Saturday, September 10

blind spot

kakak pernah kata, masa zaman dia sekolah dulu, dalam dorm suka buat sesi heart to heart. duduk dalam bulatan. pegang sorang sehelai kertas A4. tulis nama sendiri kemudian pas kertas pada orang sebelah dan seterusnya untuk mereka tulis sesuatu tentang kita. sampailah kertas itu kembali semula di tangan kita. be it positif atau negetif. ia dipanggil malam muhasabah. dan waktu ini semua kene berlapang dada. kakak kata, mlm itu dan aktiviti itu telah membawa satu perubahan yang sangat besar pada diri kakak. kakak kata die dapat banyak perkataan 'bossy'. satu sifat yang kakak tak pernah perasan yang ia wujud dalam diri kakak dan terzahir pada perbuatan dan dirasai oleh sahabat-sahabat sekeliling. tak de sapa pernah beritahu secara direct pada kakak. it makes her to think. fikir jauh merenung balik diri. benarkah diri kakak begitu.. untuk beberapa hari kakak jadi agak down namun lebih berhati hati dan sensitif dengan tindak tanduk kakak sendiri. dan yup. memang ada unsur 'bossy' disitu. akhirnya sikit demi sikit kakak buang sifat itu. dan kakak jadi orang baru. kakak berterima kasih pada kawan-kawan se-dorm.

permainan ini nampak seperti simple. tapi impaknya besar. dan baik bagi orang-orang yang positif sahaja.



kadang-kadang, kita fikir kita sudah cukup kenal diri sediri. tapi hakikatnya orang disekeliling kita lebih kenal diri kita terutama pada titik 'blind spot' kita. kerana itu kita perlukan perkara-perkara sebegini untuk tujuan pembaikan diri. sebenarnya kita punyai banyak 'cermin-cermin' yang hidup. tinggal kita mahu melihat cermin itu dengan pandangan yang ikhlas atau mahu tutupmata-ego-taksanggup terima teguran dan perubahan. yup. teguran dan nasihat kadang-kadang pahit untuk ditelan tapi sebenarnya tersembunyi satu kemanisan yang tidak terhingga jika kita berani menghadapinya.

saya sayang semua cermin-cermin saya, dan kakak, kamu bagaikan cermin ajaib. wohaa

p/s: even kritikan musuh juga kita perlu fikir-fikirkan kerana mana tahu mereka ternampak dari sisi blind spot kita. tak salahkan?

p/s: terima kasih kakak.

2 comments:

~khadijah~ said...

ehh amat da lap tingkap!

teringat dulu zaman kat maahad, time rehat kitorang suka makan besar..nasi lemak lah ape lah. sbb waktu rehat sangat sekejap, so makan rushing. dah abes makan pastu mesti tanya zue:

"ade cili x kat gigi? tudung ade kotor x? baju kedut sangat x?"

haha mase tu berharap sgt kawan bg komen yg sgt jujur supaya penampilan kemas je nk masuk kelas. eceh.

tp tula nak cakap, kalau dr segi sikap n sifat pun kawan sbg cermin bcakap jujur, n kt pun blapang dada je terima, mesti kemas luar dan dalam. mantap.

so amat cerminku, sila inform kalau ade pape yg xkena. nk adjust ape yg ptot. hehe.

~amatullah~ said...

:)


dijah pun pesan2 kat sy jgk..


dijah: kasi mop ini lantai ok. kasi bekilat mcm itu cermin jugak..