Saturday, January 5

nilaian sebuah tarbiyyah

Bismillah..
Jari-jemari kesana kemari..bermain di atas kekunci..mentafsir apa yang terlintas di hati…
Nilaian sebuah tarbiyyah..
Sebelum apa2 suka bertanya bilakah kali pertama ana mendengar perkataan tarbiyyah..bila kali pertama anda mengikuti usrah? Sejak melangkah ke universiti? Ketika di sekolah menengah? Sekolah rendah? Katika tadika? Atau ada yang mungkin lebih awal dari itu?
Alhamdulillah, saya dah pun mengikuti usrah sejak tadika..bukanla mcm usrah yang dilalui skrng..masih segar dalam ingatan..suatu petang ummi hantar ke rumah mkcik saripah..bukan saya seorng tapi lebih dari sepuluh orng..umi kata usrah kanak2..aktiviti yang kami lakukan..mendengar cerita sirah,bermain sukaneka,dan makan2…main bukan sekadar main tapi selepas main makcik akan tanya apa hikmah di sebalik permainan tersebut..dan permainan yang masih sy ingat ialah main pulau kertas..setiap kumpulan diberi sehelai surat khabar dan seluruh ahli kumpulan harus berdiri diatas kertas tersebut..lama kelaman kertas dikoyak menjadi makin kecil sampailah kami terpaksa berpanjat dan berpijak atas kawan2 lain..mase kecik dulu sebab saiz sy yang agak kecil saya disuruh naik keatas kawan2 lain..hehe dah besar jgn harap ade can nak pijak kawan..
Namun boleh dikatakan sampai sekarng permainan tersebut masih diulang2 dalam kebanyakkan program yang saya lalui..ketika di sekolah rendah menengah mahupun di univ skarang. Namun yang berbeza adalah tafsiran yang kita peroleh dari aktiviti tu..mase tadika bila tanya pengajaran dari permainan ini kite akan cakap..sayang kawan…kerjesama…bijak..namun semakin usia bertambah jawapan kita akan bertambah panjang dan lebih bererti seiring usia…betul?atau masih pada jawapan yang sama?sudah pasti berbeda kan?
Pada hakikatnya, nilaian yang paling penting bukanlah selama mana kita sudah mengenali tarbiah, atau sebanyak mana program yang telah kita lalui, tapi sejauh mana kita menghayati dan mengamalkan dan mempraktikkan apa yang kita perolehi dari system tarbiah itu sendiri..tak guna berada lama dalam system tarbiah namun setiap pengalaman yang kita perolehi hanyalah sekadar angin lalu, atau sekadar mecurah air ke daun keladi atau masuk telinga kanan keluar telinga kiri atau apa2 perumpamaan yang seerti dengannya…amatlah rugi orang2 sebegini…
Sebenarnya saya rasa sangat bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada diri ini untuk mengenali tarbiah sejak dari kecil..sentiasa berdoa moga Allah hati ini teus istiqamah dalam cara hidup yang begini..rasa izzah pada hidup muslim takkan pudar kerana hidup dalam tarbiah yang membentuk dan mencorak diri ini menjadi begini…moga lebih ramai yang akan dapat menikmati indahnya hidup bersama islam….

Amatullah_ FIDAK 2015…..!!

2 comments:

Nadhirah Razak said...

subhanallah...memang hidup takkan lari dari tarbiyyah!!terlalu susah utk diungkapkan dgn mulut..teramat payah!!

nway really interested to know abt fidak 2015..dah pnah dengar skt2 pasal nie..cm nak tau dr yg pakar..hehe

Anonymous said...

nanti kite citer panjang....sangat senang kalau dpt berkongsi!!!!