Thursday, August 11

Kerana Rahmat Allah

Anda apa khabar? Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah. Dikurniakan hati yang tak pernah kering mengingati-Nya. Dianugerahkan akal yang tak pernah tumpul untuk merenung. Dan dihadiahkan nikmat tubuh badan yang sihat dan tak letih untuk bangun. Aminkan doa saya ini untuk kalian :)

Dah lama tak menulis. Bukan sebab sibuk, bukan sebab takde mood, bukan sebab tak dapat seru. Cuma hilang fokus kejap. Hope to get on track back real soon, please pray for me..


Dalam tiap post, kadang-kadang ada dialog dari kehidupan seharian saya yang dikongsi untuk ramai. Cara Allah tegur kadang-kadang sangat halus, melalui perbualan dengan insan-insan lain.

Kata-kata mereka walaupun pendek, tapi berjaya menyentuh jiwa. Dikongsikan dengan ramai, semoga sentuhan mereka, berjaya menyentuh jiwa kamu juga..

***********

Semalam waktu nak pergi solat terawikh, perbualan ni terjadi:

- Nanti amek karipap kat dapur, yang nak bawak gi surau tu.

= Ala.. kamu lah amek. Orang nak pakai stokin nih..

- Ala.. lepas pakai stokin amek je ler. Dapat pahala lah.. Nak ke tak nak?

= Ala.. kita masuk syurga sebab rahmat Allah, bukan sebab amal kita.

**********

Allah.. banyak nye ala ala. Last-last terdiam terus, fikir apa nak jawab sampai tak terjawab. Ade ayat dalam kepala, tapi tak tersusun. Ni haa baru nak susun ayat :)


Daripada Abi Hurairah, ia berkata: Rasulullah telah bersabda: “Amal soleh seseorang antara kamu sekali-kali tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga.” Mereka bertanya, “Hai Rasulullah, tidak pula engkau?” Rasulullah menjawab, “ Tidak pula aku kecuali apabila Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepadaku.” (Riwayat Muslim)


Kalau amal soleh kita tak dapat masukkan kita ke syurga, jadi adakah dengan give up untuk beramal kita akan dikurniakan rahmat oleh Allah? Duduk diam, tak beramal, tak kejar pahala langsung, rasa-rasanya dapat tak rahmat yang kita impikan tu? TAK.


Jika ikut logik, amal kita memang takkan pernah cukup untuk masukkan kita ke syurga. Berapa keratlah sangat pahala kita kalau nak dibandingkan dengan nikmat Allah beri yang tak terkira. Nikmat iman dan islam yang sangat manis, nikmat keluarga dan sahabat yang membahagiakan, dan banyak lagi nikmat lain. Ustaz Safwan kat office kata, tak ramai yang fikir betapa nikmatnya pancaindera yang terletak indah pada tempatnya. Cuba bayang kalau mata kat hujung jari, macam mana orang melayu nak makan sambal? ^^ SubhanAllah.

Dari segi umur pula, adakah dengan mula beramal bersungguh-sungguh sejak umur 20-an, kita berasa yakin kita ke syurga sebab amal kita? Tak kot? Tu kalau 20-an, kalau yang umur 30-an 40-an yang baru kenal agama macam mana pulak?

Jadi, kenapa terus beramal kalau tak tahu masuk syurga ke tak?

Kita beramal sebab kita tak tahu. Kita berdoa sebab kita mahu tapi kita tak tahu.

Aaaaa peningnya ayat...

Kita tak tahu di mana pengakhiran kita, sebab tu kita beramal tanpa jemu. Pada masa yang sama, kita berdoa supaya diberi rahmat oleh Allah. Berdoa dan berusaha itu harus selari. Kita beramal, berusaha membina diri, menahan diri daripada perkara dilarang – itu semua usaha untuk kita mencapai redha Allah, langkah untuk kita memperoleh rahmat Allah. Yang pasti, kita takkan melangkah mudah ke syurga tanpa usaha..

Cuba bayangkan, kita nak dapatkan kerjaya yang kita mahu. Tapi kita tak tahu berapa ramai yang akan berjaya, berapa ramai yang akan direject. Sebab kita tak tahu, kita cuba pelbagai cara nak pastikan kita antara yang disenarai pendek. Kita study macam esok nak exam, kaji sana sini, khatamkan buku yang pinjam kat library. Tak cukup tu, buat pulak group discussion bincang tips-tips yang perlu, pergi beli baju baru – pastikan sesuai dan majikan baru jatuh chenta dengan kesopanan kita. Solat hajat tak payah cakap, tiap malam buat. Kita cuba berlatih interview session pulak ngan adik, sorang jadi interviewer, sorang jadi interviewee. Fuhh payah betul..

Macam tu lah yang sepatutnya berlaku. Bila beramal kerana tak tahu, usaha itu harus sehabis mungkin. Cedok ilmu sana sini, praktik apa yang dah belajar. Duduk diam takkan peroleh rahmat. Jangan tunggu-tunggu lagi, grab this opportunity!

Beramal di bulan Ramadhan, dengan hati yang ikhlas, semoga Allah redha. Satu fasa dah berakhir, ada lagi dua fasa untuk kita berusaha mencapai mardhatillah. Semoga Allah merahmati kita semua..


* Ada adek minta tulis pasal quran, tapi bila nak menulis lain jadinya. Maaflah ye Adik Asmaa Athirah, lain kali pula :)

Thursday, August 4

siri ramadhan : ceritera infaq. berbaloi-baloi :)

mendengar perkongsian dari orang yang benar-benar mengamalkan apa yang dikatakannya pasti sangat berbeda zouqnya dari perkongsian teori dan falsafah semata-mata..


perkongsian yang sempat dihadiri baru-baru ini sangat mantap. pak cik bercerita tentang infaq. bermula dengan maksud infaq dari seqi makna fiqh dan hukum, pak cik relatekan dengan suasana masyarakat semasa kemudian perlunya gerakkan membaik pulih ummat dan gerakkan ini memerlukan dana. maka disini kita lihat kepentingan infaq. selain itu, hikmah dari infaq itu senidir juga sangat besar. membina kasih sayang kerjasama dan akhirnya membina kekuatan yang lebih besar.

satu contoh, kita lihat negara arab. palestin. dikelilingi oleh negara arab lainnya yang sangat kaya. tapi langsung tiada semangat dan kesedaran untuk saling membantu menampung infaq untuk bantu bumi palestin. pak cik cerita, masa pak cik ke gazza dalam land convoy trip baru-baru nih, ada juga beberapa warga negara arab yang join. pakcik kate orang-orang palestin sampai nangis tengok arab yang datang. dalam land convoy siri 1, 2, 3, 4 mostly yang datang mat saleh dan non-muslim. bila siri yang ke 5, 6 nih ada arab. mereka jadi terharu. mereka ingat mereka dah dilupakan selama ni oleh negara jiran sesama muslim sendiri.

sekrang mungkin dah lain. negara-negara arab semakin bangkit bertenaga.
ha. teringat satu cerita pakcik kata, ada sahabat bersaudara. dari moroco tak silap. 2 sahabta karib yang berkawan dari kecil. ok, katelah nama dia ahmad dan ali. ahmad ni, dari kecil selalu cakap pada Ali

"Ali..suatu hari nanti aku nak bina rumah yang besar. rumah impian aku...bla..bla..bla.." sambil terus menerangkan spesifikasi rumah impiannya. rumah impian orang kaya arab, jangan main-main naa.

maka dari kecil, Ahmad bekerja ke arah itu. blaja kerja,kerja, kerja.

dan akhirnya.. jeng.jeng.jeng

terbinalah sebuah istana impian yang selama ini diimpikan oleh ahmad.

suatu hari, Ahmad panggil Ali datang rumah.

Ahmad: Ali, aku dengaq hang nak pi Gazza, betui ka?
Ali: Ha, betui ah. Awat?
Ahmad: dan aku dengaq jugak hang tak cukup dana. betul?
Ali : ha. awat lain macam ja?
Ahmad: sekarang kau ada dalam rumah aku. dari kecik kita kawan kau tahu apa impian aku. dan aku dah berjaya seperti sekrang. hurm.. kau nak g gazza kan? sekarang kau ambil kumci rumah aku ni. aku serahkan rumah ni pada kau. aku serahkan rumah ini untuk perjuangan gazza.

ali: haaa?
ahmad: jap.. aku ambil beg aku sat..

dan ahmad terus belalu pergi meninggalkan rumahnya dan segala isinya tanpa menoleh ke belakang lagi..

sungguh, iman dan keyakinan yang tinggi pada Allah SWT akan membuat seorang manusia bertindak luar dari  yang biasa.



cakap pasal iman nih, nak kongsi satu lagi cerita yang pakcik bagitau. kisah rabiatul adawiyah dan keyakinanya pada Allah.

once upon a time,

ada 2 orang lelaki musafir yang dalam kelaparan. tak tau nak pi makan mana. tak ada duit. lalu mereka terdengar kisah kedermawanan rabiatu adawiyah then decide untuk pi ziarah rabiatul adawiyah [RA] nih.

sampai je di rumah, RA pelawa mereka duduk dan layan mereka dengan baik. borak-borak sat. lelaki tu tadi btau hasrat mereka. dan mereka kelaparan. dalam hati, RA risau tak tau nak bagi makan apa. kat dalam rumah tu hanya ada 2 keping roti shj.

2 lelaki tadi sangat mengharap agar dapat makan makan tu tadi. tak kisah asal dapat makan. sikit pun tak pe.

tiba-tiba.. tok..tok..tok

ada seorang pengemis datang minta sedeqah.

RA dengan penuh yakin terus ambil 2 keping roti tu then bagi pada pengemis tu dengan penuh ke ikhlasan

maka kecewalah 2 lelaki tadi. namun RA tenang sahaja dan terus berborak dengan lelaki tadi

tiba-tiba.. tok..tok..tok

datang seorang lelaki (hamba) membawa sedulang roti yang masih panas berbau segar. lalu menyampaikan pesan salam sejahtera dari tuannya yang ingin menghadiahkan RA roti tersebut seikhlas hati. 2 lelaki tadi sudah berbunga-bunga gembira dengan kehadiran makanan tadi.

RA tengok ke dalam dulang lalu mengira. 1..2..3..4....9...18.

he? *muka pelik* lalu berkata,

"ini bukan aku punya, serahkan semula pada tuan kamu"

hue? lebih terkejut lah 2 lelaki tadi..

si pembawa roti dengan pelik pulang membawa roti itu tadi..

RA terus berborak-borak lagi..

tok..tok..tok

datang lagi hamba tadi dengan dulang berisi roti. RA datang dan kira lagi roti yang ada..

1..2..3..4..5.........18..19..20.

"haa, cukup. ni aku punya. Jzkk"

2 lelaki yang awal tadi terkejut lalu tanya, kenapa mcm tu?

lalu RA kata, aku sedekahkan 2 keping roti awal tadi pada pengemis tadi dan aku yakin Allah akan gantikan dengan yang 10 kali ganda lebih baik. maka waktu lelaki ini datang denagn 18 keping roti, aku rasa itu bukan aku punya. dan ternyata, aku punya yang sebenar memang 10 kali ganda dari yang aku sedekahkan tadi. 20 keping.

lelaki pembawa roti tadi jadi terkejut lalu mengaku bahawa memang sebenarnya asalnya awal-awal lagi tuannya dah bagi 20 keping roti, tapi otw tu dia kelaparan sangat lalu makan 2 keping roti milik RA.

hurm. menarikkan, pengajarannya bukanlah untuk kita lihat pada berapa kali ganda yang ALlah pulangkan tapi pada keyakinan RA saat memberikan 2 keping roti itu. siapa yang menjamin akan dapat pulangan tu, tapi keyakinan dia pada Allah SWT mengatasi segala-galanya.

tapi, dalam Al-Quran memang Allah janjipun dengan pulangan yang besar untuk setiap apa yang kita infqkan kama qala Allahu ta'alaa..

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai : seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada ketakutan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

[Al-Baqarah 261-262]


ha, Allah janjikan bahawa pulangan untuk orang yang berinfaq seikhlas hati memang berganda-ganda, tinggal kita untuk yakin sahaja. kalau tak percaya, g tanya usahawan-usahawan muslim yang berjaya yang biasanya banyak pengalaman jatuh bangun juga banyak pengalaman infaqnya dan besarny kurnia Allah terhadap mereka yang menginfaq harta dengan penuh keikhlasan. :)

yakin tak? 

jom infaq. lagi-lagi Ramadhan nih. berganda-ganda.

berbaloi-baloi..






p/s: lenggok bahasa ceritera diatas telah diolah oleh penaip tanpa mengubah maksud, insyaAllah. wallahu a'alam.