Sunday, March 30

:: refreshing ::

see u see i =tengok awak tengok saya
c u c i = cuci
cuci apa?
saya tengok awak, awak tengok saya
saling ingat mengingati
saling cuci mencuci hati dan sanubari
memperbaharui nawaitu kami

kembali berhalaqah bersama teman2 seusrah ketika zaman sekolah2 dulu
benar2 mengimbau kenangan. walaupun tak ramai hanya 4 dari kami tapi cukup bererti. saling bercerita pengalaman di tempat masing2. berhadapan dengan situasi dan waqiq berbeza. kami mula meluah apa yang ada di hati. kebetulan kami memang sudah bersama sejak kecil. sejak darjah satu sehinggalah ke tingkatan lima. membesar bersama berkongsi suka duka . senyum tawa.. duka lara..jatuh bangun bersama...

maka pertemuan hari tu ibarat mengemas rak buku yang dah lama ditinggal sepi berhabuk..segala kisah hidup di susun,di imbau dan di analisa untuk dijadikan pedoman dan peringatan. dalam rancak kami berbual maka timbullah satu isu yang membawa kepada persoalan besar..

"untungkah dikenalkan pada tarbiah sejak dari kecil?..dididik diasuh dijaga..dilindungi dari biah2 kotor..diikat oleh tali tarbiyyah..dijaga dalam kaca biah solehah..atau boleh dikatakan sebagai tarbiah suapan..tak perlu dicari hanya duduk menuggu dan ia diberi hari2.."

adakah fenomena ini menyebabkan ada dalam kalangan kita selepas tamat sekolah lari dari tarbiah kerana bosan hidup dalam jaringan ini..gagal menghargai kerana tak pernah susah mencari..ibarat hidup dalam lombong mutiara..lama2 tak menghargai..bayangkan pelombong arang terjumpa permata pasti akan dijaga rapi...gagal menghayati kerana dah lali dah jadi rutin hari-hari dah jadi benda basi..jadi???apa anda rasa..??

ada juga yang berpandangan begini..
kita terlalu dijaga tak diberi peluang untuk berbuat nakal..tak pernah jatuh dan bangkit lagi..sentiasa di atas..sampaikan tengok org buat jahat sikit dah pandang lain..mcm terlepas satu fasa kehidupan..iaitu fasa berada dibawah..lebih2 lagi pada yang dari kecik sampai ke besar menjadi pimpinan sekolah.."sentiasa dipandang baik"

kata2 begini mungkin tidak releven tapi seakan suatu kenyataan..
namun hal ini perlu dikaji dan diperbaiki..perlu di pahami
bukan salah tarbiah yang mendidik..bukan salah tarbiah yang disuap..mengapa islam mengajar ummatnya mendidik anak sejak dari kecil..seumur 7 tahun mesti diajar sembahyang..sehingga umur 10 tahun dirotan andai tak bersembahyang..islam menggariskan panduan dalam pendidikan..

seharusnya kita bersyukur kerana Allah manganugrahkan tarbiyyah dari kecil..Allah pelihara kita agar tak ternoda..Allah jaga hati kita..Allah kurniakan kita keluarga yang mengenali dan memahami tarbiah agar hati2 ini yang terlindungi ini menjadi hati2 yang kuat menjadi hati yang kental dengan dugaan dan cabaran lantaran sudah dihiasi dan dicorakkan dengan corak islami..ini satu cabaran untuk kita..untuk terus mengekalkanya dalam hati..ini satu tanggungjawab kita untuk salurkan pada yang tak pernah merasai..dan satu dugaan untuk kita saat pegangan dan fahaman diuji..pasti ada suatu saat kita goyah kerana memang janji Allah setiap hambanya akan diuji..jadi? apa pandangan anda..masih tak mahu menghargai??

andaikan hati ibarat sekeping papan..satu dosa yang dilakukan adalah seperti sebutir paku diketuk pada papan..bagaikan hati..semakin banyak dosa semakin hitam..namun dengan paku boleh dicabut begitu juga ibarat taubat dari dosa..namun adakah sama papan yang sudah dipaku dan papan yang masih terjaga dari sebarang kecacatan..hargailah

namun bukan bererti suatu yang hina andai lambat mendapat tarbiah..atau mengenali tarbiah di usia senja..kerana...anda mempunyai kelebihan dan hikmah tersendiri dari Allah..
mari kita hayati sirah rasulullah..kita singkap kisah dan sejarah keimanan antara 2 tokoh agung islam..umar dan abu bakar..dua latar hidup yang berbeza namun berjaya menjadi tokoh keagungan islam yang unggul...kalau abu bakar memang seorang yang baik walau sebelum menerima islam beliau seorang yang sangat dimuliakan lantaran kebaikannya. walau sebelum kedatangan islam abu bakar tak pernah menyentuh arak dan ketika kedatangan islam hatinya tak peranah ragu lantas menerima islam dengan sepenuh hati dan akhirnya berjaya menjadi tokoh agung...lain pula kisah ummar..zaman gelapnya sebelum menerima islam..hidup terhina dengan kebengisan dan keangkuhan..malah pernah membunuh anak perempuannya sendiri hidup2..beliau melawan perjuangan rasulullah semahu-mahunya..namun selepas menerima islam beliau adalah orng yang paling lantang melindungi dan bersama2 nabi..kesalahan lalu bukan penghalang kepada perubahan namun sepatutnya menjadi pendorong kuat untuk menjadi lebih baik kerana benci akan pengalaman buruk yang lalu..hikmah Allah memang tak terjangkau dek akalmu..dan mungkin sahaja anda bisa menjadi lebih baik dari orng yang awal mengenali islam dan tarbiyyah..

namun ketahuilah.. tarbiayah satu anugrah..didikan ini satu amanah..bukan hak milik peribadi yang tak perlu dikongsi..ia suatu amanah..ingatlah..amaaanah...sharing is caring..
ucapkanlah ALHAMDULILLAH...

4 comments:

[ Nazihah ] said...

bila terkenang pasti rindu..rindu yang sangat..makin bertambah usia, kerinduan itu pasti berganda..tapi jadikanLah kerinduan itu suntikan bius yang paling hebat untuk terus berkorban dan terkorban, untuk terus memberi apa yang 'dipinjamkan'.Bius yang dicucuk dengan kesakitan yang minima tapi memberi 'kesihatan' yang maksima..biiznilLah

utrujah said...

melompat fasa..
bukan fasa berbuat salah..
fasa merasa susahnya dpt hidayah tarbiah..

tak semua yg berada dlm jalan ni merasa manis dan indahnya hidayah tarbiah..

mood: melihat ibrah sebalik setiap kejadian..

[ Nazihah ] said...

betul..betul..
kita hanya bermain-main dengan dakwah jika tidak lagi menderita dengan dengannya..
Dapat dengan mudah tak bererti kita sudah mempunyai/memiliki

Anonymous said...

ada baiknya kita melompat fasa..bak kata kak nazihah..kt kekurangan daie..

dgn melompat fasa (tak rasa susah dpt tarbiyyah) kt akan sdkt membantu mereka yg ke'jahil'an di luar sana..

tak semestinya kita perlu rasa semua pengalaman..ada kalanya kita perlu BELAJAR dari pengalaman orang-orang lain..

spt kata Sayyid Qutb dalam HADZA AD-DEEN..rata-rata sekarang ni kita punya

i-aset fitrah
ii-aset pengalaman

insyaallah..

-nad-