Thursday, November 14

Ada apa dengan Muharram

ADA APA DENGAN MUHARRAM?


Bulan Muharram menjadi titik tanda permulaan bagi kalendar Islam.
Ia dimulakan pada zaman Sayyidina Umar Al-Khattab RA. Mereka yang merasakan perlu untuk meletakkan tanda awal tarikh Islam ini akhirnya telah memilih bulan Muharram kerana di dalamnya terdapat peristiwa yang signifikan bagi ummat Islam iaitu hijrah.

Hakikatnya peristiwa hijrah Rasulullah SAW tidaklah berlaku pada bulan Muharram sebaliknya pada bulan Rabiul Awwal tetapi pada bulan Muharramlah azzam untuk berhijrah telah dipasak. Kemudian bermula hijrah para sahabat sedikit demi sedikit dan akhirnya Allah menurunkan perintah hijrah khusus untuk Rasulullah SAW dengan ditemani sahabat setia baginda, Abu Bakar As-Siddiq RA.

Peristiwa hijrah mengajar kita banyak perkara, keazaman, keberanian, pengorbanan dan kecekalan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik untuk kehidupan dunia dan akhirat. Meninggalkan tanah air yang dicintai untuk menyelamatkan Iman. Betapa mereka menghargai nikmat iman yang mereka kecapi sehingga sanggup berkorban untuk memastikan manis nikmatnya iman ini sentiasa mereka rasai.

Kita bagaimana? Sudahkha kita merasai manisnya iman ini? Adakah kita sedar bahawa bergelar seorang Muslim itu sebenarnya satu nikmat besar yang tidak semua orang perolehi. Ramai yang mempunyai catatan Islam pada kad pengenalannya tetapi tidak ramai yang merasai manisnya bergelar Muslim. Carilah dan kejarlah manisnya hidup bergelar Muslim!



Hadirnya Muharram saban tahun, seharusnya menjadi titik tolak untuk kita kembali merenung apa yang telah kita lakukan dalam tempoh usia kita setahun yang lalu. Adakah dipenuhi dengan kebaikan ataukah dosa dan maksiat yang telah kita kumpul.

Kalau langsir rumah kita ganti saban tahun menjelang Eidul Fitri, rumah kita, kita ubah suai malah kita sendiri berpakaian baru, marilah jadikan awal tahun muharram ini bersempena dengan hijrah yang para sahabat lakukan, kita hijrahkan diri kita, perbaharui diri kita dengan membuat perubahan demi perubahan dalam diri kita.

Kita pilih untuk gaya hidup yang lebih sihat, untuk fizikal yang lebih kuat. Kita pilih untuk menjadi pekerja yang lebih ihsan dalam kerjayanya untuk rezeki yang lebih berkat. Kita pilih untuk tambah ilmu meningkat amal sebagai jaminan untuk hari akhirat.

Hakikatnya, Islam menganjurkan untuk sentiasa menjadi lebih baik. Dalam satu hadis mafhumnya, seorang Muslim tidak akan terjerumus ke lubang yang sama dua kali. Satu kesalahan tidak akan diulang lagi setelah disadari kesilapan itu. Hari ini lebih baik dari semalam dan akan terus lebih baik di hari-hari mendatang.
Selamat menjadi yang terbaik!

Wednesday, October 30

1303 so difficut, isn't it?

siapa rasa hari-hari yang dia lalui dalam hidup ini sangat mudah.

kalau ya, mari kongsikan tips.

aku rasa, keadaan adalah sukar, lagi-lagi bila hidup dalam keadaan senang. dilimpahi keselesaan dan masa lapang yang panjang. dimasa sendirian saat jauh dari perhatian.

tapi pagi ini tadabbur satu ayat, eh.. 2 ayat sebenarnya. sangat rasa disayangi. bukan tak tahu. tapi manusia mmg mudah lupda dan leka. seriously.

"Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan."
[8:24]

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.
[8:29 ]

perasan tak...solusinya apa?

mendekatlah pada Allah.

saat rasa malas nak solat.. lawan lah 
saat rasa leceh nak puasa.. lawan lah
saat rasa berat nak baca Al-Quran.. lawan lah
saat rasa nak marah.. lawan lah
saat rasa nak buat benda tak best.. lawan lah

dan bila kita boleh melawan sedikit rasa-rasa ini, Allah akan bukakan jalan yang lebih mudah selepas itu. rasa tenang itu akan hadir. kan Allah dah janji. selangkah kita mujahadah mendekatinya, beribu langkah Allah akan kejar mendekat kepada kita. 

Allah akan jaga kita. datangkan nikmat dan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. Dia akan berikan kita 'furqan'. kemampuan dalam membuat keputusan dan memilih antara kejahatan dan kebaikan.

kata kuncinya.

dekatlah pada Allah, nescaya hidup akan lebih indah

hiduplah dengan rasa berTuhan. 

Thursday, October 10

1302 ntah apa2

Baru 2 hari berazam untuk deactivate fb

Hari ni mahu selesaikan kerja and suddenly realize
all the info ada dalam inbox fb

Hais. Serius nak istiqamah mcm ni???

But I love the 2 days without fb

For the next 2 days, activate fb. Can i maintain the deciplin
that I have experienced for the last 2 days.
May Allah help and ease my mujahadah. InsyaAllahh

Wednesday, October 9

1301 tutup fb

Yup.
FB deactivated
I think. I was tooo much.
FB addiction.

Sehingga aku kenal potensi diri
Jelas sebab aku berFB
Aku akan kembali.

Hehe. Blog juga yang damai.

Thursday, February 21

heart beat

ambil stetoskop housemate

cuba dengar degupan jantung

tutup mata

"dan juga pada diri mu sendiri. apakah tidak kamu perhatikan?"
[az-zaariyat: 21]

ia berdegup

dan terus berdegup dalam jasad ini

entah untuk kali ke berapa

selama hampir 24 tahun 

tanpa henti

ia terus taat kepada Allah 

dan ia akan terus taat kepada Allah

hingga sampai masanya

akan terus tetap taat pada Allah