bismillah
hikmah dari pengalaman baru2 ni..
cuba anda bayangkan anda mempunyai syiling satu sen...anda ambil dan simpan...jumpa lagi simpan lagi anda kumpul sebanyak2nya kemudian anda tukarkan nya di bank...sudah tentu dulu jika anda tinggalkan ia merata2 tak berharga kini nilainya besar dan sangat berharga.
anda bayangkan pula anda mempunyai sebiji eppal...berkhasiatkan!! tapi anda tak mengusiknya anda biar sehingga hampir busuk..anda berniat untuk membuangnya..buah tersebut akan terus rosak dan menjadi juadah ulat...namun jika anda mengambil bijinya dan cuba menanamnya dan menyemainya anda berikan air yang secukupnya...anda tambah baja agar ia tumbuh sihat..ia akan tumbuh dan kemudian membuahkan hasil yang cukup berguna dan bermanfaat pada yang lain2 pula...
satu lagi perumpamaan...
menangguk di air yang keruh..mana tahu di dasarnya ada mutiara...menjala di lautan berombak mungkin susah tapi mana tahu anda berhasil membawa naik hazanah berharga..
sebanyak perumpamaan saya utarakan..sebenarnya ape yang ingin dikatakan sebenarnya mengenai tanggung jawab kita dalam membangunkan islam dan menyebarkannya....saat anda menyeru mungkin ramai yang tak menerima dan anda tak seharusnya berputus asa dan berundur kerna anda perlu ingat masih ada yang mendengar dan mahukannya..jika hanya kerana satu suara yang lantang menentang lalu anda berundur anda mungkin telah mempersia2kan hati-hati lain yang rindu dan mengharap pada ilalhi rabbi...jika anda andaikan hanya satu yang anda sia2kan apakah mungkin yang satu itulah yang sebenarnya murtiara paling berharga.
mengimbau kisah perjuangan rasulullah....
pada asalnya dakwah rasulullah ditentang dan dibantah..namun baginda tetap berjuang menyampaikan risalah islam kerna baginda yakin dalam ratusan yang menentang pasti ada hati yang kan terkesan...rasulullah mengumpulkan hati-hati insan yang ketandusan dan baginda sirami dengan nur iman kemudian baginda satukan mereka agar terbentuk sebuah kekuatan (seperti syiling satu sen yang dikumpulkan...)dalam perjuangan baginda juga kita boleh lihat dalam ramai-ramai penentang yang lantang menentang namun berkat ketabahan dan doa baginda yang lantang menentang akhirnya lembut dan membenarkan perjuangan rasulullah malah dia pila yang lantang mempertahankan islam..siapa lagi kalau bukan saidina umar..dulunya lantang menentang islam..namun sehingga kini dia terkenal atas kelantangan dan keberanian mempertahankan islam (mcm epal yang hampir busuk namun anda cuba manfaatkan...)dan dalam ramai2 manusia yang anda lihat kerosakkan padanya jgn lupa mungkin di antara mereka yang masih berharga dan boleh di bangun dan dibentuk agar ia boleh menjadi mutiara dan permata agama....
insyaAllah...berkat doa keikhlasan dan kesabran tak ada apa yang mustahil dengan izin Allah....
moga bermanfaat untuk semua....
No comments:
Post a Comment