Thursday, August 26

usia junun

usia muda mudi
usia junun
usia gila

zaman gejolak jiwa
zaman jiwa meronta-ronta
zaman sedang bertenaga
belum tahu nak salur ke mana

dunia kini merosak pemuda
tenaga mereka di sia-sia
semangat mereka di salah guna

beruntung bagi mereka yang berjaya menjaga
mematuhi nasihat agama
walau sekecil-kecill perkara
menjaga maruah diri keluarga dan negara

duhai pemuda..
harapan bangsa..
jangan lalai jangan leka
tergoda terbuai nafsu dunia

dan kamu pendokong agama
kamu harus lebih menjaga
kerana kamu dilihat mereka
kamu harus memimpin mereka
bagaimana?
kalau kamu juga tak menjaga
sana sini mengada-ngada
sibuk pada yang lain jantina
bukan apa
kalau kamu sudah bersedia
itu tidak mengapa

jika tidak?
kembalilah pada nasihat agama
utamakan yang lebih utama
sibukkan diri dengan tugas kerja
tegas dalam muamalah dan bicara
supaya kamu lebih terjaga
menjaga pandangan hati dan juga mata
alam realiti mahupun siber-maya

salurkan tenaga pada yang sepatutnya
cambahkan idea pada tempatnya
bijaklah membina membangun jiwa

kamu yang tentukannya
diiring doa dan rahmat pencipta
moga kita semua berjaya!
berjaya sampai ke syurga
syurga dunia dan yang pasti yang di Sana.

biiznillah. kita cuba ya! (^____^)v




-asyik tulis pendek-pendek je. bilalah saya nak belajar menulis yang lebih berisi dan bermakna-

4 comments:

Anonymous said...

maryam likes this! sama-sama cuba ya^^

syaimaa' said...

salam.

haha
well said!

wallahua'lam

Anonymous said...

eh atul.

panjang pendek bukan ukuran kot.

mantap kot entri nie.suke!
ooolalaaa~

astaghfirullahalazim 33x.

~amatullah~ said...

tulis ni pun sbb kak maya pakse.. hehe

lepas well said kene well done pulak..

terima kasih..
eh puan midi dah lepas satu fasa.
moga teruuss berbahagia ye!