Wednesday, December 2

perjalanan ini masih panjang

alhamdulillah
hari demi hari makin banyak yang kite belajar. dan alhamdulillah ramai yang memberi tunjuk ajar. tamat sahaja peperiksaan terus bermukhayyam. turun bas sampai jb mlm tu terus ada program. sambung lagi terbiyah raya qurban. sambung lagi majlis ilmu. alhamdulillah ya Allah atas kurniaan ini

namun, satu bebanan terasa. semakin banyak yang kita tahu semakin banyka tanggungjawab. makin banyak Allah akn persoalkan. makin banyak ujian dan cabaran. maka harusnya makin kuat pergantungan kita pada Allah. macam analogi monyet atas pokok ditiup angin kencang tak jatuh..ditiup angin damai lembut sepoi-sepoi bahasa boleh jatuh pula.

hurm..banyak bende menyentuh hati..mengetuk kotak pemikiran saya

>> jangan sesekali memandang rendah orang lain walau apa juga keburukan yang kita lihat pada dia. mungkin benci pada perbuatan tapi bukan sesekali pada orangnya. cari kekuatan pada diri nya. kembali merenung hadis

"dari saidatina aisyah, ketika ditanya para sahabat, bilakah seseorang itu dikira buruk akhlaknya (musi'an), jawabnya, bila dia menyangka dirinya sudah cukup baik"

>> muhasabah kembali amal2 dan aktiviti sehari-harian. jom buat simple calculation nisbah kita meluangkan masa untuk tuhan dan aktiviti2 lain. maksurat sughra yang tak-konsistent-sangat itu pun sebenarnya dikira sebagai sangat-sangat minimum. suppose dengan apa yang dah pun diajarkan, apa yang dah tahu, patutnya boleh buat banyak lagi. sila kembali melihat mutabaah andaikata kamu benar2serius mahukan syurga.

>> sile hayati erti syukur!!!

>> gunakan segala peluang yang ada untuk menyampaikan islam. macam kisah nabi yusuf ketika berdakwah di dalam penjara. juga kisah seorang wanita yang baru memeluk islam, lalu menjerit ditengah masyarakat . laaailahaillaAllah, lau ditanya apakah itu. jawabnya, sila rujuk rasulullah yang lebih mengetahui. wanita tadi menyampaikan apa sahaja yang termampu. dan banyak lagi kisah-kisah sirah yang boleh kita ambil pengajaran.


wah..banyaknye nak tulis tapi sedikit-sedikit ye

p/s: kak yam (klu bce la) sye sedang delete virus2 dlm folder2 ingatan saya. moga data2 itu akan function properly.

wallahu a'alam.

No comments: