namun, tak dinafikan suasana yang terjaga sangat penting dalam pembentukan diri.

sy sngt bersyukur sampai saat ini saya punyai ramai kwn yang selalu mengingatkan. so, kesimpulannya.. anda pun boleh. jom cari kwn-kwn yang boleh ingatkan kita balik selalu. usrah is a good solution jgk. (^__^). hehe saling ingat mengingatkan.

kan?

saya doakan anda selalu. terus kuat berjuang ye saudara/i.

~amatullah~ said...

dan tentang kwn anda tu, saya doakan anda. kalau dia jodoh terbaik moga kalian disatukan :). berkat perjuangan kalian menjaga diri , hati dan iman masing-masing.

saya sangat kagum dengan anda!

utrujah said...

haha. ana nak gelak baca. teringat dulu yang menempel tu siap dapat nama *wallpaper* tu. adoi la.
tu tak cerita lagi kes nak suruh photostate tapi cakap suruh print. peluh besar nak control cool. mengekek ketawa kalau ingat balik...

btw, having cik anony punya comment betul2 appreciated. salute lah! semoga Allah terus menunjukkan kita semua jalan-jalan untuk menjadi muslim dan mu'min yang lebih baik insyaAllah

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* said...

salam.
kalau cerita perihal malu, saya sangat3 suka baca tulisan hilal di sini: http://ms.langitilahi.com/perkongsian-wahai-perempuan-lihatlah-anak-syu%E2%80%99aib-itu/

sama-sama kita muhasabah diri dan terus buat improvement.

boleh rebut peluang Ramadhan yang dah around the corner ni utk latih diri lagi ^_^

wallahua'lam

-syaimaa'-

Nieys Manja said...

dah agak da!!memang syaimaa punya stail tempek kat dinding macam 'spiderman' =p

Anonymous said...

assalamualaikum ana dah baca entry nie dalam satu majalah wah maju ya enti ;) moga sentiasa diberkati