Friday, May 29

:: Selamat Pengantin Baru ::


Alhamdulillah
rasenye mcm dah lambat.. tp sbb baru terjumpe gambar ni kan..
tak pe lah
Selamat Pengantin Muda buat sahabat se'UIA'.. hehe
PUAN Ameerah Diana Bt Jasni dan pasangannye Abdullah Kahiri
moga kehidupan terus diberkati
terus cemerlang pelajaran
bahagialah kehidupan kalian di dunia sampai akhirat...
(^__________________^)



midee ni classmate FIM dan RIM..same2 fasi study circle..satu hisbah..dsbgny

p/s: midee jadi amek double degree tak? hueh

Tuesday, May 19

ragam 'BELIA-BELIA' sekolah rendah pula..

Duduk di bilik guru ‘siti khadijah’

Sekarang musim xm.. maka sy tak punya kerja yang banyak.

Ptng2 jam 2.30 datanglah ‘belia-belia’ sek rendah anak2 guru

Sementara menunggu ibu2 mereka..

Mrk asyik bermain kartu2 terlukis gambar2 cartoon Avatar

Menggunakan kuasa tangan (tepuk2 pada lantai)

Kad2 kecil harus diterbangkan

*sape nak main blh la cube ye..tepuk2 tangan keluar angin kan..haaa mcm tu la..pandai!*

Gema sorak mereka semakin kuat.. exited..

“ siot la anta.. giler tere”

“aaayo..nta ckp ape..1,2,3,4,5…10”

“ana ckp ape?”

“nta ckp siot td”

“ha??ok2 smule2”

“1,2,3,4….7”

“Astaghfirullahal a’dzim…”

Hehe si kawan berpuas hati.. shbtnye sudah beristighfar sebelum tamat kiraan 10…

p/s: tepuk tangan dah pandaikan.. ok? Jadi cube buat lesson no 2.. klu kwn2 anda cakap benda tak elok.. suh die istighfar within 10 second. Haha comel…

Saturday, May 16

ragam 'kanak-kanak' sek menengah


suatu hari ketika sedang mengajar

dengan penuh semangat menerangkan hukum2 tajwid.. yang depan nampak sngt fokus yang belakang sdng bersantai gembira..dah expert tajwid agaknya
suddenly, ada insan bertuah duk belakang sekali suddenly waving exitedly with happiest face. so i wave back at him then..
"yeay..ustazah lambai balik kat ana..yeay" exitedly telling everybody in the class..

ermm

suatu hari yang lain

an obedient student..duk depan skali dan sangat fokus.
"ustazah, izinkan ana ke tandas"
"eh..asyik g tandas je.."
"maafkan ana ustazah. ana ada masaalah pelawasan"
"er..ok sila2"

suatu waktu yang berbeza

telh masuk waktu solat
sekumpulan pel lelaki men ats sdng 'duduk' di pondok bacaan
"eh..cpt la g masuk musollah"
"jap2"
"eh..jap zah..ngah usrah ni.."*gelak ramai2*
~grrr..~

suatu hari yang lain..

diminta penyampaikan sedikit pengisian untuk pgm jumaat
khas utk pel perempuan
tajuk.. "muslimah dan IT" lebih kurang..letak tajuk sendiri
so i asked
" ok..klu ana tny ape yang ntum buat dgn internet apa jwpn antum?"
dengan penuah semangat dn kerjasama mrk menjawab
f5 kate: FS, Blog, YM, etc
f4 kate: usrah on9
f3 kate: buat projek KKG,KKS
f2 kate: i luv islam
f1 late: cari pete geografi.......

hehe

pengalaman jadi cikgu sngt menarik. hari2 pelbagai ragam baru. yang lucu..kelakar.. tak kurang pula yang menyakitkan hati..even nak nangis pun ade..

yang paling penting ia bnr2 m'ingatkan betapa besar peranan dan tanggungjawab seorang guru.sbb guru berhadapan ngan manusia hari2.. yang ade perasaan. dan latar belakang kehidupan yang berbeza.

setiap kali sebelum masuk kelas.. tawakal sungguh. moga kelas berjalan lancar. moga mrk faham ape yang nak disampaikan. moga mrk mndpt manfaat.. benar2 berserah pd Allah yang memegang hati guru dan hati murid2nya.

imam gahzali said
ilmu takkan diperolehi kecuali dengan 6 perkara
kebijaksanaan,ketelitian, kesungguhan, jauh dari keluarga, bersahabat dengan guru
dan masa yang panjang..

memandangkan usia kami yang tak jauh beza..sy lebih suka lepak2 bersama mereka. solat di tempat pelajar. duduk tepi longkang dengan mereka. heh dn mcm2 tabiat zaman muda dulu di praktikkan. berbual bersama mereka mendekatkan lg sy dengan mereka. sayang btul sy kat bdk2 nih. mcm2 perkongsian blh di buat. itu lbh seronok

jatuh hati pd karier guru.. blh tak?

Friday, May 15

komentar anda?

bismillah

2 days ago someone said,
"asma..blog awak terlalu ilmiah..bdk2 yang huha mcm **** tak bace..takde gambar2 tak ceria"

yesterday beliau kate lagi
" tak leh nk bc blog awak. tulisan kecik sngt..full of words. cube edit2 cket bg ceria dan bergambar cket..make it more attractive"

hurm..hurm..cane nak buat eh....blh2..

i write for people to read. n benefit from it.

p/s: komen ye for improvement!

Wednesday, May 13

bila Syahadatain di hayati...

Notes dari talk Ust Abd. Rahim Sahlan, usrah Gabungan @ SMIH

مدلول الشهادة (isi/kandungan syahadah)

Di ceritakan, bagaimana jika isi atau ma’ana syahadatain ni difahami boleh membuahkan iman seterusnya mebawa kepada istiqamah. Iman yang sebenar bermaksud sepertima hadis rasulullah yang barmaksud

“iman, membenarkan dengan hati disebut dengan lidah dan dibuktikan dengan perbuatan”

Lalu, diberikan contoh pada zaman sahabat

Cth bilal, sumayyah dan kabbab bin al-arat

- kisah tentang khabbab, ketika zaman rasulullah saat kafir quraiysh menyiksa umat islam berada pd kemuncakknya.. khabbab turut di seksa. Beliau di tarik tegang kedua tangan dan kakinya dan diletakkan di bawah badannya itu bara api. Seolah2 di panggang. Bila badan beliau berpeluh dan menitis ke atas bara api semakin mara. Dalam ketika di siksa itu beliau tetap teguh beriman. Tiba2 baginda rasulullah lalu dan terlihat khabbah. Rasulullah dating mendekati khabbab lalu khabbab lega kerana menyangka baginda akan membantu.

“wahai rasul tolonglah aku. Aku dah tak tahan siksaan yang berat ini”

Namun rasulullah tak dpt membantu malah setelah mendengar kata2 khabbab rasulullah menjadi marah “adakah kau menyangka ujian kamu paling dahsyat sedangkan org2 sebelum kamu lebih dahsyat siksaannya”

Contoh masa kini..

Dr Nizar Rayyan salah seorang pimpinan Hamas. 18 tahun berjuang bersama2 dengan Briged Al-Qassam. Rutin hidupnya, selepas subuh member kuliah sohih muslim, bermula jam 8/9 pagi berada di kem latihan sehingga mlm dan disambung dengan kuliyah2 di sekitar Ghazza. Perjuangan beliau sangat digeruni sehingga menjadi antara target2 utama org yang hendak di bunuh zionis.

Suatu hari penasihat2 dr rayyan ni kata, ikhtabit atau bersembunyi lah. mereka nak bunuh kamu. Lalu apa yang dr rayyan ni jwb?

“sudah 18 tahun aku mendambakan syahid dan aku takkan bersembunyi”

Dan akhirnya doa dan cita2 dr rayyan untuk syahid terkabul bila beliau telah dibunuh syahid seisi keluarga bersama-sama 4 orang isteri dan anak2 subahanallah. Moga kesemua mereka sekeluarga di kurniakan syurga. Rumah kediaman beliau dibedil dengan 2 tan bom bersamaan 2000kg bom

Lihat, betapa iman meneguhkan hati2 mereka meneruskan jihad hingga sanggup bertahan kehujung nyawa.

Tetibe ustaz bangkitkan kisah lanun Somalia..haa ni pun ada konspirasi amerika. Tahu kisahnya? Siapakah lanun2 itu dan apa yang sebenarnya berlaku di Somalia?

Haaa nantikan post seterusnya.. takk sempat la.. opis hoour nih.

Wednesday, May 6

JOOM!!!


manfaatkan, meriahkan,
jom sertai kami di Pusat Islam Iskandar Johor Bahru