Tuesday, January 3

2012

Assalamualaikum
Rasanya sudah agak lama tak menulis
yang pendek-pendek macam dulu
Palying with words, with rhythm.


Saat dunia mungkin bersorak
Saat jarum berdetuk detak
Berkumpul 3 jarum terpacak tegak
Gembira berkumpul ketawa gelak
Lelaki perempuan bertambah galak
Najis syaitan ditelan ditogak
Dunia saksi budaya rosak

Sunyi sepi duduk di sudut
Seorang hamba kembali sujud
Memohon taubat kerana takut
Setahun berlalu kelam kelibut
Setahun berlalu bagai pukulan ribut

Benafas menoleh dan melihat
Detik detik usia meningkat
Kisah usaha memerah keringat
Mugkinkah jadi bekalan akhirat?
Atau jadi beban pemberat?

Satu yang pasti
Ia tak luput dan dia tak lali
Mencatat dan menyimpan rapi
Laporan terperinci
Tindak tanduk kita setiap detik setiap hari
Bagaikan CCTV

Mungkin luput di minda
Dan banyak yang kita lupa
Entah banyak pahala
Atau lebih dosa
Tambah tolak amalan yang tak diterima
sebab amal kerana manusia
Atau sekadar puas rasa bangga
solat penuh lalai dan leka
puasa hanya berlapar dahaga
banyak bercakap sini sana
hati kosong tak ada makna
jiwa kontang sia-sia

mungkin tidak mengapa,
harapan masih ada
melihat jam masih begerak
jantung masih berdetak
mata masih nampak
pintu taubat sentiasa terbukak

dan jangan nak buat-buat pekak

jantung berhenti bila tiba masa
dan kita tak pernah tahu bila
sudahkah aku bersedia?
atau masih nak tunggu masa
kalau tak sempat macam mana
sanggupkah kamu masuk neraka
sedangkan dulu sentiasa terbuka
peluang membina istana kaca
peluang membina singgahsana di syurga
peluang mencari redha yang-Esa
kalau kamu benar-benar percaya
benar-banar yakin dan sungguh-sungguh berusaha

Tahun 2012
Dengan azam baru
Atau mungkin settlekan yang dulu?

wallahu a'lam

5 comments:

aqilah humaira' said...

Waaaahhh, asma' dah mcm Boona dah hehe.

Subhanallah,I'm inspired. By syahirah's post too, I was there masa that American lady bercerita.

How time flies, jom azam baru 2012 jd org yg lebih menghargai masa.

Ameen :)

~amatullah~ said...

that's my brother. haha

Beejan said...

Best sajak ni..

Beejan said...

Mohon izin nak share kat facebook..

~amatullah~ said...

silakan..mg ada manfaatnya.