Tuesday, October 27
hamba exam
exam final makin hampir
manusia kembali sedar dari mimpi..
"eh jom kuar minggu ni..."
"x mahu lah..exam dah dekat..aku dah tobat dah nak buang2 mase nih"
"eh kau solat??"
"ye ah..final dah dekat aku takut wei..dah lame main2..tobat laa"
"kau takut fail??"
"ye ah..habis ah mase depan aku..mak ayah kau marah babe, kene potong elaun, kantoi ah nanti"
"dulu lagi aku dah ajak kau blaja kau tak mo..berbuih da mulut aku ni ajak..kau tak mahu"
"ye ah..dulu aku ngah enjoy lepak2 mane nak ingat bende2 serius gni..huhu mcm dah lamabt je an aku nak stadi.."
andai shaja manusia menghayati 'exam' sebenar di akhirat nanti..
andai manusia mengerti hakikat sebenar kematian yang menanti..
hakikat sebenar hidup ni tak abadi..
sbgaimana mereka menyedari final exam tak lame lagi..
ada exam yang lebih dahsyat dari ini...
tidakkah kamu berfikir??
Friday, October 23
cemburu buta!
Cemburu buta
Untuk catatan kali ini, penulis ingin mengubah cara penulisan. Berbeza sedikit dari catatan pemerhatian sebelum ini. Tajuk kali ini cemburu buta.. cemburu sifat biasa bagi manusia normal. Menjengah dalam hati tanpa di paksa. Anda pernah cemburu?? Kadang-kedang terdetik dalam hati. Cemburu tidak salah tapi bertempat. Tempat yang macam mana?
Pernah suatu ketika, seorang sahabat penulis datang mengadu. Katanya cemburu melihat teman-teman lain bercinta. Sedangkan terasa dirinya kekurangan. Terpaksa mengekang diri dari perasaan itu buat sementara waktu. Ada juga yang merungut letih, teringin berhibur seperti manusia kebanyakkan. Tak perlu sibuk bersusah payah..Hah..cemburu butakah ini? Mari kita lihat satu kisah. Kisah sirah.
Kenal sahabat bernama Saad Bin Ubadah?? Dari kelompok kaum Ansar. Orang nya Jujur dan cukup berterus terang. Apa yang ada dalam hati yang dirasakan betul akan terus disuarakan.
Kisahnya begini,
(rujukan dari buku 101 sahabat, Hepi Andi Bastoni)
Peristiwa berlaku setelah tamat Perang Hunain. Perang ini tamat dengan kemenangan di pihak kaum muslimin. Rasulullah pun mula mengumpulkan harta-harta rampasan perang. Rasulullah pada saat ini memberikan perhatian yang lebih kepada muallaf, bangsawan-bangsawan Quraiysh yang baru sahaja memeluk islam ketika fathu makkah dengan harapan untuk melembutkan hati-hati mereka untuk terus teguh pada Islam. Dan Rasulullah tidak memberikan sedikit pun dari harta-harta itu kepada mereka yang telah kukuh teguh islamnya. Diketahui umum bahawa pemberian rasulullah adalah sesuatu yang diharapkan dari kalangan orang-orang islam. Apatah lagi harta rampasan perang ini merupakan sumber penting untuk menampung kehidupan kaum muslimin.
Eh??timbul persoalan dalam kalangan orang-orang Ansar..
“kenapa rasulullah tak berikan harta-harta itu sedikitpun untuk kita??”
Siap bersyair lagi mereka ini meluahkan kekecewaan.
Sadt bin Ubadah yang terdengar rintihan ini cepat-cepat bertemu dengan Rasulullah dan meluahkan apa yang terbuku di hati mewakili kaum Ansar. Beliau pun berkata,
“ wahai Rasulullah, orang-orang ansar kecewa melihat tindakan anda membahagikan harta rampasan yang kita peroleh. Anda membahagikan kepada kaum anda, dan memberikan pemberian berlimpah-limpah untuk ketua-ketua suku arab Quraiysh, tapi suku ansar sedikitpun tidak menerimanya!!” luah Saad Bin Ubadah.
Jujurnya Saad bin Ubadah. Kalau anda ditempat saad bin ubadah ini, berhadapan dengan orang paling mulia dan di segani alam, apa anda lakukan?
Berbalik pada kisah, rasulullah yang penuh hikmah pun bertanya
“wahai saad, apa pula pandangan anda secara peribadi??”
Jawab saad,
“aku ini juga dari golongan ansar”
“kalau begitu kumpulkan kaummu itu kemari” jawab baginda.
Jom kita tengok macam mana bijak lembut dan berhikmahnya rasulullah dalam menyelesaikan perkara ini..pasti anda akan tersenyum.
Bila sudah berkumpul kaum ansar wajah mereka kelihatan sedih penuh kekecewaan, rasulullah memandang mereka dengan senyuman manis. Senyuman cerah penuh kasih saying bersulam rasa penghargaan terhadap segala jasa-jasa orang Ansar terhadap islam. Kemudian baginda bersabda,
“wahai golongan Ansar, segala rintihan kalian telahpun aku dengari, sekarang aku ingin bertanya pada kalian, bukankah ketika aku dating kalian dalam keadaan sesat dan kemudian Allah berikan hidayahnya pada kalian? Waktu itu kalian dalam kekurangan kemudian Allah berikan nikmat kecukupan? Kalian selalu bermusuahan dan Allah berikan rasa kasih saying dalam hati-hati kalian?...”
Jawab mereka, “benar! Allah dan Rasulnya, Maha pemberi maha pemurah”…betapa mereka menghargai nikmat islam yang mereka perolah
Baginda berkata, “kalian tidak menyanggah kata ku?”
Jawab Ansar, “apa yang kami nak sanggah lagi wahai rasulullah? memang Maha pemurah dan Maha pemberi adalah milik Allah dan rasulnya.”
Balas baginda
“boleh saja kamu katakan, dulu Tuan dating dalam keadaan didustakan orang, kami sambut dan membenarkan ucapan tuan, tuan dating terhina tapi kami muliakan tuan dan angkat tuan sebagai pemimpin. Tuan dating terhuyung haying tapi kami sambut dan merawat tuan. Tuan datang terusir kami beri tempat perlindungan.”
“apakah hati kalian kecewa wahai golongan Ansar melihat sampah dunia yang kuberikan kepada golongan manusia untuk menjinak lembutkan hati mereka dalam beragama sedangkan kalian kuberikan keteguhan islam dalam jiwa kalian!”
“tidakkah kalian rela wahai kaum Ansar, mereka pulang membawa kambing dan unta sedangkan kalian, pulang membawa Rasulullah ke tanah tumpah darah kalian sendiri. Demi Allah yang nyawaku padanya. Kalau bukan kerana hijrah, pasti aku termasuk golongan Ansar. Andai orang lain memilih jalan sendiri aku akan mengikuti jalan yang ditempuh orang-orang Ansar. Ya Allah!! Berilah rahmat buat kaum Ansar!! Generasi deimi generasi!!”
Menangis kaum Ansar, sampai digambarkan basah janggut-janggut mereka. Dengan serentak mereka menjawab,
“kami redha pada mu ya Rasullallah atas pemberian dan pembahagiannya”
Betapa besar kekayaan orang Ansar. Rasulullah yang mereka terima.
Benarlah ayat,
“mungkin kamu sukakan sesuatu tetapi ia sebenarnya buruk untuk mu sedangkan mungkin kamu membenci sesuatu sedangakn ia baik untuk mu”
Berbalik pada kes awal tadi,
Apa lagi yang kalian harapkan dalam hidup ini selain kesedaran Islam, hidayahNya, rahmatNya dan kasih sayangNya? Mungkin kalian tak dapat melihat menyentuh rasulullah seperti kaum Ansar, tetapi sekurang-kurangnya kalian masih beruntung kerana hati kalian di sentuh dengan ajaran baginda, kata-kata baginda, terkesan hasil dakwah baginda syafaat baginda untuk kalian andai kalian mengerti.. Nikmat yang lebih besar, lebih bermakna dan kekal menanti andai kalian memahami.. ISLAM nikmat terbesar kalian andai kalian menghargai..
Tersenyumkah anda??
Saturday, October 17
ayuh mahasiswa!
Sesungguhnya telah menjadi ketentuan Allah s.w.t. bahawa dakwah tidak tegak dan tidak menang kecuali di atas bahu orang muda. Sirah Nabi s.a.w. adalah saksinya.
dan
“Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa dia masih kanak-kanak.” (Maryam:12)
Maka ummah berhajat kepada kejayaan akademik kamu, menanti cetusan ilmu hasil penyelidikan kamu, mengharap kecemerlangan dan keunggulan daripada kegigihan kamu. Siapakah yang lebih layak daripada kamu wahai pemuda. Kamu punya energy yang disalut cahaya ilmu untuk mengubah masa depan tanah air kita, memimpin dunia ini ke arah kebenaran, keadilan dan persamaan.
by: Al-Ustaz Muhammad Mahdi ‘Aakif
Tuesday, October 13
Dan firman tuhan mu itu...
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat dari pada urat lehernya (Al Qaaf:16)
“Apakah kamu mengira akan masuk surga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kami. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, diguncang (dengan berbagai cobaan). Sehingga Rosul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “Kapankah datang pertolongan Allah?” Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” (Al-Baqarah: 214)
Sunday, October 11
sungguh : Dialah yang memegang hati-hati manusia::
Iman kita naik dan turun. Ilmu ada dalam diri tapi tak mampu befungsi. Kenapa? Hurm..terlalu ramai pemegang saham hati. Kenape buat open market share. Limitkanlah pemegang-pemegang saham. Ini tak, jual saham pada incek seth anne, incek mark seeat, mereka ni nampak je mcm blh bg big contribution tp sebenarnya temporary contribution je.. Jual la pada yang sepatutnya.... Bukan susah, holy advisor dah bg offer mcm2 cdngn alternative supaya menolak offer encek seth anne, tak de opportunity cost klu awak ikut holy advisor tuh , tp sombong..nak jugak dgn incek seth anne tuh… awak dah lame buat contract dengan Al rahim..sejak azali lagi..kenape nak violate that contarct. Sungguh, awak tak beryukur. Awak lupa? Perniagaan awak selame ni memuncak sebab Al-razzaq..
Allah dah offer,
“ya Ayyuhallazi na aamanu, hal adullukum ala tijaratin tunjikum min azabin alim…”
Ar rahman dah janji untuk sentiasa bersama,
“fa iza sa’alaka ibadi anni fainni qarib”
Dia dah bagi awak teori investment yang paling baik, dah bg tahu future prediction about the real world. Smua inequilibrium market, high inflation, unemployment akan effect awak.. Die dah bagi theory yang lengkap tp sombong.. Die dah tunjuk semua testimoni orang-orang yang Berjaya sebab ikut nasihat die.. Die dah tunjuk dah keadaan org yang sombong tak dengar..
Janji incek seth anne tu sume janji kosong…
Ok, sekarang semua di tangan awak. Awak ketua. Awak buat keputusan, once awak dah buat keputusan, pemegang saham lain akan ikut. Itu yang disepakatkan. Maka terserah anda memeritah smua employee dari setiap department. Bhg human resource untuk kerahkan balik worker2 ( pakcik kaki, cik tangan, bro mulut, siti telinga dan lain2) untuk kembali aktif dan tabah, department marketing untuk kembali promote produk2 islam yang dibawa, PR kene bina balik network dengan investor2 hebat, kembali join soul networking mcm usrah, daurah etc. Semua tau, takde terkecuali termasuk general clark, dispatch boy kene pos bnyk2 surat untk make sure networking lancar, cleaner hati semua. Nampak fungsi mcm kecik tp kalau terbiar unit ni ssh jgk. Ok..semua akan ikut awak.. Semoga Berjaya
Terima kasih untuk investor2 saya, moga saham2 anda membuahkan hasil di akhirat nanti…
Ni antara surat2 yang mat dispatch serahkan dari big company lain,
Sykt AAR Enterprise,
~wazawwadu fa inna khayra zaadittaqwa~ berebkallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa. (2:197) moga dilapangkan urusan hati
Sykt FM Sdn Bhd,
First, tarik nafas dalam2 san senyum, 2nd say, la hawla wala quwwata illa billah n hasbunallah wa ne’mal wakeel. 3rd cek ali imran 146-148 n surah same ayat 193. 4th qul aamantu billah, summastaqim…wastaeenu bissobri wassolah
Sykt WFWZ ptd
He did not promise that life would be easy, but he did promise 2 go with u.every step of your life with him by ur side. So whatever u do, put your trust in Allah
Sykt CECE MAYA.com
Surat die panjang, tak mo disclose cni la.. Tp last2 tu die kate, diammonds r made under immense pressure 4 millions o years.
Saya tengah tunggu surat dari beberapa lagi company, tp tak sampai2..tunggu je la lagi..hehe
The end~~
Alhamadulillah..kerana mengurniakan sahabat-sahabat yang menguatkan. inilah tanda kasih sayangMU..
~afala ta'qilul...