Friday, August 13

hebat

hebat.
wah sungguh hebat.
sangat hebat

pernah jumpa dengan orang hebat?
atau lihat dan bertemu dengan orang hebat?
atau dengar kisah-kisah orang yang hebat?

apa definisi hebat pada kamu?

melihatnya sahaja 
rasa senang
rasa tenang 
rasa sayang

hidupnya riang dibalik timbunan beban
gayanya girang dibalik ribuan tekanan
tersenyum menghadap dugaan
berani menyahut cabaran

kenapa mereka hebat?
kerana mereka dekat pada tuhan
mereka hidup untuk tuhan
mereka mati mengejar cinta tuhan
mereka bekerja mencari redha tuhan
sentiasa ingat pada tuhan

damainya hidup bertuhan

seperti juga generasi sahabat.
hebat.
sumayyah syahid disula kerana Allah
masyitah terjun ke kawah api kerana Allah
mus'ab umair meninggalkan harta dan keluarga kerana Allah
muhajir berhijrah kerana Allah
ansar berkorban kerana Allah

al-fatih membuka konstantinopel
apa cita-cita kamu?
salahuddin membebas alquds
apa impian kamu?


saya? kamu? kita? mereka?

mengantuk tersengguk-sengguk dalam kelas
letih sedikit jadi malas
susah sedikit jadi rimas
langsung tak tegas
dimarah ditegur sedikit
merajuk....

 mustahilkah kita menjadi hebat?

11 comments:

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* said...

salam.

peh.
menusuk seh.

hurm teringat kat 'testimoni' tentang HAB dalam Majmu' Rasail.
bahawa HAB menjadi bukti bahawa Islam mampu mencetak manusia sehebat itu.

adoi.
jauhnye saya..
T_T

wallahua'lam
-syaimaa'-

nadhirah razak said...

Allah!

Setuju dengan syaimaa'....
terasa maaa...

Insyaallah semua kita boleh jadi hebat...

bila hidup bermatlamatkan redha Allah,berorientasikan cara islam...

doakan...doakan...doakan...

Allah!~

~amatullah~ said...

salam
syaimaa dan nad,
teringat kata-kata,
biar cita-cita melangit tinggi walau tangan tak mampu capai namun hati sudah diangkat julang tinggi.

tapi kadang-kadang tetap terfikir. mampukah? atau cuma sekadar mimpi..

Allahuakar!!

hebat sungguh mereka yang hebat...

doa dan usaha selalu bersama yeh!

syifa' rahiman said...

jom jd hebat!
semangat!

utrujah said...

ouch! baru je hari tu kena tgur dgn lecturer dalam kelas sbb terlelap. adoi2. haru je...

terbaek ye! jom tak tersengguk! (^_^!) ramadhan kareem!

~amatullah~ said...

syifaa' anti jaiyyid!

asma'. kte kene susun mase baik2 kot kan supaya tak tersengguk!! ngantok oh ngantok

Afra' Azam said...

yey.

kamu juga hebat!

~amatullah~ said...

kak afra' saya tak hebat.

kehebatan bukan something yang 'built-inn'. kehebatan perlu melalui proses latihan, pendidikan, ujian agar jadi hebat! jatuh sekali harus bangun kembali untuk berubah tidak mengulang salah yang sama dan terus jedi lebih baik dari sebelumnya dan jadi hebat. maka jangan pernah takut mencuba.cubaan demi cubaan moga kita semua jadi lebih hebat. hebat untuk islam!!

Anonymous said...

lain kali ameen kan je cik amat..

~amatullah~ said...

hehe ok2.. aaamin

syaimaa' said...

haha.
saya pun nak tolong ameenkan.
ameenkan untuk asma' n semua ^__^
AMEEEN..