Wednesday, June 15

Astaghfirullah...


- Dalam 1 sem ade berapa exam?

= 2. Mid term & final. Tapi antara tu ade lah kuiz bagai.

- 1 tahun berapa sem?

= Mak aii dah macam interview. Maximum 3 sem je setahun.

- Ohh rasa nak berhenti belajar tak sebab exam?

= Ehh mana ada. Biasalah tu student, exam dah jadi lumrah. Ujian namanye..

- Bingo!

= He?

- Ujian. Kalau sepanjang tahun, mungkin akan ada 2,3 atau beberapa kali je kita akan rasa sangat tertekan, teruji, ditimpa musibah; itu ujian. Ujian untuk jadikan kita insan yang lebih baik, dan berhati-hati. Ujian nak tengok macam mana kita react to the situation. Tapi, kalau kita rasa tak bahagia all the time, sepanjang tahun sentiasa ade je yang tak kena, itu azab!

= He? Kasarnya bunyi...

***********

Azab. Bunyi menakutkan. Scary.
Tapi cuba check balik, adakah rasa tak senang, tak tenang, tak bahagia yang kita hadapi selama ni hanya ujian?
Atau azab dari Allah, sebagai amaran untuk kita yang leka dalam dosa?
Peringatan untuk kita yang lalai dari taubat?

Pernah dengar cerita Imam Ahmad bin Hanbal?

Pada satu hari, Imam Ahmad bermusafir dan singgah di satu pekan yang tak ramai kenal beliau. Sebab dah larut malam, Imam Ahmad nak tidur di masjid, tapi kehendak beliau ditolak mentah-mentah oleh penjaga masjid. Mungkin sebab tak kenal yang tu Imam Ahmad, kalau tak mesti dia bagi punya..

Kebetulan seorang pembuat roti ternampak Imam Ahmad yang direject oleh penjaga masjid, dia pun pelawa lah Imam untuk tidur di rumah dia. Masa Imam tengah tidur, dia asyik dengar si pembuat roti ni beristighfar sepanjang malam tanpa henti, tanpa jemu. Sebab curious sangat, Imam Ahmad pun tanya lah pembuat roti ni kenapa rajin sangat istighfar?

Si pembuat roti menjawab, "Setakat ni segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi".

Imam Ahmad pun tanya lagi, "Apa doanya yang belum termakbul tu?"

Lelaki tu pun menjawab, "Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal."

Lalu berkatalah Imam Ahmad: "Sayalah orangnya. Akulah Imam Ahmad bin Hanbal. Demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret menuju kepadamu!"

Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya
kemudahan bagi setiap kesempitan,
kesenangan bagi setiap kesedihan dan
memberi rezeki tanpa diduga olehnya.
(Riwayat Al-Imam Abi Daud)

Kisah ni bukti kuasa istighfar. Hati yang ikhlas beristighfar, lebih bersih. Doa jadi lebih makbul, hidup lebih berkat, rezeki dan nikmat melimpah ruah, lalu hidup tanpa azab.

Itulah kaitannya.

Cerita Kak A, di Indonesia ada klinik kerohanian ala-ala kaunseling. Nama dia "Konsultansi Masalah Tak Kunjung Malap" (betulkan kalau silap). Di sini, setiap pesakit akan ditemuramah untuk kenalpasti apa dosa yang mungkin penyebab kepada masalah mereka. Lebih kurang macam muhasabah diri, tapi dengan bantuan. Sesi rawatan hanya akan tamat setelah pesakit tu bertaubat dan sedar kesilapan diorang.

Ada satu kes, sepasang suami isteri ni sentiasa ada je masalah diorang.
Masa awal kahwin, ada masalah kewangan.
Dah selesai masalah duit, tak berjaya dapat anak pulak.
Lepastu bisnes bankrupt lagi.
Dipendekkan cerita, ade je lah masalah diorang.
Mereka pun buat keputusan nak jumpa konsultan ni..

Setelah beberapa sesi, barulah diketahui rupa-rupanya si suami pernah buat dosa besar sebelum berkahwin.
Dan memang si suami sorokkan dari isteri dan sangat takut akan dosa yang dia dah buat tu.
Setiap kali teringat, dia akan buat-buat lupa.
Dan tak sangka, dosa lalu menghantui hidup dia sepanjang hayat, selagi belum bertaubat... :)

Macam tu lah dalam hidup, setiap amalan, tindak tanduk kita akan beri kesan pada diri kita pada masa akan datang.

Mula dari sekarang, sekarang jugak, berazam jauhi dosa besar dan dosa kecil.
Kerana akhirnya kedua-duanya diazab api neraka - *sekali lagi* selagi belum bertaubat.
Kuatkan semangat untuk kembali, sebab seburuk-buruk dosa adalah melakukan dosa tapi tak mampu bertaubat.
Kadang-kadang si pembuat dosa rasa diri penuh hina, dan tak mampu maafkan diri sendiri.
Tapi Allah mampu. :)

Taubat adalah satu kewajiban yang tidak tuntas dengan hanya dilakukan sekali saja.
Ia harus dilaksanakan berulang-ulang dan terus-menerus.
Setiap hari dan malam.
Saya tidak mengatakan sekali seumur hidup.
Tetapi, berkali-kali, siang maupun malam.
(Amru Khalid)


p/s: Akhir-akhir ni rasa kekurangan masa. Mungkin kurang berkat? Sebab kurang istighfar? Astaghfirullah... Semoga Allah beri keberkatan masa buat sahabat-sahabat juga. Moga nikmat masa yang diberi, baik untuk diri dan agama. Amin! Tolong doakan~


2 comments:

cinta ilahi said...

pernah tak dgr cte pasal imam ahmad dgn pencuri? ade sorg pencuri ni. kejenye tiap2 hr mencuri. imam ahmad tgkp dia. pastu esoknya dia mencuri lg. pastu tgkp lg.pastu mencuri. 1 hr imam ahmad lalu dpn kubur nabi. skali nampak pencuri tu tgh solat dpn kubur nabi. hbs solat imam ahmad jumpa dia. pastu tny, nape dia solat. x malu ke dh buat slh pastu solat? pencuri tu ckp, jgn la halang dia dr solat. sbb ni je bukti yg dia masih percayakan allah n harap 1 hr nnt dia kuar dr dunia mencuri sbbkan solat dia.

dah bertahun2 imam ahmad xnampak pencuri tu. sampai 1 hr dia nampak dpn kaabah ade sorg laki menangis esak2. dia pegi dkat kat laki tu. rupanya laki tu pencuri td. sbb kan solat dia allah tolong dia kuarkan dia dr mencuri.

maksudnya kat cni, sebesar mana pun salah kita, kena igt, keampuanan allah tu lagi besar. perangkap syaitan ialah bila kt buat salah, kita malu dgn allah, dan kita menjauhi allah. sbb skali kita jauh, kita akan terus jauh..

tu je.. hehehe..

p/s: busy ke jah? rs cm lama je x menulis.

~khadijah~ said...

:) thank you zue for the reminder! <3

busy? orang lain pun busy, xpandai mengurus masa kot. isk.