Saturday, October 17

ayuh mahasiswa!

Kamu adalah pencetus kebangkitan

Sesungguhnya telah menjadi ketentuan Allah s.w.t. bahawa dakwah tidak tegak dan tidak menang kecuali di atas bahu orang muda. Sirah Nabi s.a.w. adalah saksinya.

Ibn Abbas r.a. melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda pada hari peperangan Badar (maksudnya): “Sesiapa yang melakukan begini dan begini dan datang ke tempat ini dan ini, maka baginya ini dan ini!”, lalu berlumba-lumbalah para pemuda ke arahnya, sedangkan orang tua-tua terpacak sahaja di sisi bendera. (Riwayat an-Nasaei)

Maka pemuda hari ini adalah harapan bagi umat ini. Merekalah roh yang menghidupkannya dan tiang yang menjadi tonggaknya. Mahasiswa dan mahasiswi khususnya adalah mereka yang mencipta kecemerlangan dan keunggulan. Merekalah agen perubahan yang dinanti-nantikan. Merekalah factor kebangkitan yang diharapkan. Lantaran itu, Allah s.w.t. menjadikan hati-hati pemuda sebagai bejana penampung ilmu. Dia menjadikan ilmu serasi bersemadi di dalam hati para pemuda.
Ibn Abbas r.a. pernah berkata maksudnya: “Allah ‘Azza wa Jalla tidak memberikan ilmu kepada seseorang hamba kecuali pemuda. Kebaikan itu semuanya ada pada pemuda. Kemudian beliau membacakan firman Allah ‘Azza wa Jalla yang bermaksud:( (Setengah dari) mereka berkata: Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya. (Al-Anbia’:60)
dan
“Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa dia masih kanak-kanak.” (Maryam:12)

Maka ummah berhajat kepada kejayaan akademik kamu, menanti cetusan ilmu hasil penyelidikan kamu, mengharap kecemerlangan dan keunggulan daripada kegigihan kamu. Siapakah yang lebih layak daripada kamu wahai pemuda. Kamu punya energy yang disalut cahaya ilmu untuk mengubah masa depan tanah air kita, memimpin dunia ini ke arah kebenaran, keadilan dan persamaan.

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat petunjuk.” (Al-Kahf:13)


by: Al-Ustaz Muhammad Mahdi ‘Aakif

No comments: