bismillah..
dah lama tak menghadiri kuliah atau mendapat pengisian rohani..tp baru2 ni ust yg mengajar "religion in malaysia" sblm mengakhiri kelas terakhir untuk sem ni.menutup kelas dengan sedikit pengisian yang berjaya menyentuh hati nurani saya yang boleh dikatakan kering sbb lama tak dibasahi...ust tak memberi kuliah atau syarahan tapi hanya bercerita...ya hanya cerita..cerita sirah...tentang junjungan mulia kita nabi muhammad...selepas dengar cerita ust ni saya sedar betapa ceteknya pengetahuan saya tentangan baginda nabi muhammad..betapa saya tak menegenali baginda nabi muhammad...org kata tak kenal maka tak cinta..tak kenal maka tak sayang...tapi betapa baginda nabi muhammad mencintai umatnya.. antara beberapa cerita yang di sampaikan satu yang paling menyentuh hati saya adalah yang ini....
memang kita ketahui bahawa baginda nabi mmg seorang yang zuhud dan pemurah..baginda seringkali berlapar demi untuk memenuhkan perut org lain..bukan baginda tak mempunyai makanan tapi setiap kali baginda mendapat makanan baginda akan utamakan org lain dahulu. pernah suatu hari baginda menyembalih seekor kambing dan baginda serahkan pada aisyah untuk di masak... setiap kali aisyah memotong satu bahagian daging datang fakir miskin meminta sedikit bahagian dagaing itu lalu diberinya aisyah kepada fakir itu..kemudian datang lagi org meminta..sehinggalam habis semua daging yang tinggal hanyalah tulang..lalu baginda datang menemui aisyah bertanyakan tentang daging itu lalu aisyah menjawab..."telah habis semua dagingnya yang tinggal hanyalah tulang" rasulullah menegur aisyah dengan lembut "wahai aisyah jgnlah kau cakap mcmtu...katakan begini- sudah habis semua pahala sedekah daging yang masih tinggal adalah pahala tulang ni yang belum disedekahkan"
bertapa rasulullah menyayangi ummatnya sehingga pada suatu masa rasulullah berasa terlalu lapar namun tiada apa hendak dimakan. baginda mengambil seketul batu dan mengikat batu tersebut di perutnya untuk menahan lapar namun tak tertahan juga laparnya..baginda menagmbil seketu lagi batu namun tetap terasa lapar....lalu baginda berdoa pada Allah
"ya Allah aku lapar...tapi aku redha ya Allah...
aku miskin tapi aku redha ya Allah..sambil menitiskan air mata...
lalu turn malaikat jibril menemuai rasulullah
"wahai kekasih Allah, tuhan mu menyampaikan salamnya buatmu"
baginda berdoa lagi
"ya Allah aku lapar...tapi aku redha ya Allah...
aku miskin tapi aku redha ya Allah..aku berasa susah tapi aku redha"
sambil menitiskan air mata...
turn lagi malaikat jibril berkata
"wahai kekasih Allah, tuhan mu menyampaikan salamnya buatmu"
baginda terus berdoa sehinggalah datang malaikat jibril berkata
"wahai kekasih Allah..tuhanmu redha akan mu..Allah ingin memakbulkan permintaanmu...pohonlah apa sahaja pasti akan diperkenankan..kalau kau meminta gunug menjadi emas akan juga Allah perkenankan...mintalah apa sahaja"
lalu rasulullah berdoa
"ya Allah aku lapar...tapi aku redha ya Allah...
aku miskin tapi aku redha ya Allah..aku berasa susah tapi aku redha"
sambil menitiskan air mata...namun ya Allah aku memohon jangan ada seorang pun dari umatku nanti yang kau azab dan disentuh api neraka peliharalah ummatku ya Allah"
dengar je ust sebut doa baginda ni...tak tergambar perasaan...betapa baginda menyayangi ummatnya..walaupun dalam kesusahan dan kelaparan itulah yang baginda pohon dari Allah..terasa adakah layak aku menjadi umat baginda dengan amal sedikit..malah aku belum benar2 mengenali baginda...ya Allah salam sejahtera ke atas kekasihmu muhammad SAW...
pengahayatan aku terhadap sirah baginda mmg terlalu rendah...
kalau org cakap contohilah rasulullah pasti kita terfikri rasulullah penayayang pemurah sabar pemaaf...namun sejauh mana penghayatan kita sejauh mana kita mengetahui bagaimana kisah2 baginda..
moga bermanfaat untuk semua....
1 comment:
ya Rasulullah.... terimalah kami di sisimu...
allahumma shalli 'ala muhammad...
Post a Comment