apa yang saya suka tentang bloging. saya tulis bila saya cukup terkesan dengan persekitaran saya. maka homework akan dibuat sedikit sebanyak untuk kaitkan pengalam dan pengajaran. dan penulisan ini akan menghantui saya balik. maka penulisan ini juga pendidikan dan peringatan untuk diri sendiri jugak. yang sedang menaip ini. sesi mengasah bakat sharp shooter. tembak diri sendiri. bukan tembak mati. tapi tembak peluru getah. supaya terase sikit. supaya tak nakal2 lagi.
siapa kata baik itu bosan, baik itu tidak cool atau baik itu kaku.??
tabiyah islam itu luas. pendidikannya menyeluruh dan mendalam. bila ditarbiyah bukan bererti kamu harus jadi orang yang jumud, tak boleh bercampur gaul dengan orang lain, jalan tunduk langgar tiang tapi dengan tarbiah yang dilalui kita diajar menjadi muslim yang flexible dalam batasan syara'. yang istimewa, yang unik yang mudah didekati dan menarik untuk di ikuti. kerana tarbiyah mengajar kita menjadi muslim yang 'world', yang syumul dan insan kamil. walau tak ma'sum tapi kita berusaha untuk jadi yang terbaik dalam segenap hal. menjadi orang baik bukan bererti membuang segala keseronokan hidup tapi meraikan kehidupan untuk nikmat akhirat. bak kata si kakak, ada manusia yang terlalu mengejar akhirat sehingga lupa bahawa dunia adalah jambatan akhirat. islam raikan dunia. islam pentingkan akhirat kerana hidup dunia bekal akhirat.
macam layang2 terbang bebas tinggi tapi tetap berpegang pada satu batasan/tali yang memegang agar tak terus hanyut di terbang angin. macam kapal yang berlayar ke lautan samudra luas namun tetap perlu singgah kedaratan mengisi bekalan. macam burung terbang tinggi juga kembali pulang berumah di pokok makan cacing di tanah. kamu boleh gerak jauh kemana sahaja, lakukan apa sahaja tapi dlm syarat-syarat dan adab yang dijaga dan dipelihara.
Allah gambarkan,
Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan. (25:63)
maka, bila kata jadi baik itu sesuatu yang cool, kamu-kamu yang muslim ini adalah duta dan model sepenuh masa islam. kalian membawa nama islam maka kamu juga membawa imej islam. maka peliharalah. biar orang melihat islam pada muslim.
buktikan,
kamu muslim. kamu menjaga masa
kamu muslim. kamu rajin membaca.
kamu muslim. kamu manusia berjaya.
kamu muslim. kami dihormati manusia.
kamu muslim. kamu baik dan kamu izzah dengannya.
dan kamu bukan looser! buktikanlah~
5 comments:
true. clap2. ni isi utk yg hari tu kan? sori2
part of la. hehe no hal laa..adoi cukup2 la mintak maaf tu cik kak oi
like this !
jom jadi budak baik. hehe ~biiznillah~
sooooo true!
like juga!
Post a Comment