Friday, October 22

bangunlah!

Pernah nyanyi lagu ni?
untukMu jiwa-jiwa kami..
untukMu darah kami
…….
kami rela berjuang
demi kebangkitan islam
kami rela terkorban
demi islam yang mulia
………
atau ini
……….
Allah ghayatuna
Ar-rasul qudwatuna
Al-quran dusturuna
Al-jihad sabiluna
Al-mautu fi sabilillah
Asmaa amanina
………
Selalu lafaz ikrar ini kan?
“sesungguhnya solatku,ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk tuhan sekalian alam”

Hei sahabat, ingat balik ayat ini
“sesungguhnya Allah membeli dari orang2 mu’min jiwa-jiwa mereka dan harta mereka dengan Syurga”

Saidina Ali Bin Abi Talib
Umar Abd Aziz
Salman Al-Farisi
Thoriq bin Ziyad
Amru bin Al-Ash
Muhammad Al-Fateh
Salahuddin Al-Ayyubi
Nusaibah bintu Kaab

Selalu kamu dengar kisah pemuda-pemuda ini.
Contoh pemuda mana lagi yang kamu mahu?
Hei! Pergantungan hanya untuk Allah
Nah! Motivasi apa lagi yang kamu perlukan?
Belum cukup janji-janji Allah dengan segala nikmat syurga?
Belum cukup gerun dengan amaran azab nerakanya?
Apa lagi yang kamu mahukan?

Mahu atau tidak
Kamu diam atau bergerak
Islam pasti tertegak

maka

Majulah dengan segala ilmu yang kamu ada.
Langkahlah dengan segala kudrat yang tersisa
Biar kalau jatuh disambut rahmatnya
Biar sakit dalam redhanya
Hatta, biar mati sekalipun atas jalannya
Hingga bila tiba masa janjinya 
Islam tertegak dimata dunia
Terukir indah disisi yang Esa
Kita pernah bersama-sama

INFO: semalam, 21 okt 2010, 11pm, Sukarelawan VP5 berjaya menjejak bumi gaza. moga ada saham kita disana :). Allahuakbar!!!

2 comments:

nur syuhada roslan said...

salam...
takkan nak tolak jual beli yang Allah tawarkan...
ruginya....
p/s: bittaufiq wan najaah fil imtihan..sayang kamu selalu..sungguh~

~amatullah~ said...

ada yang menolak dalam tidak sedar... hurmmm...


p/s: ada taukid di situ :) sayang pada syu jugak . sungguh2 :))