assalamualaikum,
kali ini saya sangat tertarik unutk berkongsi satu petikan kisah dari puluhan kisah2 hebat menyentuh hati mengetuk minda dari penulisan hebat dalam buku " Jalan Cinta Para Pejuang". buku ditulis Salim Akhukum Fillah.
jom telusuri kisah ini,
cuba anda bayangkan seorang penyelam hebat sebelum melakukan aktiviti menyelam atau scuba diving tentu pelbagai persiapan akan dilakukannya serapi mungkin..sedikit regangan. dipakai pula pakaian khas dari jenis kain yang mahal dan berkualiti. kasut katak. gas oksigen. persediaan mental dan fizikal yang cukup rapi. kemudian tiba di tengah laut yang dalam dengan lafaz bismillahi 'debuushhh' terjun ke belakang.
penyelam turn 10 meter ke dalam. wah sangat seronok. melihat ikan2. terumbu-terumbu karang, ada pelbagai jenis ilan. ada yang malu2 sembunyi di balik batu batuan dan ada yang bersifat ingin tahu berani datang dekat menghampiri anda. wah sungguh cantik. subahanallah. tiba-tiba anda terlihat seorang manusia kurang jauh dari anda hanya berseluar pendek. tiada tong oksigen tiada alat-alat canggih. dalam hati anda, wah hebat sungguh manusia ini.
anda mula turun di kedalaman 20 meter. di sini agak gelap. tapi masih lagi ada keyunikan dan keindahan tersendiri. dan sekali lagi anda terlihat lelaki tadi. bertambah2 rasa kagum anda.
kemudian turun pula dikedalam 30 puluh meter. keadaan bertambah gelap. tekanan juga semakin kuat. saat ini anda terlihat lagi lelaki tadi. dengan perasaan ingin tahu yang kuat anda mendekati lelaki tadi dan dengan susah payah cuba berkata di telinganya.
"wah hebat sungguh kamu, dapat turun jauh kedalam ini tanpa sebarang bantuan"
tahu apa jawapan lelaki tadi
"goblokkk...tolong aku. aku sedang lemas"
agak-agak apa yang anda dapat dari kisah ini?
apa agaknya perbezaan mereka.?
sedang lelaki pertama tadi menghayati keindahan alam ciptaan Allah, kagum dengan keunikan ciptaan dan kekuasaanya, lelaki yang kedua itu tadi tak dapat menikmati apa2 keindahan alam lantaran dalam keadaan lemas dan tiada persiapan rapi. sedangkan mereka berdua di tempat yang sama.
dalam hidup ini kita memerlukan persedian yang secukupnya unutk melayari kehidupan, dari persiapan fizikal, mental rohani dan semua persiapan dan kekuatan ini telah Allah berikan kepada kita tinggal untuk kita hayati dan amalkan. maka tanpa persiapan yang cukup kita akan hanyut dan lemas seperti orang yang tenggelam tadi. itulah bezanya antara yang tenggelam dan penyelam.
renung-renungkan dan selamat beramal.
ditulis sementara tunggu ust dalam kelas maharah istima'iyyah.
1 comment:
jom jadi penyelam!!
Post a Comment