Monday, February 28

istiqamah

bismillah
minggu lepas, bercakap tentang istiqamah.
ada satu quote yang best.

"ramai yang mengaku beriman tapi imannya cepat layu. cepat lemah. cepat jatuh. kerana apa? kerana tidak istiqamah"

istiqamah maksudnya konsisten. dalam apa keadaan sekali pun akan tetap diteruskan amal tersebut. dalam sibuk. dalam sakit. dalam susah. apatah lagi masa senang. dan istiqamah bukan sekadar dalam kebaikan malah dalam meninggalkan kejahatan. meninggalkan dosa.

istiqamah susah? yup. tapi cuba bayangkan
hari2 kita bangun pagi dan boleh istiqamah ke tandas bersiap bersihkan diri. betul?
kemudian kita istiqamah untuk makan bila rasa lapar. betul?
hari-hari juga boleh istiqamah untuk bukak komputer bukak FB baca blog dan main DOTA. betul?
bila jumpa kawan kita cuba sedaya boleh untuk terus istiqamah ceria gembira bersama. betul?
kemudian setiap malam kita istiqamah untuk tidur. betul?

bayak jugak yang kita istiqamah
sebab apa?

sebab kita rasa itu perlu.
kita sedar. kita yakin. sebab kita tahu. kita faham kenapa kita buat semua itu.

macam tu jugak dengan amal-amal islami lainya.

few steps untuk selalu istiqamah

1. beramal dengan sikap ihsan. rasakan kehadiran Allah dalam setiap amal.

2. selalu bersahabat dengan orang2 yang istiqamah

3. put specifik time untuk amal tersebut. cth lepas maghrib, sepatutnya baca Al-Quran, maka ikat diri anda supaya tak buat hal lain selepas maghrib selain baca Al-Quran

4. disiplin. denda diri sendiri. macam kisah Umar Al-Khattab. suatu hari beginda ke kebun kemudian sedar2 ketika pulang orang dah selesai solat asar. lalu beginda terus "menghukum diri" dengan menginfakkan kebun tersebut untuk fakir miskin. can you do it? bila FB dah melalaikan, anda infaqkan laptop untuk sahabat2 yang nak buat pahala dengan laptop tu. kalau tak boleh infaq terus, maybe untuk few days or week? nak try?  tell me if you manage to do it. selalu bg hadiah pd diri why not sekali sekala denda diri sendiri. :))

wallahu a'lam

mari kita teruuus berusaha untuk istiqamah

wasslam 

Friday, February 25

Give & Take?

Tiada give & take dalam hubungan. Setuju?

Tak.

Kenapa?

Mestilah.. sebab kena ada tolak ansur.
Kalau hari ni kita buat baik dengan kawan kita,
esok dia lah pulak yang kena buat baik ngan kita.
Tu membalas budi namanya.

Ha.. tengok tu.
Kamu buat baik dengan dia macam tak ikhlas.
Sebab kamu expect dia balas kebaikan kamu.
Bila kawan kamu failed to meet your expectation,
kamu sakit hati - merajuk -
hati yang dah memang sedia kecil jadi lebih kecil.
Setuju?

Errr.. setuju.
Abestu kalau bukan give & take apa yang betul?

Give & receive ^__^

***********


Buat baik, kebaikan akan datang bergolek pada kita.
Jadi orang yang baik, kita umpama magnet yang menarik kebaikan.
Mudah. Tapi kena ikhlas.
Ingat, redha Allah yang kita cari.
Bukan pujian insani.

Give & take.
Bila kita memberi, kita sedia untuk mengambil.
Bila tiada apa yang boleh diambil setelah kita memberi,
kita jadi hampa.
Kenapa hampa sangat?
Apa yang kita cari? Bukan redha Allah kah?

Give & receive.
Bila kita memberi, kita akan menerima.
Adat orang menerima, kalau takde pun xpe.
Terima pahala dari Allah sudah pasti.
Kebaikan dari manusia juga mungkin .
Kenapa mungkin? Sebab respon manusia berbeza-beza.

Respon manusia umpama duit syiling dilambung.
Kita tak tahu apa yang bakal disambut.
Mungkin positif, mungkin negatif.
Mungkin elok, mungkin teruk.
Seelok mana pun takkan seindah bunga yang mekar.
Seteruk mana pun takkan sehingga tenggelam ke dasar.

Kalau rasa nak tenggelam lemas dengan kerenah manusia
Cepat-cepat lapangkan dada
Bersangka baik dengan mereka
Agar anda selalu menang dan bahagia ^__^


"Tidaklah seseorang itu dikira kuat dan gagah bila ia menang gusti, tapi seseorang itu akan dianggap benar-benar kuat dan gagah bila ia mampu menguasai dirinya ketika marah."
(HR Bukhari & Muslim)


Kesatuan hati melibatkan soal jiwa bukan harta
Dengan penuh kasih sayang & ikhlas, jinakkan hati mereka
Kenalkan mereka pada Allah, ukhuwah akan menyusul
Hati-hati yang bergabung berasaskan iman sejati
Akan membentuk ukhuwah yang abadi, insyaAllah


"dan Allah yang menyatukan hati mereka. Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu takkan dapat menyatukan hati mereka. Tetapi, Allah telah menyatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana."
(Surah al-Anfal, 8: 63)


Berdoalah, Allah akan memberi


Jelas, setelah anda memberi, anda akan menerima :)

Wednesday, February 23

smile :)

SMILE

She smiled at a sorrowful stranger.
The smile seemed to make him feel better.

He remembered past kindness of a friend
And wrote him a thank you letter.

The friend was so pleased with the thank you
That he left a large tip after lunch.

The waitress, surprised by the size of the tip,
Gave part to a man on the street.

The man on the street was grateful;
For two days he'd had nothing to eat.

After he finished his dinner,
He left for his small dingy room.

He didn't know at that moment
that he might be facing his doom.

On the way he picked up a shivering puppy
And took him home to get warm.

The puppy was very grateful
To be in out of the storm.

That night the house caught on fire.
The puppy barked the alarm.

He barked till he woke the whole household
And saved everybody from harm.

One of the boys that he rescued
Grew up to be President.

All this because of a simple smile
That hadn't cost a cent.


...and THAT is the power of a smile!  So smile away :)


The Messenger of Allah, upon whom be peace, said: 
"Every good deed is sadaqah (charity). To meet your
brother with a smiling face and to pour out from your
bucket into his container are sadaqah."
taken from here

teringin

kadang-kadang
lumrah manusia biasa
nak buat macam-macam
nak hidup senang lenang
nak borak santai-santai
nak rasa tenang lapang
nak fikir diri sendiri
nak buat sesuka hati
nak itu ini

boleh ja

tapi. aku pilih jalan  ini
pilih untuk berada di sini
kerana yakin janji Ilahi Rabbi
aku harus tegar di sini
impikan syurga abadi
rehatnya bukan atas bumi

baca balik kisah Zainab Al-Ghazali
kisah Sumayyah, Khadijah, Aisyah, dan raaaamai lagi


baca balik Bait2 Kata Cinta Tuhan :)

يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلْ أَدُلُّكمْ عَلَى تِجَـرَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَـهِدُونَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ
وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّـتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا الاٌّنْهَـرُ وَمَسَـكِنَ طَيِّبَةً فِى جَنَّـتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ


aku yakin dengan pasti. aku pilih jalan ini. chill :)

Thursday, February 17

Rindu yang damai.

Alunan selawat diperdengar
Buat aku jadi rindu
Buat aku jadi sebak
Rindu perasaanku ketika di Masjid Nabawi
Sebak mengenangkan perjalanan ziarah Madinah

Aku pejam mata
Teringat suasana damai umat-mu bersujud
Ada yang berzikir, khusyu'..
Ada yang sedang tilawah, merdu..
Sesekali bayangan terganggu wajah anak Pak Arab mundar mandir, comel sekali!

Bersandar tepi tiang, aku rasa damai
Menjelma waktu Dhuha, atap masjid terbuka luas
Angin lembut meniup, lalu damai bertambah damai
Jiwaku berat dan sakit, kerana merindu hari-hari itu..

Pejam mataku kembali
Teringat saat menunggu masuk ke Raudhah
SubhanAllah ramainya umatmu Muhammad!
Semua berpusu-pusu masuk ke taman syurga

"Di antara rumahku dan mimbarku adalah taman-taman surga dan mimbarku berada di atas telagaku." -HR Bukhari & Muslim


Yang sabar, sambil berzikir
Yang gelisah, marah-marah
Kata-kata makcik sebelah menerpa

"Macamni agaknya suasana di Padang Mahsyar.
Ada yang resah gelisah, ada yang tenang aman.
Kami hanya mengharapkan syafaatmu ya Rasulullah.."

Astaghfirullah. Apa yang telah aku dan kamu lakukan untuk menjadi yang terpilih?

"Seseorang akan dikumpulkan dengan orang yang dicintainya pada hari kiamat."

Aku cinta Allah. Aku cinta Rasul. Aku cinta keluargaku. Aku juga cinta sahabat-sahabatku. Maka kumpulkanlah kami bersama-sama..

"Tanda cintakan Allah, tinggalkanlah larangan & taat suruhan. Cintakan Nabi, ikut sunnahnya. Cintakan manusia, berpesan-pesanlah, semoga kalian beruntung."

Maulidurrasul tahun ini membangkit rindu pada bumi damai itu
Rindu pada perjalanan, paling rindu pada Rasulullah
Semoga perpisahan sementara ini perpisahan yang meningkatkan rasa cinta
Semoga kita ketemu lagi ya Rasulullah..

Ku mohon, kumpulkan aku, keluargaku, dan sahabat-sahabatku bersama kalian..
Mohon dengan amat sangat. Aminn..


*sila dengar lagu "Wahai Kekasih" by Nazrey Johani

Monday, February 14

detik muhasabah

larian kehidupan terus berlalu
kanan kiri berlari laju
terus berusaha tak kenal jemu

sampai satu saat
tiba satu detik
sehebat mana larian
selaju mana pecutan
tetap perlu kerehatan
untuk menambah kekuatan
mencari bekalan
untuk meneruskan larian
perlu satu perhentian

memerhati diri
melihat manusia
ada yang tinggi
ada yang rendah
ada yang cantik
ada yang tidak
ada yang gagah
ada yang lemah
tapi apa nilainya semua ini
kerana yang utamanya
pada tingginya iman
pada tebalnya taqwa
namun semua terus berlari megah

ada yang kemas
ada yang segak
bertudung labuh
bersongkok kupiah
namun,
adakah itu nilaian utama tahap keimanan?
adakah itu nilaian utama tingginya ketaqwaan?
namun semua berlari gagah

adakah yang di luar menggambarkan yang didalam
pentas dunia lakonan semata.
boleh menipu boleh berdusta
namun hakikat
nilaian Pencipta yang Maha Tinggi Maha Esa
tiada yang mampu sembunyi cerita

yang baik itu jelas
yang jahat itu jelas
yang halal itu jelas
yang haram juga jelas
mana pahala
mana dosa
jelas!
tiada diantara dua

hitam atau putih
kamu fikir kamu pilih
kamu faham kamu pilih
dengan iman kamu pilih
dengan hati kamu pilih

tak cukup dgn tudung dan kupiah kamu ke syurga
tak cukup dengan ilmu tanpa amal kamu ke syurga
tak cukup dengan amal tanpa ikhlas kamu ke syurga

nilaian Allah bukan pada certain perkara
tapi penilain konsisten tak kira masa
penilaian dari setiap langkah
setiap amal
setiap detik detak hati
setiap bicara dan kerja
saat gelak gembira
saat sendu sendawa
saat menangis hiba
setiap dosa setiap pahala

sehingga terhenti nafas terputus nyawa
maka di nilai timbangan beratnya
menentu tangan yang menerima
buku amal rekod dunia

Allah, tuntuni aku dalam setiap langkah.
jangan kau biarkan aku menentukan arah hidup aku sendiri
tanpa bayangan naungan kasih cinta-Mu
sungguh aku lemah
sungguh aku lemah
sungguh aku lemah
tanpa rahmat petunjuk kasih-Mu
hanya dari mu Allah

kerana aku tak sempurna...

aamin. dan larian kehidupan harus diteruskan

Tuesday, February 8

Ujian dalam kehidupan


Usaha itu perlu untuk kemenangan
Walau ujian sejajar dengan kemampuan
Jangan pula hanya mengharap magis kun fayakun..
Tak pernah Allah mengabaikan fitrah insan
Yakinlah, pasti ada jalannya..

Allah mampu menangkan Islam sekarang
Dia malah sangat mampu menangkan kamu hari ini juga
Tapi Dia mahu menjadikan Islan terhasil melalui usaha & keinginan
Supaya bila sampai masanya,
Kamu mampu mengharungi onak duri
Yakinlah, pasti ada hikmahnya..

Teringat kisah perang uhud. Allah ajar - kalau mereka lalai, mereka akan kalah.
Tapi Allah balas bukan dengan celaan.
Malah dengan gugur syahid di medan perang!
Betapa Pengasihnya Allah, sedangkan kita sekarang masih terleka..

Ada yang pernah menasihatkan
"Latih diri bawak beban besar, ujian berat.. nanti bila yang simple-simple muncul, takde lah gelabah.. huhu ^__^"


Alhamdulillah. Semoga yang berat sekarang akan meringankan yang 'akan datang'. Akhir-akhir ni banyak ujian dunia, terutamanya di tempat kerja. Berjumpa orang pelbagai ragam & latar belakang, sangat menguji diri. Alhamdulillah, Allah izinkan saya join sharing moment dengan Kak H & Kak A.

Ada seorang sister tanya
"Kak, macam mane ye, saya memang benci sebarang perbuatan mungkar.
Tapi kadang-kadang, sekecil-kecil perkara pun saya tak berani nak halang.
Contohnya, bila kawan suruh sign kan attendance, saya taknak kecilkan hati dia.
Macam mane ye?"

Kak H jawab
"Pengalaman akak, pernah ada contractor nak bagi rasuah.
Bukan sikit, tapi rasuah yang sangat mewah.
Ape yang akak buat, akak bukak tafsir Quran yang ada dalam beg masa tu.
Akak cakap - dalam ni kata tak boleh, aku tak sedap hati nak buat.
Direct. Tapi berhikmah. "

Yakinlah, bila Allah yang kamu pilih untuk ditakuti berbanding yang lain,
Kemenangan itu milik kamu, biar pun ada yang mengata.

Bila ada orang yang berani ajak kita jadi rakan subahat mereka dalam kejahatan
mesti ada something wrong dengan kita
Apa yang kita buat sampai mereka fikir kita akan bersubahat?
Walau kita sedang berusaha menjadi yang terbaik, mesti ada kurangnya
Tundukkan hati, muhasabah diri, dan perbaiki..

Bersabarlah atas ujian, semoga KAMU dan KAMI kekal teguh, tetap, dan terus mara!


Monday, February 7

aku tahu dah tapi....

"Every passing minute is another chance to turn it all around"

seringkali terjadi
pergi ke seminar/ talk/ kursus/daurah bagai
pulang dengan ilmu penuh didada
pulang dengan semangat merah membara
pulang menjulang niat dan cita-cita

namun
seringkali terjadi
niat sekadar niat
tak tercapai tak terbuat
habis hangat semangat
semua jadi tak ingat

"aku nak berubah.tapi ntah la"
"aku rasa macam.."
"aku semnagat dah tapi susah la"
"aku tahu tu dosa.. tapi ntah"

nak salah kan siapa?
nak betulkan tang mana?

ilmu sudah dalam kepala
niat sudah dalam dada
tapi bila tiba masanya
aku kalah dengan kehendak jiwa
aku kalah...
looser (=___=)

pada saya, Alhamdulillah
Allah beri kita peluang untuk tahu untuk dapat ilmu tentang itu
Allah beri kita peluang untuk sedar bahawa apa yang kita buat itu salah. masih tersisa rasa berdosa dalam diri. Alhamdulillah. cuba bayangkan klu suatu hari Allah tarik rasa itu. Allah cabut rasa sebersalah rasa berdosa itu. dibiarkan kita hanyut dalam lembah dosa. Na'udzubillah hi mi dzaalik.


maka ini bererti langkah kita sudah menghampiri kebaikan. cuba,

mulakan dengan amal-amal kecil comel yang mudah. moga dengan usaha kecil itu bakal menuntun kita kearah kebaikan yang lebih besar kacak bergaya. walaupun sekadar mengutip sampah. dengan membaca bismillah. melazimkan istighfar dan hamdalah. moga kita terus merasa dekatnya Allah

rasakan sungguh Allah itu hampir. sangat hampir. rasakan kehadiran CCTV Allah itu ada di mana. every single deed is recorded. dan dipadang mahsyar nanti akan dipaparkan di screen LCD besar dan seluruh penduduk bumi akan melihatnya

mati itu sebaik-baik peringatan. "kalaulah malaikat maut tiba2 ketuk pintu muncul belakang aku nak tarik nyawa aku sekarang jugak"

paling penting, perkuatkanlah immune sistem rohani kita agar terus kuat tabah menjalani ujian dugaan dunia yang sangatlah menggoda menggiurkan. kadang-kadang peluang untuk berdosa itu terbuka luas depan mata. dimana-mana boleh ter'berdosa'. kalau susah sangat nak buat baik at least, sila elak dari berbuat dosa. jadikanlah peluang untuk berdosa itu menjadi medan mendapat pahala dengan cara tinggalkannya. macam kisah nabi yusuf, saat datang godaan depan mata tapi  kerana takutkan Allah dosa tersebut terus ditinggalkan
dapat pahala woo kalau tinggalkan dosa.

pohon pada Allah agar terus memberkati kita
dengan terus memberi rasa
bahawa ini pahala dan itu dosa
memberi kekuatan iman keteguhan taqwa
mengurniakan kita teman yang boleh memimpin kejalannya
banyakkan bermonolog dengan diri
pujuk dan berbual dengan hati


selamat tinggal dosa! 

wallahu a'lam


Sunday, February 6

Belajar daripada anak kecil

Situasi 1

Tempat: depan TV

Anak-anak kecil, 6 tahun ke bawah: Ala.... kenapa TV ni tak boleh tukar. Ni semua salah remote!

Arif, 8 tahun: Sabar semua.. ini semua telah ditakdirkan.

Orang dewasa: Huahua.. *macam tak percaya*



Situasi 2

Tempat: depan TV

Orang dewasa: Bangun bangun, pergi solat... Maghrib dah masuk dah ni. Nanti habis waktu pulak.

Afiq, 6 tahun: Taknak... Nak tengok kartun dulu. Nanti pukul 8 afiq sembahyang lah sendiri, tak payah ikot imam.

Orang dewasa: Okay boleh je.. Tapi nanti kalau tiba-tiba Afiq pengsan sebelum pukul 8, tak sempat sembahyang, macam mane? Nanti Allah tanya, afiq nak jawab ape?

Aqil, 3 tahun: Aqil pun nak ‘cemayang’!! *terus bangun & tinggalkan botol susu*

Afiq: Okay..

Orang dewasa: Good boy nye! ^__^



Situasi 3

Tempat: Rumah Akhawat – babysit anak-anak naqibah

Orang dewasa: Umi adik tengah ada kerja, adik duduk dengan akak ye. Adik nak air ape? Akak boleh buat semua jenis air.. *exaggerated*


Adik: Erm... boleh je air apa-apa. Tapi akak jangan buat air Milo untuk adik tau. Sebab adik kesian dekat baby-baby Palestin. Kalau adik minum tu, umi kata diorang kena tembak.

Orang dewasa: Okay okay.. Lagi apa yang adik tak minum?

Adik: Adik suka Koko Krunch. Suka sangat! Tapi umi kata yang tu pun tak boleh... Umi kata sabar je, akak tau tak kenapa?

Orang dewasa: Tak tau.. Kenapa eh?

Adik: Umi kata, sebab nanti dekat syurga, adik boleh minum Milo sambil makan Koko Krunch. Yay!

Orang dewasa: Jayyid sungguh.. T____T



Belajar daripada anak kecil. Mereka sangat jujur.

Cakap apa yang terlintas di hati.

Kata-kata mereka boleh buat kita muhasabah diri sendiri.


Bila apa yang dirancang tak ikot perancangan, adakah kita sedar itu semua takdir Allah?

Redhakah kita?

Atau kita menuding jari pada yang lain..


Bila ditegur orang secara baik, adakah kita terima nasihat mereka?

Menunduk hati menerima kelemahan diri?

Atau kita melenting menahan ego..


Bila saudara se-Islam kita dalam bahaya, adakah kita berusaha sedaya upaya membantu mereka?

Menadah tangan berdoa memohon pertolongan Allah?

Atau kita hanya “pandai” jaga tepi kain sendiri..


Fikir-fikirkan..

Semoga anak-anak kecil kita membesar menjadi si soleh dan si solehah.

Semoga yang dewasa memperoleh hati sebersih anak kecil..

InsyaAllah!

Thursday, February 3

kucar kacir

menonoton video mesir
pertempuran antara pengganas kerajaan dengan penuntut keadilan
pertempuran direct mata bertentang mata
jasad bertemu jasad
siap ada kuda
terbayang perang zaman dulu
cuma bezanya
dizaman itu  ada pemimpin yang jelas
memberi arahan
menyusun gerak
merancang strategi
mengawal aturan
di mesir sekarang
berterabur sekali
kejar yang itu
baling ke sana
lontar ke sini
ntah mana nak kenal kawan
mana nak kenal musuh
dunia memerlukan pemimpin
sebenar-benar pemimpin

apa lagi yang akan berlaku

kegilaan manusia
menjatuhkan martabat ciptaan
dari sebaik2 makhluk
kepada sehina-hina kejadian

Ya Allah!
menangkanlah kebenaran
hancurkanlah kebatilan

apa cerita di Tunisia?
Yaman dah mula bersuara..
Jordan dah mula dengar ura-ura..

apa kesan pada ekonomi?
apa komen dari sudut undang2?
apa analisis dr sudut sains politik?