Monday, April 30

:: dah tahu tapi bwat tak tahu ::

udah gaharu cendana pula..dah tahu bertanya pula..

mcm tu la juga seorang kawan saya ni..beberapa hari lalu saya ke rumah seorang teman...
sudah lama tak berjumpa...rindu rasanya. banyak yang kami ceritakan...tentang die.. die bercerita tentang dirinya....katenye dia sudah punya "kapel" (haha saje eje camtuh).. die bercerita tentang si dia..camne bleh berjumpa..hrm..saya diam dan iyye kan aje...setelah puas bercerita die tanya pada saya...'ape perasaan awak bila awak tahu saya berkapel?'...' rase mcm nak sepak je'..saya jawab dalam nada bergurau..dia turut tertawa..haha..kelakar ke...??? saye bertnya pada die..." erm org skarang ni berkapel mmg bermatlamat nak kawin ke?' saja saya nak menduga hati die..mmg diakui hidup tmn saya ini mmg sudah biasa bergaul dgn mcm2 org....dari sebaik2 org sampailah ke sejahat2 org...' tak lah ...tak semua yang berkapel nak kawin ade yang saje2 je..tapi ade je yang nak kawin'... jawab dia...' awak pulak? ade rancang nak kawin ke dgn die?', ' ada, dipun ade ajak kawin tapi saya tak nak..kecik lagi la..', ' tau pun kecik lagi berkapel tak rase mcm diri kecik lagi plak'...
diam shj die..'hurm...ntah la..'...
cerita teman saya ini lagi,
'kawan2 saye ramai yang dah kawin ..dekat 7/8 org jugak la...'...nak ringkaskan perbualan..katenye kawannya yang sudah berkahwin tu ade sbb dah terlanjur n ade yang sbb mmg suke...mrk ni hidup mewah ,duduk rumah sendiri...mcm mana sara diri???? parent tanggung.. kebanyakan yang kawin ni anak org kaya...hurm
..ntahla...
sabar aje la bile dah jadi mcm nih....
saya belum melangkah ke dunia luar sane..dengar cerita ni pun dah menyeramkan saya apatah lagi bile saya keluar nnt...
saya doakan moga saya diberi hidayah, saya doakan anda juga, untuk sahabat teman saya juga...

Sunday, April 29

:: baru ::

bismillah
blog ni tak berwajah baru, tapi barmatlamat dan hala tuju yang baru...
ini blog saya, anda pembaca sasaran saya, anda juga pembimbing harapan saya, ini jurnal hidup saya, dan saya harap anda membimbing saya...saya sayang diri saya, saya juga sayang anda semua...agar nanti pabila saya tercampak ke mana2...saya tahu saya masih ada anda semua...
andai dunia itu nanti berbeza saya mahu lari ke dunia saya..bersama anda semua..dimana? di sinilah..
muga ia bermanfaat untuk saya, anda dan mereka semua
dengan lafaz bismillah..
saya rasmikan blog ini......

:: ihtifal yang best ::


ihtifal
1. gambar bersama batch 8...ramai nye yang tak de..ramai yang balik awal..tapi inila batch 8 yang amat kusayangi...rindunya nak sekolah balik...











2.time acara perasmian...sempat bergambar bersama para penerima anugrah. dari kiri, wan nab, ntah, sumey, nurul, mars, kin, fana..










3. lagi gambar bersama selepas ihtifal tamat...org tengah berkemas nih....














Saturday, April 28

:: Di Hening Malam ::


Di waktu hening malam
Di waktu sepi sebarang bunyi
Di waktu manusia di alam mimpi
Embun pagi membasahi bumi

Bangunlah insan bangunlah
Buangkanlah selimutmu
Sucikan badanmu dan pakaianmu
Sujudlah menyembah membesarkan Tuhanmu
Panjatkanlah doa
Pohonkan ampunan dari-Nya
Agar bersih hatimu dan juga akalmu
Tundukkan nafsumu kepada kebenaran
Pangkat dan darjat yang tertinggi
Bagi yang berjaga malam

Di waktu malam yang sunyi sepi
Untuk Tuhan tertinggi lagi terpuji
Jadikanlah malam merintih dan mengadu
Kepada Tuhanmu
Agar kerja kita dipimpin-Nya

Wednesday, April 25

:: pertunangan saya ::

bismillah..
ingin saya umumkan sesuatu di sini..
satu pengumuman yang saya harap dapat membetulkan kekeliruan anda semua...
ya..memang benar saya sudah bertunang...
pertunangan yang memang sudah dirancangkan..
sebelum saya dilahirkan lagi saya sudah di tunangkan...
dan saya redha dan saya harus menerimanya...
saya tidak boleh menolak...
ini satu perjanjian...
saya harus menerimanya..
dan bila2 masa saya akan bersamanya...
saya harap anda dapat menerima berita ini..
oleh itu saya tidak lagi boleh berlagak seperti tak berpunya..
saya sudah berpunya.....
saya hidup pada satu perbatasan..
saya tidak boleh bergaul bebas...
saya tidak boleh bertindak tanpa memikirkan dia...
tanpa memikirkan perasaanya..
saya tidak boleh melupakan kasih sayang dan perhatiannya terhadap saya..
tak mungkin saya akan abaikan dia..
saya mohon agar tiada yang menduga kasih dan cinta saya padanya...
saya harus menjaga diri dan hati saya..
saya harus menjaga pandangan saya terhadap apa yang tidak halal bagi saya...
saya harus saya harus tumpukan hati saya pada dia...
kerana dia yang hakiki buat saya..
saya mahu jadi yang terbaik dan teristimewa untuk dia
saya harus buat pelbagai persediaan sebelum saya akan bertemu dgn dia..
saya harus bersedia...seperti yang telah termatri dalam perjanjian...
saya harus patuh pada perjanjian andai saya ingin bahagia...
ini bukan satu keterpaksaan..tetapi inilah realitinya..
saya gembira dan bahagia..
saya tahu dan saya yakini inilah yang terbaik untuk saya....
doakan saya akan bahagia bersama dia...

dialah Allah....tuhan saya...pemilik saya..kekasih hati saya..penawar duka saya..tempat saya adukan segalanya....dia lah satu-satunya yang dapat memberi kebahagiaan kepada saya ...hanyalah dia..yang menentukan semua...
doakan saya bahagia
di sini dan disana
setia
disisinya...

Tuesday, April 24

:: KERAK BUAT MAK ::


Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti. Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.
Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku... " ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"... seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu' Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'... dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" ..

Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar kalah dengan apa yang kami saksikan.." YA RABB Engkau peliharalah Ibu kami, Ampunilah Dosanya, Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga " . AMINN

~~ Cerpen di atas adalah copy-paste semata tiada kaitan untuk yang hidup ataupun yang telah meninngal dunia. harap dijadikan iktibar buat kita semua~~

Saturday, April 21

:: ???? ::

bismillah....

tiba2 saya terfikir satu perkataan iaitu "kutu rayau siber" tak tahu kenapa...
tapi saya mcm nak jelaskan sesuatu tentang topik ini..tapi bukan sekarang..sbb sekarang saya terlalu penat...dan harus memenatkan diri lagi lps ni....
saya terlalu sibuk untuk semalam, hari ini, esok, lusa, esok lusa, dan lusa lusa dan mungkin juga esok lusa punya lusa..... nikmat masa yang lapang untuk saya sudah ditarik....sekarang tiba waktu ujian untuk saya mengurus masa saya dengan penuh amanah dan tanggungjawab....ni juga satu nikmat sebenrnya bagi saya...

manusia hanya disibukkan dengan dua kesibukkan, sekiranya tidak dipenuhi dengan kesibukkan tugas dakwah kita akan disibukkan dengan hal2 yang sebaliknya.........

skian...

Thursday, April 19

:: Q I Y A M A T ::



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Apabila berlaku hari kiamat itu, [2] Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. [3] Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat). [4] (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan. [5] Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, [6] Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran, [7] Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); [8] Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? [9] Dan puak pihak kiri; alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?[10] Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); [11] Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), [12] (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. [13] (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; [14] Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
[56:1-14]


saat Allah memuntahkan lahar dari gunung merapi di jogja...sungai menjadi kering..padang yang hijau hangus kehitaman dan berbagai kemusnahan berlaku dalam sekelip mata..(gambar di atas) ini baru sedikit berbanding dengan apa yang telah dijanjikan tentang hari qiyamat.
dimana kita pada waktu itu dan golongan manakah yang akan kita ditempatkan..semuanya bergantung pada usaha dan amalan kita sekarang...

Tuesday, April 17



ok.. no more sleep...bangun...
lihat dan pandanglah kehidupan dengan mata hati...
pandang kanan ..pandang kiri...
mula langkah baru...

"demi masa
sesungguhnya manusia di dalam kerugian
kecuali mereka yang ingat mengingati
dengan kebenaran dan kesabaran"

Monday, April 16

:: S . O . S ::

bismillah...
pernahkah anda merasakan tahap keboosaanan yang melampau dalam jiwa dan fikiran anda...disaat anda tidak tahu apa yang boleh anda lakukan di rumah..
anda tidak boleh keluar rumah atas sebab2 tertentu..anda harus barada dirumah bersendirian...
anda mahu mengemas..owh rumah sudah bersih dan suci dicuci...anda mahu saya memasak...sape nak makan.. tiada orang di rumah...anda mahu saya membaca..saya tak boleh melakukan kerja yang statik dalam keadaan sunyi kerana ia meransang mata saya untuk "berehat"..apa..apa...apakah yang harus saya lakukan..berikan ku sabaris kata...apa nak buat??? any idea?? bantuan anda diperlukan....huhu..

moga idea dari anda bermanfaat untuk saya, anda, dan mereka...

mungkin kini mata hati saya sedang terkunci untuk melihat sesuatu yang bermanfaat untuk dilakukan saat Allah kurniakan saya kelapangan masa...jadi saya mengharapkan anda semua untuk ingatkan saya apa yang bisa saya lakukan..... bak kata Jimmy Neutron "think...think..."

terima kasih....

Sunday, April 15

:: ingin sekali aku ::



Ingin Sekali Aku mencoret apa di minda,
melakar apa yang tercerna di kepala.....
memahat apa yang terlihat oleh mata dan pancaindera...
meluah apa yang terbuku dalam jiwa...
menconteng apa yang tersentuh oleh hati...
melukis dengan pena kejujuran...
agar tehasil lukisan kehidupan...
disulami melodi alam....

irama kesyahdua....

rindu pada tuhan...

ingin sekali aku...
diingat dan diperbetulkan....
dinasihat dan dicorakkan...
dibangun dan dikejutkan...
dari alam mimpi..
agar aku hidup dalam realiti...
tak terhanyut di bayangan fantasi....

ingin sekali aku..
menjadi insan yang istimewa...
pada tuhan akulah kekasih bukan tersisih..
pada ibu akulah permata bukannya kaca...
pada ayah akulah mutiara bukan batu tak berguna...
pada teman akulah pelangi menjadi penyeri...
pada insan akulah mentari bukan awan hitam...


ingin sekali aku...
mencurah dan dicurahkan....
ilmu dan pengalaman....
agar dijadikan pedoman...
untuk diri yang kelalaian.....
untuk hati yang kesuraman...
untuk jiwa yang kegersangan...
sebagai penanda jalan...
agar tak kesesatan.....
agar tak ketandusan..
hati ummat akhir zaman.....
penuh cabaran..
menduga iman...

Saturday, April 14

:: untuk siapa , untuk apa ::

Kite seringkali menjadi org paling sibuk dalam dunia....

sibuk sebagai anak, membantu keluarga
sibuk sebagai pelajar, menuntut ilmu( homework ,assignment dll)
sibuk sebagai kawan , meluangkan masa bersama mereka (nasihat, kongsi itu ini)
sibuk sbg manusia biasa, melayan diri sendiri, (makan, tidur, berhibur, surf. intr dll)
sibuk sebagai khalifah, mcm2 prog (usrah,tamrin, daurah)
sibuk sebagai hamba Allah (ibadah dan tazkiyyatunnafs)
dan macam2 lagi kesibukkan yang mendatang..
kadang2 diri yang satu ni diperlukan di merata tempat dalam satu masa..
hurmmm.. masa mcm ni lah yang paling susah...nak kene pilih mana satu yang harus diutamakan dahulu..

main boling/usrah
last minute assignment/ tamrin
bersama kawan/keluarga
layan diri / mad'u
solat di rumah / masjid
ceramah di surau / malam konsert nasyid

nak kene pilih..pilih..pilih...mungkin antara 2..mungkin antara 3...pilih..dan pilih lagi
kite jadi dalam dilema
nak utamakan yang mana
" kita tak tahu antara dua...hala yang berbeza...
sblah hati inginkan ##, sblh hati inginkan ##
..agar tuhan membimbing kita"

bicara hati pun mula begema:

hati side A: main boling la..dah lame tak jumpa kawan2 lame..rapatkan ukhuwah ape?
nnt habis cuti tak leh nak jumpe lagi..bile lagi..hari ni ramai free..nnt esok2 semua
dah sibuk, kalau usrah jumpe org yang same gak...lagi2 muke tu..minggu
dpn blh jumpe lagi..
hati side B: usrah la, minggu ni ustazah ada hal penting nak bincang..urgent katenye..memang
tak boleh tangguh.. minggu ni aje..lagi pun minggu lepas dah tangguh...tak nak
tangguh lagi.. bnyk lagi care leh rapatkan ukhuwah..takkan la tak main boling
putus ukhuwwah....
atau mungkin
hati side A: hari ni panatla..nyusahkan betulla anak usrah aku sorang ni..time org tngh rehat la
nak jumpe, nak itu , nak in,hari tu time usrah org tanye ade ape2 nak bincang sume
tak de..ni org nak rehat time ni la nak ngadu....nak jumpe..dah la hari ni penat...nak
tido pun ade org nak kacau..tangguh la esok ke luse ke... karang petang ade mutiara
hati, smlm nabila main bola lawan kump melinda kalau kalah habis rumah mas aji
kene rampas...
nak tengok..tak leh lepas episod nih.... hari ni pnye cerita best

hati side B : kesian adik usrah aku sorang ni...tgh ade masalah tu..mungkin besar masalah die
( kalau kecik kene kau) ape salahnye aku korban sikit mase aku ni...mutiara hati tu
nanti leh suruh org cerite..cerita tu conflik die tak abis2... lagipun kalau aku dapat
bantu adik ni besar pahala... mana tau nnt die plak tolong aku lepas ni...korbanla
sikit.. org kapir tak pernah rahat dari usaha dia merosakkan islam takkan aku ni
nak jumpe anak usrah sendiri pun susah... layan aje la..insyaallah nnt Allah akan
permudahkan urusan aku pulak...

ha.. ini baru hati ..belum tambah iman...belum tolak nafsu...belum bahagi syaitan..belum darab malaikat...belum punca kuasa masalah lain..transport, duit..mcm 2

TAPI.....

apa yang kita paling perlu ingat adalah hakikat kita sebagai manusia.. tujuan , hala tuju dan tanggungjawab kita... mana yang paling awla buat kita..

" mungkin kamu cintakan sesuatu tapi hal itu buruk bagi kamu, mungkin kamu bencikan sesuatu tetapi hal itu baik bagi kamu...sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat kamu"

kita hidup punya hala dan tujuan...pilih mana yang lebih mengarah kepadanya...
kita hidup punya tanggungjawab dan kewajipan...pilihlah untuk laksanakannya...
kita hidup penuh ranjau ujian...pilihlah untuk mengharunginya..
kita hidup mmg dikurniakan nafsu dan rasa cinta pada kesenangan..pilihla untuk mengatasinya

hidup bukan tak ada rehat..tapi ingatlah selalu pada kerehatan yang abadi
hidup buakan tak ada kesenangan tapi carilah kesenangan hakiki
hidup bukan tak ada hiburan..tapi awas terhadap hiburan yang memakan diri...

hidup penuh pilihan...pilihan di tangan kita....pilihlah yang terbaik untuk kini dan selamanya...
berani hidup tak takut mati...takut mati jangan hidup..takut hidup mati sahaja..

Tuesday, April 10

:: tireeed ::


bismillah..
moga apa yang dicoret tak melukakan dan tak menimbulkan fitnah.. segala yang baik dari Allah dan segala yang buruk juga darinya dan dizahirkan oleh ku....

hari ini memenatkan..
sangat penat..
pukul 1 tgh ade driving test QTI.. pck hantar ke jima ingatkan boleh terus buat tapi kene tunggu.....tunggu.. tunggu sampai kul 3.30..hei..saya sangat penat..melanguk kat situ..hari yang panas pun makin mendung...semendung hati saya...panas...saya belum makan..
bila tiba waktu yang dinantikan saya menuju ke arah kereta tester..saya nampak kawan saya turun dari kereta tu..die menangis..eh..gagalkah dia..ish tak mungkin..dia memandu lebih baik dari saya..eh..kalau dia sampai menangis saya macam mana? tak pe saya naik je kereta..
hari makin mendung..saya bawa shj seperti yang saya tahu..saya buat ape yang patut...reverse..ops saya tak perasan ada kereta dibelakang... tibe-tibe guruh berdentum di tepi telinga saya " ooooiii..kau tak nampak ke kereta kat blakang tu...belaja ke tak belajar" hei ....padan la kawan tadi menangis...tak pe2 saya boleh saya buat je lagi..tiba2 " ooiii bagi la signal...awak ni kenape...awak nak ke gagal..belum sampai pagar keluar dah banyak salah.."
hurm...saya terus bersabar terus memandu saya buktikan saya pemandu yang hebat...tiba tiba dalam perjalanan nak ke impian emas hujan turun selebat2nya.....alamak saya tak nampak jalan. kiri tak nampak kanan pun tak nampak depan pun tak nampak apa yang saya nampak..hujan yang mengaburkan pandangan oh..tolong..instrukter kat sblh ..die tak tercakap ape..mungkin sbb saya tak buat salah(hehe)
saya terus memandu..org kat sebelah tu duduk tegak smcm..hehe die tanye saye awak nampak dpn tak? hehe saya senyum saya kata saya tak nampak...hehe ape die nak buat nak tuka tempat mane boleh...saya bawak aje lah...akhirnya sampai pun ..saya bertahmid......alhamdulillah...

nak tau ape komen die..hehe tak payah la..
ei kira ok la..saya baru blaja 4 jam...sptutnya nak masuk QTI kene drive minimum 10 jam..tapi cikgu tu nak cptkan saya supaya dapat lesen cepat dia tipu pada borang...(syhuuu...jgn bitau sape2) ok ape..bawak dlm hujan lebat lagi..hehe..saya lulus tau..jgn terkejut

sebenarnye instrukter yang marah tu bukannye garang pun..dan saya tak kisah die marah...terus masuk dalam otak melantun ke hati apa yang die cakap dan saya akan ingat selalu..biasa la tu..(walaupun mcm nak nagis gak tadi)...mcm2 cara org guna untuk mengajar...kat sekolah pun saya ade kene marah kene cubit pun lagi dgn cikgu maths hehe..tak siap homeworks..tapi itulah asam garam menuntut ilmu...dan cikgu yang garang tu lah yang saya paling ingat...doakan saya lulus ye..

aku dambakan petunjuk mu tuhan bagi menyuluh jalan,
aku dambakan hidayah mu tuhan sebagai panduan agar tak tersesat jalan,
aku dambakan ikatan cinta mu tuhan agar aku terus berjalan,
aku damba ingatam mu tuhan agar aku tak kelalaian
redho mu tuhan yang ku harapkan...

Sunday, April 8

:: Daruttauhid ::


Bismillah

Tertarik sangat dengan cadangan untuk membentuk satu kerjasama dalam Pals untuk menggabungkan kepakaran yang ada pada semua ahli alumni smih untuk bekerja bawah satu bumbung...berkongsi kepakaran dan membina kekuatan...

rasanya perkara ini tak mustahil...
ketika di indonesia....ketika melawat daruttauhid.. saya sudah bermimpi untuk membina tempat sebegitu di malaysia.. mungkin ada yang belum tahu ape itu daruttauhi...ia pada asalnya hanyalah sebuah persantren lalu berkembang menjadi sebuah masjid dan bergiat aktif dalam membangun masyarakat setempat..lama kelamaan daripada sebuah tempat pendidikan mereka membuka koperasi kecil di bawah masjid milik mereka..untuk memenuhi keperluan kewangan masjid...alhamdulillah pasarannya mendapat sambutan...apabila berlaku pertambahan org yang datang ke persantern ditambah masyarakat yang sudah mendekati persantren kooperasi tersebut diperbesar menjadi kedai dan revolusi demi revolusi dan kepakaran penuntut persantren dan ahli keluarga yang lain digabungkan akhirnya kini mereka berjaya membentuk satu empayar perniagaan yang besar. kini mereka mampu mempunya stesen radio, stesen tv, majalah, akhbar, pasarraya, hotel, tadika, butik, agensi perlancongan,fesyen designing, syariakt animasi, persantren sehingga mencapai 28 anak syarikat (seperti pada gambar di atas: list anak syarikat dibawah naungan daruttauhid) ....dan satu kelebihan ia terletak di tengah2 kota masyarakat dan berdekatan dengan universiti dan pusat kota bandung... antara perkara yang sangat membanggakan saya kesemua insan yang bekerja di bawa naungan daruttauhid diberi tarbiah dan diterapkan dengan nilai seorang muslim...etika berpakaian dan batas perhubungan yang dijaga membuat siap yang berkunjung ke ssitu berasa segan perperangai "jahiliyyah".. setiap kali waktu solat semua aktiviti di tinggalkan kedai ditutup dan semua berkumpul di masjid. kemudian setiap hari isnin pagi semua pekerja akan dikumpulkan dan diberi pengisian..kemudiam sambung bekerja.. oleh kerana mereka mempunyai syarikat pereka fesyen muslimah..denagn kemampuan itu semua pekerja perempuannya memakai uniform muslimah yang sangat membahagiakan hati dan mata yang memandang...owh saya cukup terpesona. ( ganbar di bawah adalah stesen radio mereka)


pada khamis malam jumaat akan diadakan ceramah dan qiam terbuka di masjid daruttauhid..bayangkan org yang datang ke situ bermaca2 rupa..yang perempuan ada yang tidak berudung dan berpakaian tidak menyenagkan duduk dalam majlis untuk mendengar pengisian dari pada peneraju daruttauhid sendiri...selesai pengisian diteruskan dengan muhasabah dan doa dan kebanyakkan yang hadir menitiskan air mata...penyampaian yang cukup megkagumkan diselang seli dengan gelak tawa kemudian di sulam dengan tangis keinsafan... masyaallah..................
bayangkan la sekiranya usaha pals tadi berjaya di adakan di malaysia alangkah bahgianya
dan indahnya... bangganya kita sebagai org islam andainya kekuatan kita dipadu dan menjadi sebuah empayar perniagaan ditambah keistimewaan sebagai empayar perniagaan muslim yang membangunkan pelbagai kepakaran.dan juga membangun kekuatan muslim..kita buktikan org islam mmg boleh.. tak perlu bina dari sifar sbb SMIH adalah tapak asas permulaannya..
ini cabaran buat kita semua......... (gambar: antara laman yang menari di daruttauhid)

Saturday, April 7

:: langkah demi langkah ::


.....berikan aku pedoman arah mana jalan kehidupan untuk teruskan pengambaraan harap jangan tersalah langkah....

are u ready... get set... goooooooooooooo... are u ready.. you sure.. hey nak nak jalan jauh ni... kene ready bebetul tau...awak ingat senang-senang nak keluar awak da pikir masak2
awak tau tak ape ade kat luar sane awak jangan ingat kat luar tu cerah sentiase....bersinar bahgia selamanye.. ade orang kate nnt awak akan jumpe macam2 bende pelik... yang awak tak biase tengok..yerlahkan...awak ni budak skola baik2... mane biase ngan bende2 mcm tu .. ntah2 nanti awak tekejut..awak tak tahan pastu stresss ntah2 awak pun terikut same.. yerlah ape org kate culture shock
ape awak ni ckp bukan2 kat die..awak ingat budak sek macam die ni tak bace surat khabar ke.. tak pernah jumpe manusia..tak reti tengok tv.. tak keluar rumah ke... tak ke tempat2 ramai org..tak tau kondisi masyarakat...apelah awak ni...
sbnrye semua tu tak de maknenye...tak kisahlah sekolah mane.. asal usul dari mane..
dia taulah hidup ni mmg tak selalunya indah ..langit tak selalu cerah...ada mcm2 cuace...
tapi
selagi dia ada hubungan yang kuat dengan tuhan.. ada kekuatan mental yang positif... dan sebagai seorang muslim yan cemerlang die tak akan larut... mcm ikan di laut.. tak masin pun walaupun duduk berendam dalam air masin... malah die akan jadi mcm benih campak kat tanah bercambah jadi pokok malah menjadi tempat org berteduh.... ha...mcm tu baru betul... mesti ingat Allah, tawakal, dan jangan putus2 mengharap pada ALLAh... n jangan lupa bina kekuatan ukhuwah agar sentiasa saling bergantung dan mengingat insyaallah...... selamat dunia akhirat
huh..oklah...saya rase skrng saye dah ready.. trima kasih ye sume...
doakan saya... ingatkan saya...jgn lupakan saya...
nasihat saya..bagi sokongan kat saya...
oklah saya sayang awak semua..
saya pergi dulu ye..
Assalamualaikum...

BISMILLAH..
aku akan melangkah...








Thursday, April 5

:: road to jawa II ::

bismillah..
moga apa yang dicoret tak melukakan dan tak menimbulkan fitnah.. segala yang baik dari Allah dan segala yang buruk juga darinya dan dizahirkan oleh ku....


on our visit to indonesia.. ni la antara tmpt yang dilewati... BENTAR GEBANG...sebuat tapak pelupusan sampah yang masih aktif penggunaannya dan dimeriahkan lagi dgn kehadiran manusia yang hidup di sini.. bayangkan org yang tinggal kat sini hidup berkeluarga.. turun je dari van haruman sampah menusuk hidung dan lalu impulse dihantar ke otak dan diterjemahkan sebagai " busuk yang menyesakkan paru2" bayangkan saban hari dikelilingi sampah.. bukan sedikit tapi dah jadi mcm perumahan...hakikat nya betapa susahnya hidup org2 ini.. kalau jalan ada lopak air nampak airnya mcm berbuih bile dekat je berterbanagn langau..huhu.. rasenya bolehtak kalau saya katekan mereka ini adalah orang2 yang kuat dan ini ujian kesusahan Allah buat mereka.. lagi pun kalamullah ada membuktikan

" Allah tidak akan membebani seseorang melainkan die ada kekuatan untuk menghadapinya"

nak gambarkan betapa hebat dakwah di indonesia tempat sebegini juga menjadi sasaran dakwah...ada antara aktivisnya yang sanggup mengorbankan kehidupannya untuk berbakti membangun masyarakat di sini disamping menerapkan nilai islami aka dakwah kepada mereka... org ini menceritakan detik2 permulaan kehidupannya di situ 6 bulan pertama dia diserang jangkitan kuman pada paru2 namun akhirnya sembuh dan dapat meneruskan ushanya di situ...
masyaallah betapa usha dakwah mereka penuh nilai pengorbanan
dan berserah pada Allah.. ada antara mereka berhenti kerja di bandar untuk berdakwah disini.. mereka hidup dengan sumbangan masy. disampibg berkerja sendiri secara sambilan... moga Allah merahmati usaha orang2 ini.
fikir-fikirkan apa pengorbanan yang telah kita lakukan dalam usaha dakwah ini....

aku dambakan petunjuk mu tuhan bagi menyuluh jalan,
aku dambakan hidayah mu tuhan sebagai panduan agar tak tersesat jalan,
aku dambakan ikatan cinta mu tuhan agar aku terus berjalan,
aku damba ingatam mu tuhan agar aku tak kelalaian
redho mu tuhan yang ku harapkan...




:: makin parah ::

bismillah..
moga apa yang dicoret tak melukakan dan tak menimbulkan fitnah.. segala yang baik dari Allah dan segala yang buruk juga darinya dan dizahirkan oleh ku....

hari demi hari makain runsing saya melihat realiti masy. dah beberapa hari duduk rumah je.. lps balik driving class dok rumah.. tak de org kat rumah. lps settle kan beberapa perkara duduk mengadap tv... yang menyakitkan hati semua channel menjelikkan.. apa yang dihidangkan banyak berunsur s*x dan perkara melalaikan.. tak tahu dan malu sendiri untuk menerangkan...
kalau tengok drama skrng pun...ergh bebas melampau.. pakaian mmg tak cukup kain...
tapi apa tindakan yang bisa kulakukan..
mmg benarlah media memainkan peranan terhadap gaya pemikirang masy. kalau
kite tengok gerakan hedonis dan gerakan kristianis sume menguasai media...
teringat hari tu sempat saya menonton ntv7 " the breakfast show" ada menjemput seorang penulis wanita yang tak bertudung die menulis sebuah buku bertajuk "i am a muslim" tak terbayang saya seorang yang tidak menutp aurat berbicara tentang ini..
kemudian suatu hari saya baca surat khabar di ruangan agama... ada menjelaskan tentang realiti masyarakat muslim dunia.. pandangan ini dikeluarkan oleh seorang warga palestin.. seorang perempuan tak bertudung juga..
dia menerangkan beberapa isu terutama tanggapan masy dunia tentang islam.. die memberikan penjelasan tentang hal sebenar.. katenya ramai yang menganggap islam agama penindasan pengganas dan sebagainya.. bagus la penjelasan die.. tapi bile tibe kat bab pasal hijab die mangatakan bahawa dalam islam isu hijab adalah hak dan pilihan peribadi untuk individu muslim..tiada paksaan dalam islam untuk bertudung..hurm hati saya tersentuh......
saya terus berfikir dan berfikir..
bagaimana permasaalahan ini harus diselesaikan...
siapa yang peduli akan hal ini....hurm saya berfikirlagi....
di mana silapnya.. adakah kerana gerakan dakwah tidak bergerak,
ada orang kate dah akhir zaman biasa latu...sekali lagi saya terfikir ..adakah kerana kiamat sudah dekat kita tak perlu bertindak... hanya menuggu kiamat tiba????
di mana peranan kita??? apa tindakkan kita???
hurm....saya mengeluh lagi...
mengeluh dan mengeluh....

aku dambakan petunjuk mu tuhan bagi menyuluh jalan,
aku dambakan hidayah mu tuhan sebagai panduan agar tak tersesat jalan,
aku dambakan ikatan cinta mu tuhan agar aku terus berjalan,
aku damba ingatam mu tuhan agar aku tak kelalaian
redho mu tuhan yang ku harapkan...