Wednesday, May 13

bila Syahadatain di hayati...

Notes dari talk Ust Abd. Rahim Sahlan, usrah Gabungan @ SMIH

مدلول الشهادة (isi/kandungan syahadah)

Di ceritakan, bagaimana jika isi atau ma’ana syahadatain ni difahami boleh membuahkan iman seterusnya mebawa kepada istiqamah. Iman yang sebenar bermaksud sepertima hadis rasulullah yang barmaksud

“iman, membenarkan dengan hati disebut dengan lidah dan dibuktikan dengan perbuatan”

Lalu, diberikan contoh pada zaman sahabat

Cth bilal, sumayyah dan kabbab bin al-arat

- kisah tentang khabbab, ketika zaman rasulullah saat kafir quraiysh menyiksa umat islam berada pd kemuncakknya.. khabbab turut di seksa. Beliau di tarik tegang kedua tangan dan kakinya dan diletakkan di bawah badannya itu bara api. Seolah2 di panggang. Bila badan beliau berpeluh dan menitis ke atas bara api semakin mara. Dalam ketika di siksa itu beliau tetap teguh beriman. Tiba2 baginda rasulullah lalu dan terlihat khabbah. Rasulullah dating mendekati khabbab lalu khabbab lega kerana menyangka baginda akan membantu.

“wahai rasul tolonglah aku. Aku dah tak tahan siksaan yang berat ini”

Namun rasulullah tak dpt membantu malah setelah mendengar kata2 khabbab rasulullah menjadi marah “adakah kau menyangka ujian kamu paling dahsyat sedangkan org2 sebelum kamu lebih dahsyat siksaannya”

Contoh masa kini..

Dr Nizar Rayyan salah seorang pimpinan Hamas. 18 tahun berjuang bersama2 dengan Briged Al-Qassam. Rutin hidupnya, selepas subuh member kuliah sohih muslim, bermula jam 8/9 pagi berada di kem latihan sehingga mlm dan disambung dengan kuliyah2 di sekitar Ghazza. Perjuangan beliau sangat digeruni sehingga menjadi antara target2 utama org yang hendak di bunuh zionis.

Suatu hari penasihat2 dr rayyan ni kata, ikhtabit atau bersembunyi lah. mereka nak bunuh kamu. Lalu apa yang dr rayyan ni jwb?

“sudah 18 tahun aku mendambakan syahid dan aku takkan bersembunyi”

Dan akhirnya doa dan cita2 dr rayyan untuk syahid terkabul bila beliau telah dibunuh syahid seisi keluarga bersama-sama 4 orang isteri dan anak2 subahanallah. Moga kesemua mereka sekeluarga di kurniakan syurga. Rumah kediaman beliau dibedil dengan 2 tan bom bersamaan 2000kg bom

Lihat, betapa iman meneguhkan hati2 mereka meneruskan jihad hingga sanggup bertahan kehujung nyawa.

Tetibe ustaz bangkitkan kisah lanun Somalia..haa ni pun ada konspirasi amerika. Tahu kisahnya? Siapakah lanun2 itu dan apa yang sebenarnya berlaku di Somalia?

Haaa nantikan post seterusnya.. takk sempat la.. opis hoour nih.

1 comment:

Humayra' said...

Assalamualaikum...
kebetulan ye asma'.. post kita ni bercakap ttg benda yg sama..
(^_^)

may Allah bless u!