Wednesday, June 29

excited!!

kau tau tak. aku ade bende nak share ngan kau. 
terbaik punye
sedap giler!!
kau nak try tak.
nak tak. nak tak. nak taaaaak?
jom3
aku bawak kau

ni menu die yang paling aku suke
ce kau rase
sedap ann
ni pulak, yang paling mahal kat sini
pastu, ni die punye desert,
then, ni air kesukaan kawan mak aku
pastu die ade manu ni jugak
cepat lha.
makan cepat sikit
banyak lagi aku nak tunjuk kat kau


ape perasaan kalau kita menghadapi situasi macam ni?
stress kan. bende yang sepatutnya enjoyable turn out to be annoying.
makanan yang sedap jadi hilang nikmat. kan?

macam tu jugak dengan Islam. some people are too exited to tell others about islam. to change people to become a good muslim. tapi, at last mereka dilihat scary! extreme! 

dan orang yang diajak/diseru tu pulak akan melihat beratnya dan susahnya islam bila mana semua nak disumbat dipaksa buat dalam tempoh yang singkat.

ia tidak berkesan sebegitu. menyampaikan islam perlu ada seni dan hikmahnya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “ Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka masing-masing” (riwayat Muslim) 

“ Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”  (al-Nahl, ayat 125).

kenali audience anda dan serulah mereka pada kadarnya.

kita tak boleh expect orang yang baru masuk islam untuk terus pandai baca quran, untuk faham dan praktis islam perfectly sebagaimana seorang muslim yang dah lama masuk islam. even seorang muslim yang islam sejak lahir pun kadang-kadang lebih tak faham sebagaimana sepatutnya seorang muslim itu patut faham.

even saat islam diturunkan dulu, hukum-hakam itu diturunkan secara berperingkat. pengharaman arak juga berperingkat. bermula dengan menyatakan keburukan-keburukan arak. wa ismuhuma akbaru min nafihima. kemudiaan sampai satu tahap baru arak diharamkan sepenuhnya. time tu yang semua orang islam campak arak yang ditangan masing-masing. pecahkan dan buang tong-tong arak kat rumah. walaupun itulah minuman fevret mereka. sebab ape? 

sebab waktu tu, keimanan merek pada Allah dan rasulnya sangat benar dan mendalam. keyakinan dan kepercayaan yang sangat tinggi.suci dan murni.


a long journey starts with a single step

naik tangga pun kene naik satu-satu


begitu lah juga dalam pendidikan islam yang lainya. pendidikan hukum hakam. adab dan akhlak. ibadah dan sebagainya. 

orang yang tak pandai nak bangun subuh lagi tak boleh diexpect untuk terus bangun qiam tiap-tiap malam tanpa kefahaman yang jelas.

orang yang solat lima waktu pun masih terasa berat, kita tak expect mereka unutk bangun buat solat sunat setiap waktu solat.

orang yang baru nak faham tentang aurat tak boleh ditekan untuk terus berubah mengubah image. kan?

begitu  jugak dengan orang yang dulunya hidup bebas bersosial, kita tak boleh expect mereka menjadi orang sangat particular dan menjaga adab-adab muamalah secara tiba-tiba.

terus menghukum. "hish, tak qawie langsung!"

mana boleh!

tapi itu semua bukanlah mustahil. ia boleh dididik dan dibentuk. diberi kefahaman. diberi keterangan bimbingan dan tunjuk ajar. secara baik dan berperingkat. kan?

akhlak dan adab ini bukanlah sesuatu yang boleh di buat-buat. ia begerak dan terhasil dari yang didalam. 

baik yang didalam maka akan baiklah yang diluar.

ibnu atsir mengatakan bahawa akhlak ialah perbuatan yang lahir secara spontan dari hati. Akhlak melambangkan keperibadian seseorang. akhlak tidak boleh dilakukan secara berpura-pura. kalau ade pun yang try nak berpura-pura mesti penat then mudah terkantoi bile-bile. contoh mudah, terkantoi kat FB. kan?

perlahan-lahan tapi consistently kita buat pembaikan.

dan tak dinafikan, untuk mereka yang menyeru ini, kesabaran yang tinggi itu sangat perlu. 

maka bersabarlah selalu.

kita jadikan perkongsian iman dan islam ini sebagai satu perkongsian yang fun and enjoyable!

baru best!

kan?

p/s: tak salahkan kalau update blog selalu? kan? 
    : saje menggunkan bahasa rojak campor. sekali sekala ubah gaya bahasa penulisan. baru best! kan?




Monday, June 27

tai eis [تيئيس]



haa. jumpa video ni. it explains further about my previous post. helah syaitan. no 5. tai'is. Bila mana syaitan mempengaruhi kita dari terus bertaubat memohon ampunan dari Allah. buat kita rasa malu, hina di depan Allah sehingga akhirnya rasa diri tak layak untuk bertaubat, rasa diri mcm hipokrit dan tak layak kembali menjadi hamba terbaik. zassst. belive, pintu taubat sentiasa terbuka hinggalah ke hembusan nafas kita terakhir.


 “Setiap anak Adam itu berbuat kesalahan (dosa), namun sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah orang yang bertaubat”. (HR. At-Tirmidzi 2499 dan Ibnu Majah 4251)

dan kita masih bernafas.
saat ini! masih bernafas!
jom taubat!
dengan sebenar-benar taubat :)

Sunday, June 26



“Aku mampu membayangkan seorang mujahid itu sebagai seorang lelaki yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terahadap persiapan yang terus menerus. Apabila diseur dia menyahut. Apabila dia memanggil dia menjawab. Pulang dan perginya, perkataan dan bicara kesungguhannya serta gurauannya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya. Dia tidak mangambil tugas selain yang diamanahkan padanya. Dia berjihad di jalannya. Kamu dapat membaca pada garis wajahnya.. melihat pada kilauan matanya dan mendengar pada gerakan lidahnya, segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar  dan kesungguhan cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya”

– as-syahid hasan al-banna -



Thursday, June 23

membina diri

Kerana dirimu begitu berharga. Untuk manusia seluruh dunia. Untuk Islam agama kita.

Selalu kita dengar kata-kata ni,

“binalah islam dalam diri kamu agar islam terbina disekeliling kamu”

Kerana apa agkanya?

Kerana Islam yang kita bina dalam diri kita akhrinya bakal menyebabkan islam tu terbina disekeliling kita dan dimana sahaja kita berada. Environment kita akan terkesan sekali dengan adanya kita.

Beginikah maksudnya?

Yup! Begitulah maksudnya. Kerana sekiranya seseorang itu benar-benar memahami hakikat iman. Hakikat islam. Hakikat syahadah yang diucapkan. Pasti juga akan memahami peranan setiap individu muslim yang benar-benar mengimani syahadahnya.

Tapi hakikatnya, apa yang berlaku. Kita tidak melihat itu berlaku. Kan?

Kita-kita yang mengaku islam. Mengaku beriman. Tidak berhasil merealisasikan kata-kata di atas tadi. Islam dalam erti kata sebenar tiadak terbina disekeliling kita. Tidak terasa dekat dengan kita.

Izinkan saya untuk katakan. Kerana bahagian pertama dalam kata-kata diatas belum benar-benar kita realisasikan. Kita belum membiak cambahkan islam dalam diri dan dalam hati kita. Belum benar-benar kita pegang genggam sepenuh hati. Setuju kah?

Ramai yang mengaku bahawa aku adalah daie. Aku adalah penggerak. Aku adalah itu dan ini. Namun hakikatnya…

Sudahkah kita benar-benar menyempurnakan kewajipan menjaga solat lima waktu. Bukan sekadar melaksanakannya cukup lima waktu tapi beriltizam dengannya. Menjaga masa solat pada awal waktunya. 
Benar-benar menjaga khusyuk dan ikhlasnya sehingga merasakan damai manisnya ibadah paling agung ini.

Sudahkah kita benar-benar menjaga tilawah Al-Quran kita. Menjadikannya sebagai suatu hiburan. Sebagai satu sumber kekuatan kita. Atau masihkah kita melihat kitab suci ini sebagai satu kitab asing untuk kita baca dan ulang baca untuk setiap harinya.

Bagaimana dengan ibadah asas lainnya?

Sudahkah kita benar-benar beriltizam menjaga hak-hak masa yang ada? Kemana kita alirkan tenaga pemuda yang kita ada. Masih banyak menghabiskan masa “marathon movie”. Menyempurnakan setiap level-level game yang ada. Sehingga bangga bergelar juara. Juara DOTA dan apa sahaja game yang ada. Itukah yang kita kejar kita bangga-bangga kan?

Islam tidak memerlukan orang-orang sebegini untuk naik maju memimpin dunia.

Kerana hakikatnya, kebangkitan dan tertegaknya islam atas mukabumi adalah sesuatu yang pasti.
Yang menjadi persoalannya, adakah kita menyumbang sekali untuk itu. Atau kita sekadar menjadi para pemerhati. Yang hanya mampu melihat. Menanti. Menuggu tibanya ketentuan itu.

Ahh..biarlah. aku tak layak untuk itu.
Aku hanya pemerhati. Aku tak reti. Aku nak duk tepi. Aku..aku..aku

Ok. Kita tinggalkan persoalan membina dunia. Kita letak tapi sekajap urusan membangun dan mempertegak islam atas bumi. Asas penting yang kita perkatakan sekarang adalah membina asas individu muslim itu sendiri. Bahagian pertama dalam ungkapan yang mula-mula kita sebutkan tadi.

Kewajipan solat 5 waktu bukan kewajipan penegak risalah sahaja. Atau pendakwah sahaja. Solat adalah ibadah asas yang perlu dijaga setiap muslim. yang beriman pada agama ini. lelaki atau perempuan. Tua atau muda. Sakit mahupun sihat sejahtera.

Begitu juga dengan Al-quran dan ibadah asas lainnya.

Sampai suatu saat nanti, bilamana kita sudah mula menjaga ciri-ciri asas sebagai inidvidu muslim, bilamana kita mula memahami indah manisnya menjadi muslim dalam ertikata sebenarnya pasti kita akan faham, apa ertinya bahagian kedua kata-kata diatas.

“binalah islam dalam diri kamu agar islam terbina disekeliling kamu”

Pokoknya sekarang. Mari kita bina islam dalam diri kita. Menjaga islam dalam hati kita sebaik-baiknya. Kita takkan sempurna, kita pasti ada silap kurangya. Kerana kita menusia. Tapi itu bukanlah satu alasan untuk kita tidak menjadi yang terbaik. Sebaik yang kita mampu. Kerana Islam diturunkan untuk KAMU dan Allah tahu kamu mampu melaksanakannya. Jom! Kita usaha sehabis mampu J

Moga-moga saat islam terbina dalm diri kita, Kita faham bagaimana islam akan terbina disekeliling kita.

Tanpa bahagian pertama, yang kedua takkan terlaksana. ^_____^


p/s: usai artikel ini ditulis, saje menjengah ke bilik sebelah. cari  modal nak berborak. "huhu boringnye mlm ni. nak buat ape eh?" . "akak tengok movie la. kite banyak movie. nah hard disk kite" .. keh3. dan2 Allah uji apa yang kita katakan..

Wednesday, June 15

Ajal


Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan (nya). [Yunus: 49]

Malam ni dapat email dari Kak Min:

Jika kita semua masih beringat ttg Ukhti Umirul - akhawat Penang. Drpd sahabat drpd shbt mereka, ukhti Miza mengkhabarkan bhw dia telah kembali menemui ilahi kira-kira 4.30pm tadi. Doakan - moga rohnya dicucuri rahmatNya. Ameen.

"Dia telah pun pergi, kita belum tentu lagi. Sudahkah kita bersedia?"

Astaghfirullah...


- Dalam 1 sem ade berapa exam?

= 2. Mid term & final. Tapi antara tu ade lah kuiz bagai.

- 1 tahun berapa sem?

= Mak aii dah macam interview. Maximum 3 sem je setahun.

- Ohh rasa nak berhenti belajar tak sebab exam?

= Ehh mana ada. Biasalah tu student, exam dah jadi lumrah. Ujian namanye..

- Bingo!

= He?

- Ujian. Kalau sepanjang tahun, mungkin akan ada 2,3 atau beberapa kali je kita akan rasa sangat tertekan, teruji, ditimpa musibah; itu ujian. Ujian untuk jadikan kita insan yang lebih baik, dan berhati-hati. Ujian nak tengok macam mana kita react to the situation. Tapi, kalau kita rasa tak bahagia all the time, sepanjang tahun sentiasa ade je yang tak kena, itu azab!

= He? Kasarnya bunyi...

***********

Azab. Bunyi menakutkan. Scary.
Tapi cuba check balik, adakah rasa tak senang, tak tenang, tak bahagia yang kita hadapi selama ni hanya ujian?
Atau azab dari Allah, sebagai amaran untuk kita yang leka dalam dosa?
Peringatan untuk kita yang lalai dari taubat?

Pernah dengar cerita Imam Ahmad bin Hanbal?

Pada satu hari, Imam Ahmad bermusafir dan singgah di satu pekan yang tak ramai kenal beliau. Sebab dah larut malam, Imam Ahmad nak tidur di masjid, tapi kehendak beliau ditolak mentah-mentah oleh penjaga masjid. Mungkin sebab tak kenal yang tu Imam Ahmad, kalau tak mesti dia bagi punya..

Kebetulan seorang pembuat roti ternampak Imam Ahmad yang direject oleh penjaga masjid, dia pun pelawa lah Imam untuk tidur di rumah dia. Masa Imam tengah tidur, dia asyik dengar si pembuat roti ni beristighfar sepanjang malam tanpa henti, tanpa jemu. Sebab curious sangat, Imam Ahmad pun tanya lah pembuat roti ni kenapa rajin sangat istighfar?

Si pembuat roti menjawab, "Setakat ni segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi".

Imam Ahmad pun tanya lagi, "Apa doanya yang belum termakbul tu?"

Lelaki tu pun menjawab, "Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal."

Lalu berkatalah Imam Ahmad: "Sayalah orangnya. Akulah Imam Ahmad bin Hanbal. Demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret menuju kepadamu!"

Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya
kemudahan bagi setiap kesempitan,
kesenangan bagi setiap kesedihan dan
memberi rezeki tanpa diduga olehnya.
(Riwayat Al-Imam Abi Daud)

Kisah ni bukti kuasa istighfar. Hati yang ikhlas beristighfar, lebih bersih. Doa jadi lebih makbul, hidup lebih berkat, rezeki dan nikmat melimpah ruah, lalu hidup tanpa azab.

Itulah kaitannya.

Cerita Kak A, di Indonesia ada klinik kerohanian ala-ala kaunseling. Nama dia "Konsultansi Masalah Tak Kunjung Malap" (betulkan kalau silap). Di sini, setiap pesakit akan ditemuramah untuk kenalpasti apa dosa yang mungkin penyebab kepada masalah mereka. Lebih kurang macam muhasabah diri, tapi dengan bantuan. Sesi rawatan hanya akan tamat setelah pesakit tu bertaubat dan sedar kesilapan diorang.

Ada satu kes, sepasang suami isteri ni sentiasa ada je masalah diorang.
Masa awal kahwin, ada masalah kewangan.
Dah selesai masalah duit, tak berjaya dapat anak pulak.
Lepastu bisnes bankrupt lagi.
Dipendekkan cerita, ade je lah masalah diorang.
Mereka pun buat keputusan nak jumpa konsultan ni..

Setelah beberapa sesi, barulah diketahui rupa-rupanya si suami pernah buat dosa besar sebelum berkahwin.
Dan memang si suami sorokkan dari isteri dan sangat takut akan dosa yang dia dah buat tu.
Setiap kali teringat, dia akan buat-buat lupa.
Dan tak sangka, dosa lalu menghantui hidup dia sepanjang hayat, selagi belum bertaubat... :)

Macam tu lah dalam hidup, setiap amalan, tindak tanduk kita akan beri kesan pada diri kita pada masa akan datang.

Mula dari sekarang, sekarang jugak, berazam jauhi dosa besar dan dosa kecil.
Kerana akhirnya kedua-duanya diazab api neraka - *sekali lagi* selagi belum bertaubat.
Kuatkan semangat untuk kembali, sebab seburuk-buruk dosa adalah melakukan dosa tapi tak mampu bertaubat.
Kadang-kadang si pembuat dosa rasa diri penuh hina, dan tak mampu maafkan diri sendiri.
Tapi Allah mampu. :)

Taubat adalah satu kewajiban yang tidak tuntas dengan hanya dilakukan sekali saja.
Ia harus dilaksanakan berulang-ulang dan terus-menerus.
Setiap hari dan malam.
Saya tidak mengatakan sekali seumur hidup.
Tetapi, berkali-kali, siang maupun malam.
(Amru Khalid)


p/s: Akhir-akhir ni rasa kekurangan masa. Mungkin kurang berkat? Sebab kurang istighfar? Astaghfirullah... Semoga Allah beri keberkatan masa buat sahabat-sahabat juga. Moga nikmat masa yang diberi, baik untuk diri dan agama. Amin! Tolong doakan~


Tuesday, June 7

pelbagai

walaupun hidup dalam sebuah negara berbilang kaum
saya tak pernah benar-benar di expose untuk bergaul dengan mereka yang berlainan bangsa selain melayu
sekolah dalam komuniti melayu muslim dari tadika sampai ke universiti
saya tak salahkan sesiapa untuk perjalanan pendidikan saya
alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan aturan ini
tapi saya sangat teringin
untuk belajar hidup dalam komuniti negara malaysia yang sebenarnya
walaupun ya. hidup dalam golongan masyarakat melayu, tp bukan melayu 'kebanyakaan'
kebanyakannya well educated dan majoritinya faham dan melaksanakan asas islam dengan baik
banyak cerita yang saya dengar. banyak berita yang saya baca. saya lihat dari tepi shj saat terserempak di LRT dan pasar malam. seolah2 melihat dari dalam kotak kaca tanpa benar-benar dapat bergaul menyantuni masyarakat.

orang .... kuat menipu. pentingkan diri sendiri
orang ..... ganas kasar tak faham bahasa
orang ...... pemalas, kuat dengki

adakah bangsa benar-benar menentukan kualiti seseorang?
apa faktor pembangunan suatu bangsa?
kenapa berlaku pecahan pekerjaan mengikut sektor dan bangsa. cina perniagaan. melayu perkhidmatan dan sebagainya. adakah atas faktor pendidikan atau apa?

benarkah satu bangsa ada usaha menjatuhkan yang lainnya?


bagaimana nabi dan para khilafah dulu bisa menguruskan kepelabagaian ini?
apa yang islam susun ajarkan untuk hal-hal sebegini..


memerhati. meneliti. memahami.







kesian kan? adeh...