Friday, September 30

welcome ;)

Bismillah

introducing, our new author


Syahirah Zain


kini kami bertiga 

Khadijah Abd Rahman
Syahirah Zain
dan
Asma' Amatullah Hasanuddin



moga apa yang bakal kita coretkan di sini,
dapat memberi manfaat kepada para pembacanya
dikira sebagai pahala berpanjangan walau setelah ketiadaan kita
menjadi motivasi untuk kita lebih banayk membaca. kerana apa yang kita tulis adalah hasil dari pembacaan dan pengalaman kita :)

insyaAllah.





"An Arabic expression states that there are three things that cannot return; a spent arrow, a missed opportunity, and a spoken word. May Allah Most High make us conscious of every word we speak, write, or blog. May He make our words something that we are rewarded for, that draw us closer to Paradise and to His pleasure, and that once expressed, do not become a source of regret. I ask Allah Most High to make our writing and blogging a means of elevating our spiritual state, and to protect us from falling into the prohibited, disliked and detrimental. Ameen."   - Suhaibwebb.com



Tuesday, September 13

Beliau best lah

Alhamdulillah, kami secara rasmi final year student semalam. Yay!

Alhamdulillah, dapat jumpa raaamai cermin-cermin kesayangan. Jumpa MA kat cafe econs, dia kata

“Ha baguslah ni, sorang Titik, sorang Tolak..” Terus teringat blog yang kena mop nih. Haish.

Alhamdulillah, semuanya ok & baik-baik saje.

Alhamdulillah, ala kulli hal! ^__^

Semalam, hari pertama kelas lepas practical nak dekat 9 bulan. Ada amek 1 subject dengan sorang lecturer ni. Mula-mula rasa macam nak drop je lepas dengar macam-macam testimoni ex-students die – and of course semuanya negative! Tapi takpelah, I tried nak jadi positive so masuklah kelas beliau ni.


...Dan hasil pemerhatian selama sejam setengah...


Beliau sangat fun! Ada yang cakap beliau suka cakap meleret dan takde kaitan dengan subject, tapi sebenarnya kalau fikir dalam-dalam, semua yang dia cakap bukan cakap kosong. Penuh isi dan peringatan. Sampai bila nak ikut text book je kan? :)

Satu, beliau sentiasa tengok satu kejadian dari sisi lain, yang orang awam tak terfikir pun dan orang awam macam saya akan cakap “ehhh aahlah betul jugak”.

Nak cerita, beliau tengah cakap kat depan kelas, tiba-tiba dia teringat pen beliau misplaced. Beliau cari keliling kelas tapi akhirnya end up jumpa dekat bawah sehelai kertas yang betul-betul depan beliau. Ayat yang keluar dari mulut – translated:

“Alhamdulillah jumpa pun akhirnya. Tengok ni, kalau Allah dah berkehendak yang kamu tak tahu mengenai suatu perkara, kamu takkan tahu jugak. Segala ilmu milik Dia yang Maha Mengetahui. Walau nak cari pen yang kat depan mata pun kena berdoa.”

Terima kasih. Peringatan yang bagus untuk permulaan sem. Semua ilmu ni milik Dia. Tak kisah lah sekuat manapun kita belajar untuk dapat Dean List, usaha sehabis mungkin discussion sana sini, semuanya akhirnya bergantung pada Dia nak bagi atau tak. Macam petik jari, mudah sangat Allah nak beri kita faham mengenai suatu perkara, dan mudah jugak untuk Allah buat kita tak faham-faham.

Ada yang kes lagi berat, rasa macam dah cukup faham, yakin masuk exam, keluar pun yakin A dalam tangan, tapi akhirnya bila result keluar dapat B-. Hurm.

Tawakal lah banyak-banyak. Hidup kita sebenarnya sangat fragile.
Fragile tu kalau ikut Google Translate – rapuh.
Macam kaca. Kalau dipegang dan dijaga elok-elok, insyaAllah selamat semuanya.
Cuma bila kita decide untuk lepaskan, jatuh berderai musnah terus dalam masa sekelip mata.
Macam tu jugak dalam hidup, kalau kita faham betapa fragile nya hidup kita sebenarnya, kita akan berusaha untuk ada hubungan yang saaaaangat baik dengan Pencipta kita.
Berdoa kuncinya, tanda kita percaya kuasa-Nya.
Sebelum usaha berdoa supaya dipermudah, setelah urusan berdoa supaya diberkati.
Semakin hari Pencipta kita makin sayang kat kita, jaga kita elok-elok.
Pegang kemas, takkan lepas. Aman. Damai.


Dua, beliau sentiasa berusaha nak ajak orang fikir dari sudut akhirat, from islamic point of view bak kata beliau, walau bukan subjek islamic yang diajarnya. Mana-mana term yang ada definition (yang sah-sah from western point of view sebab guna textbook orangputeh), beliau akan ajak kami fikir dari padangan islam dan tanya apa pendapat kami. Hurm patutlah ramai tak gemar. Kan orang Malaysia suka ikut text book. Eh.

Pastu lagi, beliau tengah syok mengajar, tengok-tengok ada salah sikit kat slide. Lepas betulkan minor error tu dia cakap

“Even I tried my best not to make any mistake, but Allah has better plan for me.”

Keterujaan beliau yang sentiasa nak selitkan tazkirah masa mengajar, sebabkan orang salah faham yang beliau suka cakap meleret dan membebel.


Tapi bagi saya, beliau best. Walaupun tak suka menjawab dalam kelas, tapi suka bila diajak fikir. Cuba nak jadi sepositif mungkin macam beliau, mentafsirkan semua kejadian ibarat teguran dari Allah.

Semoga Allah memandang usaha beliau yang nampak kecil tapi impak yang sebenarnya besar.

Semoga Allah memberi kefahaman pada yang lain.

Semoga Allah memberi kebaikan pada beliau.

Ameen :)

Saturday, September 10

blind spot

kakak pernah kata, masa zaman dia sekolah dulu, dalam dorm suka buat sesi heart to heart. duduk dalam bulatan. pegang sorang sehelai kertas A4. tulis nama sendiri kemudian pas kertas pada orang sebelah dan seterusnya untuk mereka tulis sesuatu tentang kita. sampailah kertas itu kembali semula di tangan kita. be it positif atau negetif. ia dipanggil malam muhasabah. dan waktu ini semua kene berlapang dada. kakak kata, mlm itu dan aktiviti itu telah membawa satu perubahan yang sangat besar pada diri kakak. kakak kata die dapat banyak perkataan 'bossy'. satu sifat yang kakak tak pernah perasan yang ia wujud dalam diri kakak dan terzahir pada perbuatan dan dirasai oleh sahabat-sahabat sekeliling. tak de sapa pernah beritahu secara direct pada kakak. it makes her to think. fikir jauh merenung balik diri. benarkah diri kakak begitu.. untuk beberapa hari kakak jadi agak down namun lebih berhati hati dan sensitif dengan tindak tanduk kakak sendiri. dan yup. memang ada unsur 'bossy' disitu. akhirnya sikit demi sikit kakak buang sifat itu. dan kakak jadi orang baru. kakak berterima kasih pada kawan-kawan se-dorm.

permainan ini nampak seperti simple. tapi impaknya besar. dan baik bagi orang-orang yang positif sahaja.



kadang-kadang, kita fikir kita sudah cukup kenal diri sediri. tapi hakikatnya orang disekeliling kita lebih kenal diri kita terutama pada titik 'blind spot' kita. kerana itu kita perlukan perkara-perkara sebegini untuk tujuan pembaikan diri. sebenarnya kita punyai banyak 'cermin-cermin' yang hidup. tinggal kita mahu melihat cermin itu dengan pandangan yang ikhlas atau mahu tutupmata-ego-taksanggup terima teguran dan perubahan. yup. teguran dan nasihat kadang-kadang pahit untuk ditelan tapi sebenarnya tersembunyi satu kemanisan yang tidak terhingga jika kita berani menghadapinya.

saya sayang semua cermin-cermin saya, dan kakak, kamu bagaikan cermin ajaib. wohaa

p/s: even kritikan musuh juga kita perlu fikir-fikirkan kerana mana tahu mereka ternampak dari sisi blind spot kita. tak salahkan?

p/s: terima kasih kakak.