aku mulakan dengan sepotong ayat quran
surah al-a'raf :179
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia,
mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan
mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan
mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah).
Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
yang menjadi bahan bakar api neraka
dari kalangn jin dan manusia
punya mata tetapi tidak melihat
penya telinga tapi gagal mendengar
punya hati tetapi tidak cuba memahami
hidup di bumi yang sama.
namun kita mungkin
memahaminya dari dimensi yang berbeza.
aku tidak katakan
dimensi kamu salah
dan dimensi aku benar.
cuma aku ingin kongsikan
apa yang aku lihat dari sudut pandang aku.
dan kalau sudi mari kongsi sudut pandang kalian juga.
moga banyak yang kita boleh sama-sama pelajari
dunia ini terlalu luas. terlalu misteri. cerita kehidupan yang tiada kepastian. terlalu besar rahsia yang tersembunyi
aku yakin dan percaya
kita semua
datang dari asal yang sama,
setitis air mani yang hina
juga pernah
uatu masa dahulu
sama-sama berikrar janji setia
bahawa tuhan kita satu. Dialah Allah yang Maha Esa
kemudia kita dicampak ke dunia
memulakan kembara. mencari makna. menyempurnakan misi tujuan diciptakan
memenuhi ikrar yang pernah kita sama-sama lafazkan
dicampakkan ke tempat yang berbeza-beza
dan disini kita hari ini
menjalani kehidupan
Dia jelaskan
bahawa tujuan kita didunia
hanya dua
menjadi hamba. dan menjadi khalifah
berlumba mencapai tujuan ini
kita dibentangkan dengan ujian berbeza-beza
di sana
ada sekumpulan manusia
ditekan dengan peperangan
hari-hari melihat mayat bergelimpangan
musuh nyata
senjata dikepala
mendera jasad membelasah jiwa
kehilangan yang disayangi. ibu ayah sanak saudara
rumah dihancurkan.
mimpi dan cita-cita
semakin kabur tiada kepastian
namun mereka bangkit membina kehidupan
disebalik segala tekanan dan penindasan
dibalik runtuhan dan serpihan bangunan
dibalik trauma dan mimpi seram
dan dari kalangan mereka, ramai yang bangkit gagah
membina jiwa-jiwa merdeka
semakin mengenali pencipta
demakin dekat kepadanya
semakin rindukan haruman syurga
semakin damai dalam dakapan cintaNya
semakin hampir mengotakan ikrar janji mengesakan Dia.
tuhan kita yang sama
dan jalan cerita hidup kita
menjadikan kita manusia yang seperti apa?
kenikmatan yang melemahkan jiwa
keamanan yang membuat kita terus leka
ujian kekenyangan. ujian melawan nafsu berpesta
melihat jasad hidup yang hatinya mati
bangkai-bangkai hidup yang menjadi hamba dunia
dua dunia
asal datang yang sama
tujuan akhir yang sama
hanya
jalan kehidupan kita berbeza
bukan ujian siapa yang lebih berat harus kita perdebatkan
namun
bagaimana kita melihat dunia
yang akan menuntun
arah langkah kita untuk yang seterusnya
memilih pengakhiran yang bagai mana, terletak ditangan kita
bangkitkan jiwa-jiwa
terbangkan semangat tinggi ke langit pencipta
bebas dari belenggu syaitan durjana
dari belenggu musuh yang tak terlihat mata
belenggu dosa
belenggu kenikmatan dunia sementara
ayuh bangkit jiwa merdeka!
p/s: begini penangan Tears Of Gaza.. T_T
No comments:
Post a Comment