nota kaki : kisah dibawah tiada kaitan samaada dengan yang hidup atau sudah meninggal dunia.
hanya sekadarnya
Yeaaah! Exam habis. Ringan kepala damai jiwa. Bebas rasa
Luahan-luahan saat selesai menekuni kertas soalan terakhir. Dan saat tu jugak macam-macam bermain-main dalam kepala. Lepas ni nak ke KLCC window shopping then malam balik layan movie yang banyak lagi tak sempat tengok dalam hard disk tu tak pun, best jgk klu g on9 bukak manga ke tak pun main DOTA.
Namun, kadang-kadang takdir Allah tu lebih tinggi rahsianya. Tiba-tiba duit hilang tak dpt keluar jalan-jalan then hard-disk pulak rosak tak boleh tengok movie. Pastu wireless pulak problem. Terus hilang mood nak main DOTA. Maka nak buat apa?
Guling-guling atas lantai
Jerit kat FB “aku boosaaaan!” [….] tak da orang layan. Ada 1 je like. -_-‘
Bosan sungguh hidup begini.
Jom kita bukak Nota Cinta Pencipta
“Demi masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati tentang ke benaran dan kesabaran”
(al-asr : 1-3)
Nota cinta istimewa, bagi mereka yang berfikir.
Kamu tahu? Satu patah kata dalam Al-Quran boleh dihurai-olah-panjang-mendalam menusuk dalam hati. Macam surah al-asr ni. 3 ayat sahaja tapi serius mendalam. Mari kita lihat. Apa kaitan tajuk surah tentang masa dengan 3 golongan yang di’bold’kan dalam ayat di atas.
1. 1. Yang beriman
2. 2. Yang beramal soleh
3. 3. Yang berpesan-pesan tentang kebenaran dan kesabaran
Huraian iman
Bercerita tentang iman dan bagaimana ia memberi impak pada diri pemikiran dan gaya hidup seseorang. Kan yang membezakan 1 individu dengan yang lainya adalah pada timbangan iman dan taqwanya. Kerana apa? Kerana di situ akan membezakan buah amal kita. Tinggi ikhlas kerana tinggi imannya. Tinggi itharnya kerana imannya. Katakan tentang apa jua amal saat iman diletakkan pada tempatnya maka tinggilah nilai amalnya. Iman membuah ihsan. Rasa seolah-olah melihat Allah di mana-mana. Klu kamu tak rasakan itu paling tidak rasakan dan yakinkan dalam hati bahawa Allah sentiasa melihat. Saat kamu merasakan renungan tajam Allah itu dimana-mana sahaja, pasti akan lebih awas berhati-hati hatta untuk lintasan nakal pun tak berani. Saat berjalan terlihat gadis solehah ayu “aauuuu” dalam hati tiba-tiba paaap! Terus tiup jauh awan-angan2-jahat sebab terasa ada yang memerhati. Sehingga terasa gementar dan berdebar. Ya! Pastinya ALLAH sedang perhati. Terasa malu. Malu depan Allah.
Hidup seperti ada sensor. Alaa macam sensor kereta. Bila mengundur ada rintangan di belakang pasti berbunyi..
“ teeeeeeet teeeeeet teeeeet teeet teet tiiiiiiiiit kboom”
kboom akan kedengaran saat pemandu degil tak dengar amaran
begitu juga kamu andai kamu punya imaan dalam hati
saat terdetik untuk melangkah kearah yang salah. Saat iman masih tersisa dalam hati pasti akan terbunyi alarm-alarm amaran dalam kepala dan dalam hati
“ish..boleh ke ni?”
Rasa ragu-ragu. Rasa serbasalah
Selalu teringat pesan seorang guru.
“Nak tahu tanda suatu perkara itu baik atau tidak kita akan rasa segan untuk lakukannya andai dilihat orang-orang soleh”
Namun, pada saya motivasi paling kuat adalah untuk meletakkan neraca pandangan CCTV ALLAH sebagai neraca paling tinggi dalam setiap langkah perbuatan hatta detikan dalam hati sekali pun.
Maka dengan keimanan yang sebegini, hidup kita pasti akan lebih terarah.
Ha? Maksudnya tak boleh la tengok movie? Tak boleh window shopping? Manga atau DOTA?
Siapa kata? Saat kamu meletakkan neraca iman pada tempatnya, neraca pandang mata Allah yang sentiasa ada dimana-mana bila-bila masa, pasti kamu akan tahu jawapannya.
Menonton movie yang bagaimana?. Salam suasananya yang bagaimana? Dalam keadaan kamu tak menzalimi hak masa. Ya! window shopping yang bagaimana? Berapa masa yang kamu luangkan ke situ? Manga mahupun DOTA atau apa sahaja. Boleh saja kamu laksanakan semuanya tapi harusnya menjaga apa yang harus dijaga J
Alaaa.. you know what I mean right? I know you understand kan? Bittaufiq wannajah friends!
Dugaan masa lapang yang benar-benar mencabar. Namun, pesanan penaja tentang CCTV ini diharap dapat memberi sedikit sebanyak peringatan. Untuk diri sendiri semestinya. Akhir kata, dalam setiap perkara yang kamu lakukan 1. Harus kamu jaga niat 2. Transformkan apa sahaja yang kamu lakukan kepada amal membina diri dan orang sekeliling. Baca novel, cuba relatekan kesimpulan cerita dengan sesuatu yang menambah rasa bertuhan kemudian kongsikan dengan roomate atau siapa aja yang tercapai. Saat berjalan ke bandar-bandar sambil tadabur alam, sambil lihat masyarakat sambil itu kamu boleh sampaikan masej-masej Islam pada mereka. Secara langsung atau tak langsung. Mulakan jamaah solat ketika di surau shopping complex, bertegursapa mesra cara islami dengan cashier. Saat main game dengan kawan-kawan juga boleh kamu manfaatkan untuk kebaikan. Islam itu mudah. Think simple! Tapi ingat, neracanya adalah iman dan ihsaaan!
panjang sudah. Wassalam J
10 comments:
terbaik!like^_^..ada hikmahnya kan?huhuhu..mcm mane duit boleh hilang=(?banyak x tu..?
eh fatin..:P
the intro story bukan kisah saya laa..asma'ok ja ni jadi penunggu UIA alhamdulillah. sekadar kisah pengajaran
:)
Sangat menginsafkan! Barakallahufik..
like! dlm stp keadaan pastikan dlm keadaan iman & ihsan.. itu yg membezakan kita window shopping vs mereka yg window shopping (tnp disertai iman n ihsan)
sbnanya byk prkra yg kita boleh lakukan cam org lain, tapi ianya mnjadi indah n dikira sbgai ibadat skiranya ad 2 elemen tadi,insyaAllah. :)
lamanya...tak dgr crita amat... ^_^ w'pun hnya mggu exam yg memishkan tp tersa lama...
allahumma taqabbal minni wa minkum ajmaain :)
yup. lame tak cntc kak mun.. eid mubarak!
Intro tu kisah sape? Seyes terkejut..
tak da kesah sape2.. terlintas dalam kepala. sekadar gambaran suasana bila orang abes exam.. kenapakah? ada menyamai mana2 individu kah?
luahan2 lepas last paper tu boleh sikit2 kisah ameerah dan amat.haha.
manga dota PES warcraft CS dan byk lagi.huhu.
kalau takde sensor jalan plak gelap habis masuk gaung.
kalau takde iman hati gelap nauzubillah...
lepas exam kepala macam kekosongan. fikir2 rancang nak buat apa. moga cuti ini bermanfaat untuk kita midi.
Post a Comment