Saturday, July 31

menjaga biah

Kerajaan Gaza Letak Undang-undang baru untuk Kedai Pakaian Wanita


Jumaat,  30/07/2010 – Kerajaan Hamas di Gaza memutuskan untuk mengeluarkan beberapa peraturan-peraturan yang berkaitan dengan kedai pakaian perempuan untuk membuat jalan-jalan di Gaza sesuai dan warga Gaza merasa selesa.
Peraturan tersebut adalah:
1 – Tiada patung harus ditempatkan di luar kedai.
2 – Tidak ada pakaian keterlaluan dipromosikan di kaca depan kedai.
3 – Pintu kedai harus dibuka setiap masa semasa kedai dibuka.
4 – Tidak ada tempat tertutup di dalam kedai.
5 – Tidak ada kamera atau mana-mana alat perakam walau apa jenis dibenarkan.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Thursday, July 29

rumput oh rumput

dengan nama Allah. yang maha pengasih lagi maha penyayang.
celik-celik mata
terus datang mood melankolik
meh baca ape rumput nak kata

rumput ni kecik ja atas bumi
duk bawah
kene pijak hari2
tapi tak pa
supaya makhluk yang pijak rumput boleh berjalan atas bumi
bumi jadi kukuh bila rumput cengkam tanah agar tak tergelungsur
supaya air hujan meresap baik kedalam tanah tanpa rosakkan struktur tanah
rumput tak kesah sebab rumput yakin pahala banyak kalau rumput ikhlas
lagipun itu memang tugas rumput atas bumi
alhamdulillah

rumput atas bumi banyak jenis
ade jenis mahal
ada jenis murah
ada yang hijau segar
ade yang kering-kering sikit
rumput karpet lah
turf-type grasses lah
kentucky blue grasses la
macam-macam la
sibuk sume rumput nak mengaku kualiti yang terbaik
padahal rumput tu rumput jugak
duduk atas tanah jugak
keje cengkam bumi jugak
perlukan matahari air oksigen jugak

rumput oh rumput kenapa engkau.....

saya faham rumput kawasan lain
adalah beza-beza sikit
rumput kawasan gunung lain
rumput kawasan tanah rendah lain
rumput kat padang bola lain sikit

tapi carilah titik persamaan
kita sama-sama rumput

rumput sama rumput pun bermusuh
memang tergelak serangga-serangga perosak tengok rumput buat perangai

wallahu a'lam.

"Allah, satukanlah hati-hati kami atas jalan-Mu. lapangkanlah dada kami menghadapi ujian-Mu. didiklah hati kami untuk patuh nasihat perintah larangan-Mu agar suatuu hari nanti agama-Mu tertegak atas bumi mu."

~andai kami benar-benar layak untuk tugas itu~

harapan
"agar kita semua bisa berkumpul untuk reunion terbesar di syurga"

~andai kami hamba-hamba yang layak untuk syurga mu itu~

Allahuakbar!!

Friday, July 16

fatrah diraasah


Assalamualaikum W.B.T

bermula fatrah dirasah yang baru. setiap kali bermula sem baru pasti semua sibuk menyusun jadual. ikut citarasa sendiri. itu seronoknya alam kampus. kalau sekolah jadual sudah ditentukan. masa sudah ditetapkan. pagi sampai patang.  7.40 pagi hingga 4 petang. sambung lagi dengan ko-kurikulum. kadang-kadang sampai ke malam. kuat sungguh!

di kampus pula, kamu diberi pilihan. subjek apa kamu ingin. guru mana kamu mahu. masa mana yang kamu hendak. yang tak suka kelas pagi ambil kelas petang tak kurang juga yang ambil kelas pagi sahaja. susun ikut kesesuaian diri. ikut gaya hidup. maka bermulalah sesi susun menyusun. rayu merayu. pendaftaran atas talian sudah penuh. berpusu-pusu ke bilik pensyarah merayu untuk diambil sebagai anak murid. banyak juga sesi perkongsian pengalam berlaku. 

"kamu jagan ambil lecturer nih. die strick giler. muke tak kesian. killer lecturer. ajar tak paham. kedekut markah"
"kamu jangan ambil seubjek ini, sem lepas 50% orng gagal. kombinasi subjek kamu sangat berat."
"berat.berat.susah.susah.payah.banyak kerja"

haha dan macam-macam lagi sharing moment.

dan kebiasaannya lecturer yang murah markah, santai, suka berjenaka diminati ramai. fitrah manusia.

bagi saya, 
saya jarang memilih lecturer. saya akan terima seadanya. jika berpeluang untuk dapat yang hebat alhamdulillah. jika bukan lecturer kegemaran ramai pun tak mengapa. selagi mana ilmu boleh dicari gali. insyaAllah ok. saya juga tidak suka dimomokkan subjek ini susah. subjek itu payah. ada benarnya tapi ia bergantung pada diri anda juga lah. sejauh mana anda menyusun jadual hidup anda. sebaik mana anda bahagikan masa anda. dimana anda letakkan prioriti hidup anda.

ummi kate, "belajar semua pun sama je. awak belajar awak dapat. awak tak belajar mane nak dapat"

ramai kawan-kawan yang top scorer saya lihat mereka bukan dilahirkan terus2 bijak pandai tapi mereka berusaha tekun. dalam kelas tidak tidur. assignment semua disiapkan. malam berjaga untuk study. bukan sekadar waktu exam sahaja malah waktu kuiz-kuiz kecil pun ulangkaji macam peperiksaan akhir. kamu macam mana? mereka tidak pernah takut digelar skema kerana terbukti mereka berjaya. malu besar untuk mereka2 yang menggelar mereka skema!
 paling penting kamu harus jelas tujuan kamu belajar. untuk apa? apa yang kamu sasarkan? ayuh teman2. kita sasarkan sesuatu untuk fatrah pelajaran kita kali ini. biar bukan yang tinggi2 melangit tinggi tapi rialistik untuk kamu capai. dan pastinya sesuatu yang lebih baik dari fatrah yang lalu.

"man jadda wajada, man zaro'a hasoda"

ayuh jadikan surah al-mu'minun ayat 1-11 sebagai motivasi kita untuk cemerlang fatrah ini.


 "Successful indeed are the believers.
Those who offer their Salat (prayers) with all solemnity and full submissiveness.
And those who turn away from Al-Laghw (dirty, false, evil vain talk, falsehood, and all that Allah has forbidden).

And those who pay the Zakat .
 And those who guard their chastity (i.e. private parts, from illegal sexual acts)
 Except from their wives or (the captives and slaves)that their right hands possess,for then,they are free from blame;
 But whoever seeks beyond that, then those are the transgressors;
 Those who are faithfully true to their Amanat (all the duties which Allah has ordained, honesty, moral responsibility and trusts etc.) and to their covenants;
 And those who strictly guard their (five compulsory congregational) Salawat (prayers) (at their fixed stated hours).
 These are indeed the inheritors.

 Who shall inherit the Firdaus (Paradise). They shall dwell therein forever.
"

Wallahu a'lamu bissowaab

~berusaha~