Wednesday, December 16

jom puasa!!

HIKMAH PUASA ‘ASYURA’

Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah, beliau mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ‘’Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Hari apa yang kamu berpuasa ini?” Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, “Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu pula Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam keadaan bersyukur, maka kami pun mengikuti beliau berpuasa pada hari ini.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata, “Kita seharusnya lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.” Lalu setelah itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa.

[HR. al-Bukhari no.2004 dan Muslim no. 2714]

Hadith tersebut di atas menunjukkan kepada kita betapa Rasulullah mengikut apa yang dilakukan oleh Nabi Musa kerana merasakan umatnya lebih berhak untuk meluahkan rasa kesyukuran seperti yang berlaku kepada Nabi Musa yang selamat dari ancaman Fir’aun.

Antara hikmahnya ialah membezakan umat Nabi Muhammad dari orang Yahudi. Ini kerana ada hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang menjelaskan bahawa orang Yahudi menjadikan hari 10 Muharram ini sebagai satu perayaan, tetapi umat Islam menjadikan hari ini untuk berpuasa. Ini merupakan perbezaan yang sering baginda lakukan dan kita akan lihat beberapa perbezaan yang Nabi anjurkan kepada umatnya.

DISUNATKAN PUASA PADA 9 MUHARRAM

Daripada Ibn Abbas Radiyallahu’anhuma bahawa Rasulullah ketika berpuasa pada hari ‘Asyura dan mengalakkan untuk berpuasa, para sahabat bertanya : “Ya Rasulullah, sesungguhnya hari tersebut (’Asyura) merupakan hari ini adalah hari yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Kemudian baginda bersabda : jika tiba tahun berikutnya – insyaAllah – kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan”.

Ibn Abas berkata “Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah meninggal dunia.”

(HR. Muslim no. 2722)

Di dalam riwayat yang lain, Nabi Sallallahu’alalihiwasallam bersabda:

“jika ada kesempatan ke tahun akan datang, aku akan berpuasa pada hari kesembilan”.

(HR. Muslim no.2723)

Friday, December 11

kata ibnu abbas

kata Ibnu Abbas

Kebaikan menyebabkan sinaran putih pada wajah, cahaya dalam hati, keluasan dan kelapangan rezeki, kekuatan pada badan dan kasih sayang di dalam hati orang lain."Kesimpulannya :Kebaikan merupakan satu intipati dalam kehidupan seorang muslim. Muslim itu beriringan dengan kebaikan. Pada dirinya tampakan kebaikan dan kebenaran. Lantaran itu, sebarkanlah kebenaran dan kebaikan di mana sahaja saudara berada. 


repost archive, march 2007

Monday, December 7

cuba. tahu

tak cuba tak tahu. bila cuba baru tahu. nampak macam susah bile dah buat baru tahu langit tinggi rendah. jgn takut untuk cuba. jagan takut untuk gagal. gagal tidak hina. tapi gagal untuk bangkit setelah gagal. ouch itu lebih teruk. kerana kita semua belajar. DIA akan ajar. moga kita jadi yang terpelajarar. mari ambil pelajaran. belajar untuk belajar bersungguh2. moga tercapai yang dikejar. jangan yang dikejar tak dapat yang di kendong berciciran. harus ingat matlamat. harus tuju matlamat. jangan mudah lemah semangat. kerna kau harus kuat. kuat. kuat. diri kau bukan untuk kau. dirikau untuk tuhan. dirikau untuk umat. jadi bulatkan tekad. majulah . yakinlah. DIA itu dekat. moga penuh berkat. dunia sampai akhirat.

aku mahu kuat~

Sunday, December 6

buka lembaran baru

bismillah
esok semester baru akan bermula, pastinya lebih mencabar.
pengalaman semester lalu mesti di ambil pengajaran.
terima kasih buat penyeri hidup di hari-hari cuti.
cukup indah cuti ini, bersyukur dan hargailah.

doakan yang terbaik untuk saya dan kamu juga

>>sudah pandai edit tampelate. kesimpulannya sila baca instruction. simple kan.

Saturday, December 5

inspired by

bimillah
dari dulu sampai sekarang, saya sentiasa mengagumi satu kaum manusia dari suatu sudut yang saya kira sangat penting. sangat teringin untuk berkawan rapat dengan mereka, mengenali mereka, bekerjasama dengan mereka. namun sampai kini rasanya belum benar2 berkesempatan.

siapa?
masyarakat cina. setiap kali ke kedai seringkali kedai2 mereka menjadi pilihan. bukan sengaja menyokong yang bukan muslim, namun susah untuk di temui kedai2 yang pemiliknya muslim. kalau adapun pasti tak puas dengan service yang diberikan. dan seringkali juga ditipu melayu. adeh...

kalau ke kedai cina, apa yang dicari pasti ada dan kalau tak da pun pasti mereka akan bagi alternatif..sila ke kedai sekian2, atau akan mereka akan orderkan dan survey2 kan. entertain customer baek punya.
pernah suatu ketika, umi beli mesin jahit. step by step diajarkan kami. pernah die tulis sesuatu pada mesin itu dan ter'comot sedikit. umi kate tak pe la sikit je. chinese itu tetap nak betulkan katenye.

"buat nak kene betul juga. tak mahu ada salah, baru customer sayang. tak lari"

pandai jage mad'u nih..hee
saya belajar bidang perniagaan. minat bidang ini. sangat mahu berniaga. tapiiii setiap kali memikirkan untuk memulakan seringkali saya dapati priority yang perlu dipenuhi di tempat lain.

terlalu banyak nak dicapai oleh seorang asma' ini. makanya.. saya perlu berbuat sesuatu..menyebarkan semangat? mungkin saja..

saya sangat sedar kepentingan industri keusahawanan. bukan untuk kepentingan melayu semata2 tapi untuk islam itu sendiri. untuk maju lebih jauh kekuatan maliyah juga adalah aspek yang sangat penting. makanya lebih ramai muslim harus diperkasakan untuk terjun ke bidang ini.

maksudnya mengusahawankan muslim atau alternatif yang lebih baik.. mari kita memuslimkan usahawan. mana yang lebih strategik?

Wednesday, December 2

perjalanan ini masih panjang

alhamdulillah
hari demi hari makin banyak yang kite belajar. dan alhamdulillah ramai yang memberi tunjuk ajar. tamat sahaja peperiksaan terus bermukhayyam. turun bas sampai jb mlm tu terus ada program. sambung lagi terbiyah raya qurban. sambung lagi majlis ilmu. alhamdulillah ya Allah atas kurniaan ini

namun, satu bebanan terasa. semakin banyak yang kita tahu semakin banyka tanggungjawab. makin banyak Allah akn persoalkan. makin banyak ujian dan cabaran. maka harusnya makin kuat pergantungan kita pada Allah. macam analogi monyet atas pokok ditiup angin kencang tak jatuh..ditiup angin damai lembut sepoi-sepoi bahasa boleh jatuh pula.

hurm..banyak bende menyentuh hati..mengetuk kotak pemikiran saya

>> jangan sesekali memandang rendah orang lain walau apa juga keburukan yang kita lihat pada dia. mungkin benci pada perbuatan tapi bukan sesekali pada orangnya. cari kekuatan pada diri nya. kembali merenung hadis

"dari saidatina aisyah, ketika ditanya para sahabat, bilakah seseorang itu dikira buruk akhlaknya (musi'an), jawabnya, bila dia menyangka dirinya sudah cukup baik"

>> muhasabah kembali amal2 dan aktiviti sehari-harian. jom buat simple calculation nisbah kita meluangkan masa untuk tuhan dan aktiviti2 lain. maksurat sughra yang tak-konsistent-sangat itu pun sebenarnya dikira sebagai sangat-sangat minimum. suppose dengan apa yang dah pun diajarkan, apa yang dah tahu, patutnya boleh buat banyak lagi. sila kembali melihat mutabaah andaikata kamu benar2serius mahukan syurga.

>> sile hayati erti syukur!!!

>> gunakan segala peluang yang ada untuk menyampaikan islam. macam kisah nabi yusuf ketika berdakwah di dalam penjara. juga kisah seorang wanita yang baru memeluk islam, lalu menjerit ditengah masyarakat . laaailahaillaAllah, lau ditanya apakah itu. jawabnya, sila rujuk rasulullah yang lebih mengetahui. wanita tadi menyampaikan apa sahaja yang termampu. dan banyak lagi kisah-kisah sirah yang boleh kita ambil pengajaran.


wah..banyaknye nak tulis tapi sedikit-sedikit ye

p/s: kak yam (klu bce la) sye sedang delete virus2 dlm folder2 ingatan saya. moga data2 itu akan function properly.

wallahu a'alam.

construction tergendala

assalamualaikum
5 minggu berlalu tanpa sedar pun.
sudah tamat peperiksaan.keputusan juga dah pun di umumkan
ternyata perlu usaha lagi.lagi.dan lagi banyaaak lagi..

blog ini dalam usaha dibaik pulih pasti akan ku tukar tempelate ini.. tapi sbb tangan gatal menekan2 ha..hilang semua..ambil mane yang sempat dan senang.ada masa akan kutukar juga.. mana yang expert sile la beri tunjuk ajar