Friday, February 17

seni berbulat-bulat gembira

da'wah merupakan suatu seni
bermuamalah dengan manusia itu juga satu seni
dan membawa bulat-bulat gembira itu juga satu seni

seni yang harus dipelajarai
dari beberapa percubaan yang akhirnya membentuk sebuah pengajaran dari pengalaman
atau bertanya-tanya, dan belajar dari pengalaman orang-orang yang pernah melaluinya
kita akan fahaminya sedikit-demi sedikit
berperingkat-peringkat

rasa nervous nak pengsan
tergagap-gagap
tersilap cakap
hilang point dalam kepala
memang berpeluh saiz xxl lah.
lagi-lagi bila diajukan solan-soalan yang ermm..
membuat kita merenung kelangit mencari jawapan
dengan mulut sedikit ternganga

kita akan berhadapan dengan pelbagai jenis dan gaya kerenah manusia
yang over responsive
yang macam blur *krik.krik.krik*
yang kita rasa jauh betul nak reach mereka. seperi terpisah dek tembok besar china
yang kita rasa tak selesa dengan mereka
yang keras kepala
yang keras hati
yang lembut hati, mudah cair, cepat menangis
yang garang
yang sombong
yang susuah nak masuk
yang pendiam
yang stone-faces. tiada perasaan



tapi..

قال صلى الله عليه وسلم: المسلم إذا
كان مخالطًا الناس ويصبر على أذاهم، خير من المسلم الذي لا يخالط الناس ولا يصبر على أذاهمم


“Seorang Muslim apabila dia menggauli manusia, dan bersabar dengan kerenah atau ragam mereka, adalah lebih baik dari seorang Muslim yang tidak menggauli manusia dan tidak sabar dengan kerenah mereka”


jadi..

ia menuntut sabar.sabar. dan sabar

memandu bulatan gembira menuntut kefahaman yang jelas. kenapa kita harus memandu bulatan gembira ni?
sebelum menjawab soalan ini, kita harus jelas dahulu. kenapa kita sendiri berbulat dan gembira. apa yang kita terima dari si bulat gembira ni? tentu kerana sesuatu yang manis, bukan? bulat yang happy adalah salah satu cara yang digunakan sebagai medan perkongsian ilmu dan amal dengan kefahaman yang jelas. kita akan berkongsi teori-teori kehidupan sebagai seorang muslim dan bersama-sama berusaha mempraktiskannya.

bukankah, kita sentiasa berada di medan perang! peperangan yang telah diisytiharkan oleh si syaitan secara terang dan jelas di hadapan Allah SWT bahawa mereka akan sentiasa berusaha menyesatkan manusia. mereka akan gunakan pelbagai cara untuk merosakkan kita! tentera-tentera syaitan berderet-deret beratur bersedia merosakkan kita. setiap masa. maka halaqah adalah salah satu strategi peperangan kita untuk melawan mush ketat kita ini. untuk saling mengingatkan. untuk saling berpesan dan saling menguatkan. sila rujuk surah al-israa' ayat 61-65

anggaplah diri kalian sebagai hero/heroin yang telah bersedia untuk menyelamatkan manusia lainnya dari serangan syaitan yang bertubi-tubi merosakkan manusia. dengan nikmat Allah yang ada ini, kita kongsikan pula ilmu dan pengalaman yang kita ada untuk membantu yang lain-lain. jangan risau, heroin anda akan selalu berada disamping anda untuk membantu anda juga :)

and the list goes on.. kalau nak tulis semua oh sungguh banyak.

apa pun pasan saya untuk saya sendiri dan anda-anda, sila buat persiapan diri anda dengan baik

untuk membawa manusia kepada Allah, kita dulu harus dekat pada Allah
untuk mencegah manusia dari dosa, kita sendiri harus berusaha meninggalkannya dulu
untuk mengajak manusia untuk menjadi yang terbaik, kita dulu harus menjadi yang terbaek!

kerana kita harus ingat,
pada satu ayat Allah yang harus selalu dekat dalam diri kita,
surah soff ayat 2&3.

"wahai orang-orang beriman, kenapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat. sungguh besar kemurkaan Allah kepada mereka yang berkata-kata tetapi tidak melakukan"

jangan pula kalian rasa ter'demotivated dengan ayat ini.

ohh aku tak mampu. aku tak layak. aku itu dan ini

suppose, ia menjadi motivasi buat kita semua. saat terpilih untuk menjadi "heroin", ini mungkin satu petanda bahawa Dia mahu kita untuk lebih dekat kepada Dia. dan membawa lebih ramai manusia dekat kepada Dia. kemudian bertambah pahala kita, bertambah dekat lagi kita pada Allah. ayat diatas adalah warning penuh kasih sayang, agar kita tak syok sendiri, bercakap berdegar-degar tapi hakikatnya kita jauh dari Dia. Dia tak mahu begitu.

:)

selamat berusaha!

Allahulmusta'an!

wallahu a'lam.








No comments: