sungguh kau tak punya impian
kau tiada cita-cita
katamu mahu jadi bangsawan
namun kau tiada perancangan
kata mu mahu jadi pejuang
namun masamu sering terbuang
sungguh kau tiada impian
angan kosong yang kau canang
hanya meniti di bibir
kau sembunyi dibalik tabir
kau bukan khalifah harapan
andai masih punya sisa kekuatan
masih belum terlambat
untuk kau buktikan
kau insan pilihan
dua jalan dihadapan
kiri atau kanan
kau yang tentukan
jaya atau kecundang
itu urusan tuhan
tugas kau
adalah gerak kerja sekarang
8 comments:
hu
hu?
Hebat sungguh madah anakanda itu
Menusuk Qalbu
Memecah segala buntu
Syaitan dah tak berkubu
Hilang haru biru
like!
Saya mahu terus ke hadapan..
jom semua
kita susun perancangan
isikan masa yang terbuang
keluar dari persembunyian
pilih jalan kanan
kita kejar impian kehidupan!!
sebelum bertemu kamatian
Allahumma baariklana...
Salam,
betul, sgt tajam & b'makna!
ya, masih belum t'lambat, biarpun seandainya jika esok kiamat, hari ini masih bisa b'manfaat~
husna amran likes this! :)
Post a Comment