Sunday, June 21

>>maka nikmat tuhanMU yang mana kau dustakan>>


Alhamdulillah..
dalam kekalutan hujung minggu sempat juga menyempatkan diri untuk berKBM. KBM bukan sebarang KBM tp KBM modul baru yang cukup berjaya menyentuh hati saya dan adik2 ni.. tersentak dan terjentik hati.. maka nikmat tuhanMu yang manakah telah kau dustakan.....>>

modul KBM2 lebih memfokus pd diri individu. klu dulu KBM1 bnyk menyentuh tentang hubungan dengan orang lain kali ini lebih fokus pd diri tiap individu. tentang nikmat2 tuhan pd kita..tentang amal baik dan amal buruk kita dan juga tentang hati. walau sekadar 12 jam bersama mereka tetapi perkongsian aktiviti mlm cukup mengetuk hati saya. betapa aku cukup beruntung dan tanggungjawab yang cukup besar terbentang di hadapan. ya amat besar..

sesi malam,
"aku belum bersedia untuk dihisab kerana......"

antara luahan hati mereka,

"aku blum sedia sebab aku rasa amal aku sngt kurang. solat aku pun belum sempurna. skrng duduk kat asrama solat aku cukup, aku bace quran hari tp bile balik rumah solat aku tak sempurna. aku bnyk tinggal solat. kkdng aku rase mcm aku je solat kat rumah tu.. aku ajak kakak aku tp die marah aku balek. mak ngan ayah sibuk. solat dlm bilik..adik2 aku pun mcm dah laen. aku sedih..aku tak tau cane nak cakap kat mak bapak aku..aku tak tau cane nak tegur keluarga aku.."

"aku rindu keluarga aku yang dulu. dulu selalu g surau same2. bc yasin solat jemaah kat rumah.. tp skrng, mak ayah sibuk tak sempat solat jemaah. bc quran dah jarang. kdng2 aku rase tak nak balek rumah nak duk je kat cni..solat aku lebih terjage..aku lg rajin bc quran."

"aku ajak ayah solat jemaah tp die tak nak sbb die kate die tak layak jadi imam. jadi semua solat sendiri2..kadang2 aku jd benci kat ayah...."

"dalam keluarga aku, aku rase akulah yang paling bnyk belaje pasal agame. tp aku sedih sbb tak dapat aja kat keluarga aku. keluarge aku susah. mase arwah kakak aku ade, die sngt suke kalau aku aja die agame. tp aku tak dpt aja bnyk sbb aku tak tahu banyak. keluarga aku suah sebab tu die tak skolahkan kakak aku. kakak aku slalu suruh aku aja die doa.. aku aja die doa tido. die suke sngat2. tiap2 mlm die ajak aku tido dengan die ajar die doa tido. aku sedih sngt sbb tak sempat ajar die bnyak die dah pergi dulu.."

Allah..saksikanlah, mereka meluah sambil menitiskan air mata...betapa hati2 mereka teruji.. yaAllah..hidup mereka teruji..kurniakanlah mereka kekuatan dari sisimu wahai tuhan yang memegang hati2 manusia. kau kuatkanlah hati2 mereka. betapa mereka mengharapkan cinta mu. betapa mereka mengaharapkan cinta keluarga mereka kepada mu. melaksanakan suruhan2 mu, beramal, beribadah bersama2 mencari redha mu..

ya Allah, betapa besar bebanan yang dirasa. tanggungjawab amanah yang dipegang untuk menyampaikan pd mereka apa yang kau ajarkan. untuk berkongsi nikmat teragung yang kau kurniakan. Allah ampunkanlah kami atas kelalaian kami melaksanakan tanggungjawab dan amnah mu..

sungguh nikmat yang kau kurniakan pada ku saat ini teramat besar..
belum cukup aku menghargainya
....aku belum bersedia unutk di hisab...

3 comments:

utrujah said...

oh Allah, moga mereka diberi kekuatan seperti para nabi dan para sahabat..

sahngat jeles. huhu..

ACHTUNG! said...

Bila kita melakukan kerja lillahi taala, terasa akan tanggungjawab dan bebanannya, berbanding dengan kerja yang diniatkan dengan suatu kerana yang lain. Sebab tu kita akan berhati-hati agar apa yang dikerjakan tidak menjadi sumber yang memarakkan api yang membakar tubuh di akhirat sana...nauzubillah.

Seronok dgr cerita dari ustazah Suzana tentang enti dapatkan sanad tempohari. Mabruk.

~amatullah~ said...

moga amal kita semua diterima Allah!

terima kasih ustz!