Alhamdulillah
Tamat exam 6 april setelah selesai menjawab 7 kertas soalan. Wallahu a’alam. Moga Allah aturkan yang terbaik. Kita cuba dan usaha yang terbaik Allah pasti akan beri kita yang terbaik juga.
Kali ini penulisan ni untuk para daie. Yang mengaku dirinya daie. Yang sedang dalam usaha menyeru manusia kepada kebaikan. Berusaha mencegah kemungkaran. Daiekah saya? Daie kah kamu? Daiekah mereka? Wallahu a’lam. Kamu yang menilai diri sendiri dan Allah juga menilai apa yang kamu lakukan. Yang kamu katakan. Yang kamu usahakan. Dan yang paling penting apa yang kamu niatkan.
Allahuakbar, tugas ini bukan untuk orang tertentu sahaja. Tapi tugas ini tugas semua orang yang telah Allah beri hidayah dan petunjuk serta sedikit ilmu kefahaman tentang islam. Maka kalian bertanggungjawab menyebarkannya, berkongsi manisnya Islam berkongsi indahnya iman indahnya kasih sayang. Tapi harus di ingat tugas ini bukan mudah. Sungguh tak mudah. Kenapa? Kerana tugasnya adalah untuk membina hatinya dan hati-hati disekelilingnya. Membersihkan jiwanya dan jiwa-jiwa disekelilingnya dari karat-karat mazmumah, daki-daki jahiliyyah dari dosa dan syirik dan membimbing kepada mengesakan Allah SWT. Menanam benih-benih iman dalam dada-dada manusia.
sirah telah membuktikan bukan mudah membentuk hati-hati manusia. Rasulullah pun ambil masa sampai berpuluh tahun untuk berdakwah. Untuk membina iman masyarakat ketika jahiliyyah. Macam-macam baginda usahakan. Ditambah tentangan, cacian hinaan ugutan malah diumpan dengan kemewahan baginda tetap tak mengalah malah dengan yakin mengatakan,
“ walau dilatakkan matahari di tangan kanan ku dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan agama ini, hingga Allah memenangkan aku atau aku binasa kerananya , aku tetap tidak akan meninggalkannya.” (Raheeq Makhtuum)
Kental sungguh jiwa baginda. Sungguh kental.
Yang pasti usaha baginda ini bukan usaha kosong. Tapi baginda iringi usaha baginda dengan doa saban hari. Dengan munajat dimalam sunyi. Dengan tangisan yang sungguh-sungguh. Malah dengan darah pun baginda sanggup. Dakwah baginda bukan sekadar dengan kata-kata. Tapi baginda laksanakan apa yang diseru. Menjadi contoh. Menjadi yang terbaik. Baginda terus dan tetap menjaga hati dan amal ibadah baginda. Seperti mana dikisahkan rasulullah yang maksum itu beristigfar beratus kali sehari. Qiamullail sampai bengkak kaki. Kita yang confirm tak ma’sum ini bagaimana? Allahuakbar!
Susahkan? Yup. Kerana harga syurga itu terlalu tinggi harganya. Tak mampu dibeli dengan gelak tawa sia-sia. Tak boleh dibeli dengan sikap malas atau leka. Tak boleh dibayar dengan muzik-muzik yang saban hari kita sumbat ke telinga atau dengan mata-mata yang hari-hari menonton maksiat dan dosa. Atau dengan hati-hati yang sudah rosak cedera. Allahuakbar.
Bercakap tentang hati. Hati seorang daie. Andai hati-hati daie masih dibelenggu dengan karat-karat jahiliyyah, dengan sifat mazmumah bagaimana hati yang kotor nak membersih hati-hati manusia lainnya. Kain kotor dikesat ke dinding yang kotor akan memberi kesankah? Malah mungkin menambah kotoran. Allahuakbar.
Ya benar, daie itu manusia biasa. Yang hati nya juga boleh kotor. Imannya juga naik turun tapi, bagaimana menjadi daie itu harus benar-benar mujahadah menjaga hati. Harus segera merawat iman saat iman jatuh tergolek. Harus segera bangkit ketika lemah terduduk. Allahuakbar.
Allah turunkan Islam sebagai rahmat
Allah hantarkan Muhammad sebagai penyelamat
Allah turukan Al-quran penguat semangat
Allah ciptakan bumi sebagai nikmat
Kadang-kadang Allah uji agar kita selalu beringat
Allah suruh solat supaya selalu dekat
Allah suruh berdoa agar hati kita terikat
Wahai ummat
Jangan tunggu sampai nafas tersekat
Atau tunggu sampai kiamat
Baru nak bertaubat
Mari sahabat-sahabat
Kita duduk rapat-rapat
Kita saling ingat-ingat
Kita saling kuat-menguat
Moga hati kita thabat.
3 comments:
da'iekah saya?? (T_T) YA Allah knp amar ma'ruf saja yg mmpu kulakukan, tetapi nahi mungkar sungguh sukar utk kulakukan?? sedihnya... kate diri ini takut maut yg mndtg tidak diketahui, tapi knp diri ini sukar utk bnar2 mujahadah??
tolonglah diriku ini ya Allah. Daku sentiasa mngingtkn diri utk mengikhlaskan niatku keranaMu.. diri ini perlu redho sekiranya berjalan lmbt di ats jln da'wah brbnding shbt2 lain, asalkan Kau terus2an sudi utk mnthabatkan jiwa dan jasad ini di ats jln da'wahMu. Aminn.
ala sedih nye baca amat nye post.
sobs. ;(
sungguh, jalan ini tak perlukan kita. tapi kita yang memerlukan nya. Allah boleh gantikan generasi yang lebih baik untuk perjuangan agama ini sekiranya kita sombong dan malas. allahuakbar.
moga kita terus diberi peluang.
u-nisaa-ni kak mun ke?
nad- jom jadi kuat~
Post a Comment