Mahu seribu cara
Tak mahu seribu dalih
Kalau mahu jadi berjaya
Kita usaha selagi boleh
Fenomena Mahir Zain di UIA
Telah membuka mata saya
Tentang kuasa kehendak manusia
Kalau sudah itu pujaannya
Kalau Itu yang dikejarnya
Biar seribu halangan tiba
Akan tetap berlari kesan
Saat dikisahkan tentangnya
Berdebar2 dalam dada
Saat muncul depan mata
Hampir tak bernafas dibuatnya
Menjerit terpekik tanda teruja
Sanggup apa sahaja tanda setia
Polis yang menjaga dirempuhnya
Kerana ingin bertemu mata
Hai manusia.
Segala kisahnya dibongkar dibaca
Gambarnya ditampal pada cermin mata
Terdetik dalam hati saya
Begini sekali gelagat manusia
Terbayang dalam kepala
Begini sekali jadinya manusia
saat dalam hati benar2 mengagumi memuji
Maka tidak hairanlah jika 1400 tahun dahulu manusia benar-benar berubah saat mengenali baginda Muhammad. Apa yang dikatanya disimpat disemat. Diambil diamal jadi azimat. Menjadi rujukan menjadi penguat. Mempertahankannya meskipun nafas di sekat. teringat kisah cinta seorangseorang sahabat, disiksa oleh orang2 kafir quraiysh Makkah. Diikat tangan dan kaki sehingga badan sedikit terangkat kemudian diletakkan bara api dibawah badannya. Keadaan tak ubah seperti disalai panas. Pedih lemah hingga nak berkata sepatahpun tidak lagi betah. Lalu bertanya si kafir, mahukah kamu andai aku gantikan tempatmu dengan Muhammad? Paap! Tak semena-mena ntah dari mana kekuatan datang sahabat tadi dengan tegas menyatakan dirinya tidak akan rela andai diri diganti dengan baginda nabi. Dalam sekali cinta pada Baginda.
Biar baginda jauh dari mata
Namun rasakanlah cinta baginda pada kita
Suatu kisah lagi.
Suatu hari baginda dalam keadaan letih dan lapar. Lalu baginda mengadu pada Allah. Maka Allah utuskan malaikat Jibril
“wahai Muhammad kekasih Allah, tuhan-Mu menyampaikan salam sejahtera atas-Mu”
Namun baginda tetap terus mengadu dan merayu tentang keadaan dirinya. Sampai tiga kali malaikat jibril berulang alik akhirnya kata malaikat Jibril “wahai Muhammad, pohonlah apa sahaja nescaya tuhanmua akan perkenankan” kalau kita yang berkeadaan letih dan lemah agak2 apa yang akan kita minta?kamu agak apa doa permohonan baginda?
Baginda mendoakan kita semua. Baginda doakan kesejahteraan Ummatnya. Bayangkanlah cintanya baginda pada kita. Hatta dalam keadaan lemah atau sakit atau payah hingga kesaat akhir usianya baginda terus lafazkan “ummati..ummati…ummati”
Moga kita tergolong dari kalangan ummat baginda yang dicintai itu.
Maka mari kita soal kembali pada diri
Sejauh mana sirah baginda kita ketahui
Dan dari yang tahu berapa yang kita benar-benar hayati
Yang kita semat dalam diri
Sebanyak mana kata-kata sabda baginda yang kita ulang kita nyanyi
Kita cuba amalkan dalam hidup setiap hari.
Teringat pula pada rancangan rialiti TV arab, “laukana bainan”
Saat pengacara ‘amru Khalid bertanya pada salah seorang wanita
“agak-agak, apa akan kamu katakana saat bertemu dengan baginda?”
Jawab si wanita,
“itu mustahil”
“andaikan saja apa yang ingin kamu sampaikan padanya”
Sambil mengalir air mata, kata si wanita
“aku ingin baginda bawa aku pergi dari dunia ini”
Ingin damai disis Nabi. Dalam rahmat ilahi rabbi~
p/s: dan tak salah pun minat Maher Zain kerana seni lagu islaminnya tapi...~ ( ^______^)v