Dah lama tak menulis. Bukan sebab sibuk, bukan sebab takde mood, bukan sebab tak dapat seru. Cuma hilang fokus kejap. Hope to get on track back real soon, please pray for me..
Kata-kata mereka walaupun pendek, tapi berjaya menyentuh jiwa. Dikongsikan dengan ramai, semoga sentuhan mereka, berjaya menyentuh jiwa kamu juga..
***********
Semalam waktu nak pergi solat terawikh, perbualan ni terjadi:
- Nanti amek karipap kat dapur, yang nak bawak gi surau tu.
= Ala.. kamu lah amek. Orang nak pakai stokin nih..
- Ala.. lepas pakai stokin amek je ler. Dapat pahala lah.. Nak ke tak nak?
= Ala.. kita masuk syurga sebab rahmat Allah, bukan sebab amal kita.
**********
Allah.. banyak nye ala ala. Last-last terdiam terus, fikir apa nak jawab sampai tak terjawab. Ade ayat dalam kepala, tapi tak tersusun. Ni haa baru nak susun ayat :)
Daripada Abi Hurairah, ia berkata: Rasulullah telah bersabda: “Amal soleh seseorang antara kamu sekali-kali tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga.” Mereka bertanya, “Hai Rasulullah, tidak pula engkau?” Rasulullah menjawab, “ Tidak pula aku kecuali apabila Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepadaku.” (Riwayat Muslim)
Kalau amal soleh kita tak dapat masukkan kita ke syurga, jadi adakah dengan give up untuk beramal kita akan dikurniakan rahmat oleh Allah? Duduk diam, tak beramal, tak kejar pahala langsung, rasa-rasanya dapat tak rahmat yang kita impikan tu? TAK.
Jadi, kenapa terus beramal kalau tak tahu masuk syurga ke tak?
Kita beramal sebab kita tak tahu. Kita berdoa sebab kita mahu tapi kita tak tahu.
Aaaaa peningnya ayat...
Kita tak tahu di mana pengakhiran kita, sebab tu kita beramal tanpa jemu. Pada masa yang sama, kita berdoa supaya diberi rahmat oleh Allah. Berdoa dan berusaha itu harus selari. Kita beramal, berusaha membina diri, menahan diri daripada perkara dilarang – itu semua usaha untuk kita mencapai redha Allah, langkah untuk kita memperoleh rahmat Allah. Yang pasti, kita takkan melangkah mudah ke syurga tanpa usaha..
Macam tu lah yang sepatutnya berlaku. Bila beramal kerana tak tahu, usaha itu harus sehabis mungkin. Cedok ilmu sana sini, praktik apa yang dah belajar. Duduk diam takkan peroleh rahmat. Jangan tunggu-tunggu lagi, grab this opportunity!
Beramal di bulan Ramadhan, dengan hati yang ikhlas, semoga Allah redha. Satu fasa dah berakhir, ada lagi dua fasa untuk kita berusaha mencapai mardhatillah. Semoga Allah merahmati kita semua..
* Ada adek minta tulis pasal quran, tapi bila nak menulis lain jadinya. Maaflah ye Adik Asmaa Athirah, lain kali pula :)
4 comments:
salam dijah :)
suke entry ni!
bila bagi contoh tu baru nampak cane.
jzklh khair for the sharing ^^
nak lagii! hehe.
barakallahufiiki :D
-syaimaa'-
imam hassan al-banna penah ckp: dia tak tahu mana satu amalan dia yg Allah terima,jadi die buat je semua.subhanallah kan :)
jd jgn penah kt rasa cukup dgn amal2 yg pnh dibuat sbb tak tntu lg diterima@tak.kot tyme tu niat tk betul ke..dn tak kira kecik@besar peluang utk beramal yg ada,kne cpt2 grab peluang..
jzkk utk entry ni ^_^
oh betul tu kak sopeeee!
thank you ingatkan ^_^
-syaimaa'-
syaimaa', nak lagi? okay insyaAllah ^^
kak sopee, jazakillah khair ingatkan.. jomm jomm taknak ter miss peluang :D
Post a Comment