Saturday, May 7

Kembara 3 Negara : Syria [1]

Bismillah

Kemabra ke Syria tidak pernah tergambar dalam fikiran

Dimana letaknya tanah itu?
Ada apa di sana?
Rakyatnya seperti apa? 

Suatu hari di penghujung semester akhir di Matrikulasi, saya menerima panggilan dari abang kandung yang menawarkan untuk mengikuti rombongan pelajar UIAM Gombak ke Syria. Katanya, kalau nak pergi, kumpulkan sekurang-kurangnya RM1000


exited bercampur risau. Mana nak dicari RM 1000.

Dipendekkan cerita, 18 April 2008 kami berangkat ke Syria dan dijangka pulang 1
5 Jun 2008. Kembara 3 bulan dengan sasaran untuk mempelajari Bahasa Arab dan Al-Quran. Itu impian kami. 



langsung tidak saya ketahui bahawa tanah yang bakal saya jejakkan kaki ketika itu merupakan bumi yang menyimpan sejuta sejarah dan terus mengukir sejarah sehingga hari ini dengan darah dan air mata rakyatnya. 

Tanah yang disebutkan dalam Al-Quran sebagai tanah yang diberkati sekelilingnya ini termasuklah Jordan, Syria dan Lubnan. 




Pemandangan sebelum mendarat. 


tiba di lapangan terbang Syria, sungguhlah berbeza dengan KLIA. sungguh kecil dan kalut seperti stesen bas di Malaysia. Kami disambut dengan debu dan asap rokok. Aku lihat pegawai yang bertugas semuanya lelaki. berborak. minum teh. dan ketika menyapa satu sama lain, mereka saling bepelukkan dan berkucup mulut. itu kejutan yang pertama 


layan tak layan sahaja kami yang hadir. dengan limitasi bahasa. hampir sahaja kami, ahli rombongan yang perempuan dilarang masuk setelah semua yang lelaki melepasi halangan.

mujur abang kandung yang turut mengiringi rombongan, yang boleh berbahasa arab, merayu pada pegawai yang bertugas dan akhirnya kami dibenarkan masuk. 


Rupa-rupanya, kemasukan ke negara Syria ini memang strict. Pernah ada pelajar Malaysia yang cuba masuk, namun dihalang tanpa sebab dan terus dihantar balik ke Malaysia.

Mengenali Syria


kerana kedudukan Syria berada di utara tanah arab dan menghampiri negara Eropah, seperti juga Turki, rakyatnya cukup cantik, berkulit putih bermata perang. dan rakyat Syria juga terkenal sebagai masyarakat arab yang lebih lembut berbanding Mesir dan Arab Saudi. Malah, bahasanya juga lebih menghampiri bahasa arab fushah (baku) elok untuk melatih kita berbahasa dengan baik.

dataran syam adalah bumi yang sangat subur. kawasan yang kami tinggal ketika itu adalah bandaraya Dismasyq. Kerana ia terletak di tengah kota, tidaklah kami melihat kehijauan buminya. 


namun kejutan hadir ketika kami ke pasar-pasar. Bayangkan buah tembikainya berganda-ganda besar daripada buah tembikai yang kita lihat di Malaysia. 


Pernah saya teringin nak membeli tembikai ini, pak cik yang menjual tembikai tersebut cukup terkejut lalu bertanya, bagaiman kami nak bawa tembikai sebesar ini?? kehairanan. Nak jugak beli, kami minta saiz yang paling kecil yang ada ternyata tak mampu diangkat seorang diri. kami angkat beramai2 balik ke rumah :)

dijalanan dibangunan malah di tingkap kereta penuh dengan gambar presiden Syria, Basyar Al-Asad


Suatu hari, dalam pengangkutan awam yang kami naiki, saya bertanya kepada abang, siapa Basyar Al-Asad? terus abang menepuk kaki saya, 


"Jangan sebut nama tu. Sini ramai spy. Nama tu sensitif. Klu dia dengar kita cakap nama tu dan tak faham kita cakap apa nnt dia ikut kita balik. Intip"

terus saya diam.

Siapa Basyar Al-Asad? dan bagaimana dia naik memimpin? 


#bersambung


Kembara 3 Negara

Kembara 3 Negara.
dalam dunia ini, tiada apa pun yang berlaku dalam susunan Allah untuk sia-sia, hanya saja manusia seperti kita sering menutup mata membiarkan permata itu berlalu sia-sia
selalu, aku fikirkan, maha suci Allah yang telah menjalankan aku ke 3 buah negara yang disebut dalam Al-Quran. Mesir dan 2 lagi tanah yang disebutkan sebagai dataran tanah yang diberkati, dataran Syam (Syria dan Lubanan). Malah aku ditakdirkan dilahirkan di Jordan. Perjalanan ini tidak menjadikan aku mulia kerana yang menjadikan manusia itu mulia adalah taqwa. Apa yang tersimpan dan terpancar dari jiwa.
Syria dan peristiwa Aleppo baru-baru ini membuat aku termimpi-mimpi akan bumi ini, orang-orang yang aku temui di sana. Berlegar-legar wajah manis mereka. Senyum damai mereka. Khidmat bakti mereka, guru-guru yang tekun mendidik mengajarkan, anak-anak yang ramah penuh kasih sayang. Terbayang tanah damai itu dan tidak pernah terfikir seperti apa yang sedang berlaku hari ini
maka, kerana tidak mahu kenangan dan manisnya hanya terhenti pada seorang yang bernama Asma' Amatullah ini, aku mahu nukilkan, kongsikan sebarkan betapa bumi ilmu, bumi kasih sayang itu, jiwa-jiwa beriman itu tanah yang barakah itu telah dinodai. bumi simpanan sejarah agung zaman berzaman itu telah dicemari.
moga sesuatu akan terhasil dengan penulisan dan nukilan ini. aku tidak tahu apa kesannya penulisan ini. namun yang aku jelas, aku mahu ia dikongsi.
pastinya, saat Allah memilih aku untuk berjalan menapak pada tanah itu, berjabat mesra menuntut imu dari penghuni tanah itu, pasti ada sesuatu yang Allah ingin aku pelajari dan aku ingin kongsi.
sedikit demi sedikit. memori itu aku ingin bongkar kembali..
Jordan 1989
Syria 2008
Mesir 2012
Lubnan 2014