pernahkah kamu lakarkan graf perjalanan hidup kamu? bagaimana hasilnya? mendatar? menaik? atau menjunam? rata-rata pemuda sekarang bila ditanyakan tentang aktiviti harian, pastinya akan mengulang perkara sama setiap hari. bagun subuh jam 7.30 pagi be'ribut' ke kelas. tidur di tengahari. bermain hingga ke senja. makan. rehat dan ulang lagi hal yang sama dihari seterusnya. atau mungkin juga paginya bermula baik disusun waktu belajarnya, masa untuk ulangkajinya, untuk rehat dan berhibur. namun, semua kitaran ini berkisar tentang aku dan kehidupan aku sebagai aku. langsung tidak ambil kisah apa berlaku pada dunia kelilingnya. selagi aku bisa makan, bisa rehat tenang damai itu sudah cukup. anda pula bagaimana? bagaimana kitar hidup anada? bagaimana tahap kepedulian anda terhadap isu-isu dunia dikeliling anda.
ah! biarkan. itu kerja ahli ekonomi
bagaimana agaknya situasi perundangan di negara kita? adilkah? atau penuh korupsi?
ah! biarkanlah. itu kerja peguam undang2. aku tak minat ambil kisah. aku jarang deal dengan hal-hal ini
ah! biasrkanlah. aku pelajar lagi. sibuk stadi. isi-isu ni biarlah JKM urus. tak pun, jabatan agama buat apa? pergilah cegah maksiat. polis ada tangkap je lah samseng-samseng tu. pusat pemulihan banyak masuk la situ. buat apa aku fikir pulak
ok. fine! bagaimana pula pelajaran anda? brapa CGPA anda? layak dapat JPA? atau layak untuk pelepasan dari hutang PTPTN?
eh?!?@ hehe aku tak la pandai sangat. aku belajar takat cukup lepas je. aku tak minat bidang ni pun. aku tak tahu lagi nak keje ape lepas ini.
lihat?lihat kembali pada diri anda. apa yang telah anda lakukan atas bumi ini selain memenuhi keperluan asas/minima untuk hidup. makan, tidur. berhibur. belajar untuk kerja. berkerja untuk makan. makan untuk hidup. kemudian mati. itu sahajakah?
kalau saya katakan pada anda..anda boleh mengubah dunia. apa kata anda?
dunia. hehe ntah. macam ultraman menyelamatkan manusia dari serangan raksaksa? atau macam kartun avatar yang mengembara tu ke? haha mcm kelaka je..
tidak.
mcm salahuddin al-ayubi yang membuka baitul muqaddis
mcm al-fateh yang membuka kostantinopel
mcm tariq bin ziyad dan ramai lagi
woo..itu hebat sangat. aku ni kecik je. sapelah aku atas muka bumi ini
aku? aaa
apa beza antara kau dengan manusia lain? manusia hebat di sekeliliing kau. atau manusia hebat dalam sejarah dunia kau? manusia Allah ciptakan semuanya sama. mereka punya tangan kaki mata hidung dan mulut. sama macam kau. mereka Allah kurniakan akal hati ruh sama macam kau. Agama mereka adalah Islam. sama macam kau. panduan mereka Al-Quran dan Sunnah Nabi sama juga untuk kau. beza antara kau dan mereka adalah pilihan. mereka memilih untuk meletakkan dunia ditangan mereka bukan dalam hati mereka. mereka membangun jiwa-jiwa mereka dan jiwa-jiwa orang disekeliling mereka. mereka membina komuniti muslim yang kuat beriltizam dengan islam dan mereka memperkukuh islam atas muka bumi. mereka menuntut ilmu dan menjadi tunggak-tunggak utama membangun memakmurkan muka bumi.
anadai mereka penuntut ilmu, mereka penuntut yang cemerlang. menguasai dan memahami ilmu mereka dan mereka aplikasikan ilmu itu untuk membangun islam. tekun dan serius dalam pembelajaran. mengumpul ilmu sebanyaknya bukan sekadarnya.
andai mereka adalah penguasa, mereka menjalankan tugas mereka dengan amanah, adil dan berpegang teguh pada perinsip. tidak mudah goyah digoda dengan harta dunia
andai mereka adalah panglima tentera, mereka menyusun atur tentera mereka sebaik mungkin. mereka berjihad bukan untuk harta, bukan untuk nama atau sekadar suka-suka mereka berjuang untuk Allah. hanya kemenangan atau syahid cita-cita mereka. sepeti kisah tariq bin ziyad. sampai sahaja ke bumi perjuangan, dibakarnya kapal yang melayarkan mereka dan dikatakan pada tenteranya
"di belakang kita adalah laut dan dihadapan kita musuh. tiada jalan untuk berpatah balik. pilihan hanya dua kemenangan atau syahid yang kita kecapi!"
wooo..semanagt. aku rasa semangat. tapi nak mula dari mana?
bermula dengan diri sendiri. jom sama-sama mulai hari ini kita tanam kepekaan dalam diri. terhadap setiap tindak tanduk kita. setiap amal harian kita. setiap kata-kata kita hatta lintasan hati kita. kita bina kekuatan jiwa.
kekuatan jiwa?
ya! kekuatan jiwa. taqarrub kita pada Allah. apa guna mimpi hebat sedangkan yang maha hebat kita abaikan. hanya kekuatan jiwa yang mampu melonjak kita untuk bertahan dengan cabaran dunia. mampu bertahan sampai hujung nyawa.
apa maksud kau? contoh kekuatan jiwa? cube bagi aku contoh mudah yang senang aku paham
contoh? ini kisah benar. aku tanya kau dulu ye. katelah kau blaja akaun. kene buat praktikal dan dapat boss yang giler bengis. suatu hari kau kene buat akaun rekod expenditure dalam kapal terbang dan kau kene rekod transaction arak. kau tahu ini haram. kau memang takut dengan boss tu. kau tanye senior tempat kerja diorang kate "ala buat je lah. orang lain tak tahu". apa kau akan buat.
aku takkan buat! aku akan cube cakap kat bos tu yang kerja tu haram. biarlah dia nak buat apa pun nak pecat ke nak ape ke. yang penting aku yakin Allah nampak aku dan aku takkan buat kerja haram tu. aku akan try explain cara baik kat dia. this is my freedom of choice! dah lah haram..suke2 je nak suh orang buat
haaa..tu dia jiwa pemuda kita! ini yang kita nak! berani menegakkan kebenaran dan yang paling penting kau tahu yang utama dalam hidup kita adalah Allah. mungkin orang nampak simple je benda ni tapi inilah dia penyakit yang mula merosakkan masyarakat kita. takut nak bersuara. tunduk pada kemungkaran. lama-lama rezeki jadi tak halal. hidup tak berkat anak-anak dan keluarga mula kacau bilau. riba' berleluasa. ekonomi dikuasai orang kafir dan banyak lagi kerosakan akan terus berlaku.
to be continued..
4 comments:
Silakan sambung.
Erm, suka tak sibuk2 tentang isu pendidikan di sekolah?
Kalau tengok dan bincang serta cungkil betul2, sangat lah menarik dan memenatkan.
Rasa nak jadi orang dalam EPRD je. (Research + Development di KPM).
Ok. Mungkin tiba-tiba. :D
--
Afra' Azam
dalam ekonomi, kami belajar tentang human resource dan ia dikaitkan dengan education. apa kesan keciciran pelajaran pada ekonomi negara. etc
sngt penting untuk tahu hal2 pendidikan. kerana pendidikan membentuk moral masyarakat, membentuk nilai, membentuk kualiti.
sila-sila kak afra' join ERPD. moga dpt memcipta gerakkan polisi yang hebat untuk pembangunan ummah!!
http://www.youtube.com/watch?v=sV66zH7bbig
Terima kasih.
-Nurazah Fathirah
jazakillah cousin for the sharing :)
Post a Comment