aku melihat
jiwa-jiwa yang hebat
yang aku kagumi
yang mahu aku contohi
mereka tidak sempurna
tetapi mereka berjaya
mengoptimakan segala kekuatan yang ada
meminimakan kelemahan yang tersisa
mereka tidak sempurna
tetapi memberi impak pada dunia
ilmu tersemat dalam dada
terserlah dengan akhlak yang mulia
bahasa bicara nada pujangga
bukan sekadar indah madah berkata-kata
terbukti dengan amal iltizam
kradibiliti terserlah walau mungkin dalam diam
fokus jelas arah tujuan
hidup tersusun dengan perancangan
langkah bermula kecil-kecilan
berdikit-dikit menghampiri impian
doa restu dipimpin Tuhan
hidup tenang walau penuh ujian
dunia bermakna akhirat ke Syurga
usia yang tidak sia-sia
tiada penyesalan dihadapan yang Esa
29.8.2012