dengan nama Allah. yang maha pengasih lagi maha penyayang.
celik-celik mata
terus datang mood melankolik
meh baca ape rumput nak kata
rumput ni kecik ja atas bumi
duk bawah
kene pijak hari2
tapi tak pa
supaya makhluk yang pijak rumput boleh berjalan atas bumi
bumi jadi kukuh bila rumput cengkam tanah agar tak tergelungsur
supaya air hujan meresap baik kedalam tanah tanpa rosakkan struktur tanah
rumput tak kesah sebab rumput yakin pahala banyak kalau rumput ikhlas
lagipun itu memang tugas rumput atas bumi
alhamdulillah
rumput atas bumi banyak jenis
ade jenis mahal
ada jenis murah
ada yang hijau segar
ade yang kering-kering sikit
rumput karpet lah
turf-type grasses lah
kentucky blue grasses la
macam-macam la
sibuk sume rumput nak mengaku kualiti yang terbaik
padahal rumput tu rumput jugak
duduk atas tanah jugak
keje cengkam bumi jugak
perlukan matahari air oksigen jugak
rumput oh rumput kenapa engkau.....
saya faham rumput kawasan lain
adalah beza-beza sikit
rumput kawasan gunung lain
rumput kawasan tanah rendah lain
rumput kat padang bola lain sikit
tapi carilah titik persamaan
kita sama-sama rumput
rumput sama rumput pun bermusuh
memang tergelak serangga-serangga perosak tengok rumput buat perangai
wallahu a'lam.
"Allah, satukanlah hati-hati kami atas jalan-Mu. lapangkanlah dada kami menghadapi ujian-Mu. didiklah hati kami untuk patuh nasihat perintah larangan-Mu agar suatuu hari nanti agama-Mu tertegak atas bumi mu."
~andai kami benar-benar layak untuk tugas itu~
harapan
"agar kita semua bisa berkumpul untuk reunion terbesar di syurga"
~andai kami hamba-hamba yang layak untuk syurga mu itu~
Allahuakbar!!
2 comments:
rumput-rumput kena merendahkan hati supaya rumput-rumput boleh hidup aman damai bersama-sama. suka ayat reunion terbesar di syurga!
kate2 yang sngt inspiring waktu reunion batch sekolah arituh...
btw hari ni Allah bagi teguran pasal isu ni dalam surh baqarah ayat 212 sampai ayat 215.last kali dalam ayat tu die kate "dan kebaikan apa saja yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui"~
Post a Comment