Salam ceria
Salam cinta
Buat penghuni alam
Penduduk bumi
Pencinta tuhan
Pemburu kasih
Petani amal
Fitrah alam.
Saling berkait saling ta’awun. Membentuk ekosistem sihat terancang. Sungguh pada waktu pagi itu ada rahsia besar buat orang-orang yang berfikir. Alhamdulillah.
Dalam sibuk sepanjang minggu, sesak nafas tak menentu. Letih. Lelah. Kita mahukan damai. Ya damai. Sakinah. Kadang-kadang jenuh memikir dimana lagi nak dicari tenang ini. Damai dari hiruk pikuk dunia. Jawapannya, ada pada waktu pagi.
Pagi indah. Damai. Tenteram. Mari kita keluar dari kotak bilik. Bersiar-siar. Pakai kasut. Bismillah, mari melangkah.
Tarik nafas dalam-dalam. Wah udara segar hari ini. Alhamdulillah. Aku masih bernafas. Sudut duniaku masih aman. Alhamdulillah. Jom kita jalan2. Tak perlu jauh. Keliling rumah, sekitar asrama. Dimana-mana ada tanda-tanda kekuasaan Allah. Subahanallah.
Matahari belum tunjuk muka. Masih malu-malu main sorok-sorok.
Udara agak sejuk. Tak perlu penyejuk udara tiruan. Allah beri yang fresh. Orang yang tidur saat ni tak merasa segarnya nikmat tuhan di awal pagi. Burung-burung mula berkicau terbang keluar dari sarang. Pergi mencari rezeki. Ada yang kecil namanya pipit. Kamu kenal rupa pipit? Tanya uncle google. Tak pun Prof Ensyklopedia.pipit tak sunyi sendiri, Itu yang hitam tu, gagak pun ada juga. Si layang-layang pun sudah keluar. Mana manusia lainnya?
Morning glory dah mula mengembang. Cantik. Menyapa hamba tuhan yang menjenguk di kala matahari mula menampakkan diri. Warna bumi makin berseri. Indah. Lewat pagi nanti menguncup kembali. Malu menyaksikan kamu-kamu yang bangun lewat.
Lihat pada pokok. Daun pelbagai bentuk. Batang pelbagai corak. Menyerap nutrient dari tanah yang sama tapi bercambah cantik pelbagai rupa. Pada sebatang pokok juga, ada daun pelbagai warna. Ada pucuk hijau muda baru tumbuh. Ada yang sudah keras warnanya, mungkin sudah dewasa. Tak kurang juga yang sudah kekuningan. Tak cukup nutrientkah atau sudah lanjut usia? Menanti masa gugur ke bumi di sapu pekebun yang awal-awal pagi lagi sudah berbakti.terima kasih pakcik!
Pada pokok ada ibrah untuk manusia. Ada yang muda ada tua ada dewasa ada yang sakit ada yang sihat. Semua ketentuan Allah. Hidup damai dalam rahmat dan aunillah.
Daun perlukan air perlukan cahaya perlukan udara. Mahu air, Allah bagi hujan. Hujan turun ke bumi lalu tanah ambil amanah menyerap air kedalam bumi. Akar pokok yang mencengkam serap air supaya daun dapat air. Tiada akar daun kehausan. Daun perlu cahaya untuk fotosintesis, pokok masak makanan sendiri. Cahaya lazat dari matahari. Tiada matahari daun tak kenyang. Boleh jatuh sakit. Daun juga perlu karbondioksida. Untuk bernafas kemudian pokok keluarkan oksigen. Eh. Kami manusia perlukan oksigen. Kami tak mahu karbondioksida. Haa. Mari bekerjasama. Saling menjaga. Tuhan maha adil.
Dan seorang manusia, untuk hidup sihat damai juga bergantung pada yang lain. Tak dapat hidup sendiri. Sungguh. Sehebat mana pun takkan mampu hidup seorang diri. Perlu pada Tuhan itu pasti. Mahu petunjuk, Allah bagi Al-quran, buku manual hidup.petunjuk sepanjang zaman. Kemudian manusia perlu makan, Allah hantar macam-macam. Ada buah, boleh petik dari pokok. Kamu kenal pokok? Oh ye. Kita selalu bekerjasama. Bertukar gas dan udara. Kali ini kita bekerja lagi. Pokok bagi buah, manusia sebarkan benih buah agar bercambah ditempat lain pula. Allah juga hantar lembu kambing ayam untuk kita makan. Ops Allah ajarkan supaya sembelih dulu dengan nama Allah. Manusia dahaga, Allah ciptakan laut sungai tasik mata air hujan untuk manusia. Apa lagi manusia perlukan? Oh ye. Manusia perlukan kasih sayang. Itu sudah banyak. Alam ini saja sudah cukup menampakkan bukti kasih sayang Allah. Dia hantarkan pula manusia lain untuk hidup bersama-sama. Ada ibu, ayah, adik-adik, kawan-kawan. Cuma Allah pesan, supaya jaga batas pergaulan. Baru akan damai. Sungguh. Sehebat mana pun seorang manusia. Dia pasti masih perlukan yang lainnya. Tak mampu hidup sendiri. Sunyi. Sepi. Tapi mati seorang diri. Pasti.
Tasbih tahmid dan tahlil.
Masih dipagi hari. Udara segar. Sungguh dari pokok ibrahnya cukup indah. Hanya bagi kamu-kamu yang berfikir.
Mari jalan lagi, eh Siti Siput di celah batu. Assalamuallaikum selamat pagi. Berjalan perlahan penuh sabar. Siput-kecil-perlahan juga main peranan atas bumi. Sungguh, Allah tidak meciptakan sesuatu dengan sia-sia hatta lalat sekalipun ada peranan sendiri.
Bzeeeee…eh tu Br Hunny Bee. Mengutip madu untuk Sang Ratu. Hinggap menangguk madu pada bunga-bunga segar pagi. Masih dibasahi embun segar. Makan madu jadi sihat. Br Bee nanti manusia mahukan madu boleh kan kita kongsi?
Matahari makin tinggi. Burung berkicau makin rancak berbincang masalah ummat. Manusia masih ramai lena di singgahsana.
Matahari sudah tidak malu lagi. Kalau malupun, itu sudah tanggungjawab. Akan terus terpikul pada matahari hingga tiba kiamat.
Baik. Cukup untuk riadah pagi ini. Sudah 20 minit berjalan. Sudah segar badan bersenam. Sudah segar otak berfikir. Sudah segar hati berzikir. Mari pulang mandi dan teruskan Amanah hari ini.
Oh yang masih tidur, bangunlah. Kamu sudah terlepas banyak benda. Kamu rugi. Sungguh merugi.
Sekali lagi, Tahmid, Tasbih dan Tahlill. Alhamdulillah. (^________^)v