Tuesday, January 24

kotor

sering kali kita melihat manusia 
yang jelas melakukan dosa
terang-terangan terbuka
dengan pandangan yang hina

dan kita tak pernah nak fikir, suci sangatkah kita dalam pandangan yang Esa.


dosa-dosa tersembunyi yang lebih digeruni
kerana kita mungkin tak menyedari
timbunan dosa yang membelenggu diri
kotoran-kotoran yang memenuhi hati

sampai suatu tahap
kita akan rasa, siapa sebenarnya kita atas bumi ini
dan, andai nafas kita terhenti saat ini.
apakah yang bakal menanti?
apakah yang bakal kita tempuhi?

dan aku mencemburui mereka-mereka yang sangat dekat dengan Ilahi.

ala kullihal. aku mensyukuri satu nikmat yang sangat besar dalam hidup aku kerana aku dikelilingi lingkungan manusia yang beriman. walaupun kadang-kadang rasa 'down' melihat keimanan mereka yang sangat hebat, namun ia sebenarnya mencabar aku untuk mengatasi mereka, atau paling tidak cuba try untuk sama taraf dengan mereka. ini baru manusia-manusia akhir zaman. agaknya, bagaimana perasaan sahabat-sahabat nabi ketika mana melihat iman sahabat-sahabat mereka yang lain. ntah kalau Abu Bakar ada di sini, pasti aku akan rasa 'stress'. betapa kerdilnya iman dan pengorbanan kita nak dibandingkan dengan Abu Bakr kan? Ya Rabb.

betul lah kata-kata yang mengatakan

 "dalam hal-hal dunia lihatlah pada mereka yang kurang bernasib baik dari kita, nescaya kita akan rasa bersyukur. rasa cukup seadanya. dalam hal-hal akhirat lihatlah pada mereka-mereka yang lebih-lebih dari kita. pasti kita akan rasa sangat kerdil dan dan kecil" ..tak sempat nak bangga diri.  

Tuesday, January 3

2012

Assalamualaikum
Rasanya sudah agak lama tak menulis
yang pendek-pendek macam dulu
Palying with words, with rhythm.


Saat dunia mungkin bersorak
Saat jarum berdetuk detak
Berkumpul 3 jarum terpacak tegak
Gembira berkumpul ketawa gelak
Lelaki perempuan bertambah galak
Najis syaitan ditelan ditogak
Dunia saksi budaya rosak

Sunyi sepi duduk di sudut
Seorang hamba kembali sujud
Memohon taubat kerana takut
Setahun berlalu kelam kelibut
Setahun berlalu bagai pukulan ribut

Benafas menoleh dan melihat
Detik detik usia meningkat
Kisah usaha memerah keringat
Mugkinkah jadi bekalan akhirat?
Atau jadi beban pemberat?

Satu yang pasti
Ia tak luput dan dia tak lali
Mencatat dan menyimpan rapi
Laporan terperinci
Tindak tanduk kita setiap detik setiap hari
Bagaikan CCTV

Mungkin luput di minda
Dan banyak yang kita lupa
Entah banyak pahala
Atau lebih dosa
Tambah tolak amalan yang tak diterima
sebab amal kerana manusia
Atau sekadar puas rasa bangga
solat penuh lalai dan leka
puasa hanya berlapar dahaga
banyak bercakap sini sana
hati kosong tak ada makna
jiwa kontang sia-sia

mungkin tidak mengapa,
harapan masih ada
melihat jam masih begerak
jantung masih berdetak
mata masih nampak
pintu taubat sentiasa terbukak

dan jangan nak buat-buat pekak

jantung berhenti bila tiba masa
dan kita tak pernah tahu bila
sudahkah aku bersedia?
atau masih nak tunggu masa
kalau tak sempat macam mana
sanggupkah kamu masuk neraka
sedangkan dulu sentiasa terbuka
peluang membina istana kaca
peluang membina singgahsana di syurga
peluang mencari redha yang-Esa
kalau kamu benar-benar percaya
benar-banar yakin dan sungguh-sungguh berusaha

Tahun 2012
Dengan azam baru
Atau mungkin settlekan yang dulu?

wallahu a'lam