Tuesday, April 12

bersahabat sampai syurga



Bismillah.
Subahanallah. Alhamdulillah. Allahu akbar.

Terlalu banyak ayat quran, hadis, dan kata-kata hikmah tentang ukhuwah persahabatan. Dan saya yakin semua orang akan setuju betapa penting dan besarnya pengaruh seorang sahabat dalam kehidupan kita. Dan sebagai seorang muslim yang benar-benar beriman, sebuah persahabatan mesti diletakkan atas dasar lillahi ta’ala.
Untuk post ringkas kali ni, sedikit sahaja yang ingin saya katakan.
"Jangan menuntut sesuatu yang tidak pernah kamu berikan. Tapi memberilah sebanyak-banyaknya"
Bila asas yang diletakkan adalah asas kecintaan lillahi ta’ala dan sasaran akhirnya adalah pertemuan dan perkumpulan abadi di syurga, memberilah apa yang terbaik mampu kita berikan untuk sahabat-sahabat kita.
Memberi selagi mampu.
Memberi dengan meletakkan sasaran akhir kita adalah kerana Allah.
Rasakan, sahabat-sahabat ini adalah satu amanah kurniaan Allah yang harus kita jaga sepertimana kita menjaga diri kita sendiri. Malah lebih dari itu. Sebagaimana sifat ithar yang diajarkan pada kita untuk lebih lagi mengutamakan sahabat-sahabat kita. Siapa yang tidak tersentuh dengan kita cinta sahabat-sahabat nabi walaupun dalam saat cemas peperangan. Mengutamakan sahabat untuk seteguk air. Atas dasar kecintaan itu mereka dihadiahkan oleh Allah kemulian syahid. Dan ithar kita bagaimana?
Itu tingkat yang paling tinggi dalam ukhuwah.
Tapi, adakah kita sudah memenuhi tingkat paling rendah?? Husnu dzhan. Berbaik sangka.
Tiada manusia yang sempurna. Dan tiada hati yang tidak pernah berdosa. Bagaimana agaknya kita melihat sahabat-sahabat yang kita kasihi lillahi ta’ala ini dengan kelemahan yang dia miliki.
Asas utama yang kita perlu pegang, bahawa kita juga tidak sempurna. kita juga ada kelemahan. Tapi bagaimana sepatutnya dengan asas ukhuwah dan kecintaan kerana Allah ini sepatutnya kelemahan-kelemahan itu kita tampung dan perbaiki bersama.
Mungkin ada yang kata,
Aku pernah terluka dengan perbuatan itu
Aku pernah disakiti
Sifatnya itu buat aku benci
Aku maafkan tapi tidak akan aku lupakan
Sahabat,
Selagi kesakitan yang dia lakukan tidak merosakkan asas kecintaan kita pada Allah, apalah nilainya sakit yang kita alami di dunia ini dibandingkan dengan azab Allah yang mungkin dijatuhkan pada sahabat kita itu lantaran khilafnya pada kita di dunia.
Itukah yang kita mahu?
Suatu hari, masuk seorang pemuda ke dalam masjid. Kemudian Rasulullah berkata, ahli syurga telah masuk ke masjid. Semua sahabat melihat pada pemuda tadi. Nampak biasa sahaja. Namun perasaan ingin tahu menguasai segenap jiwa mereka. Kerana semua mereka mahukan syurga! Lalu Abdullah ibnu Umar bertindak pantas mendekati lelaki itu untuk lebih mengnalinya dan mengetahui rahsia amalnya yang melayakkannya menghuni syurga. Abdullah ibn Umar menginap dirumah sahabat tadi selama 3 hari namun didapati amalnya  biasa sahaja. Yang wajib dipenuhi dan ditambah sedikit sebanyak amal-amal sunnah. Selidik dan selidik akhirnya, kata sahabat tadi
Aku tidur dengan hati yang tidak memiliki sifat kebencian terhadap muslim.
Dan kita?
Yup. Banyak ukhuwah yang teruji.
Kalau kita katakan bahawa exam adalah aras tanda menilai kefaham kita pada sesuatu ilmu
Jadikanlah ukhuwah yang teruji sebagai penanda aras kecintaan kita pada sahabat-sahabat kita.
Apa kamu kira, sahabat-sahabat nabi semuanya ma’sum?
Tidak!
Namun kecintaan mereka lillahi ta’ala telah menyebabkan sahabat selembut abu bakar bakar as-siddiq boleh menyintai orang sebengis dan segarang umar al-khattab.
Suatu hari abu dzar berbalah dengan bilal bin rabah sehingga terkeluar dari mulut abu dzar “hai putera hitam” dan itu melukakan hati bilal. Bilal lalu mengadu pada Rasulullah. Baginda lalu mendamaikan antara keduanya sehinggakan Abu Dzar berkata pada kepada Bilal,
Wahai bilal, aku bersumpah. Letakkanlah kaki mu pada wajahku
 sehinggalah hilang ego dalam hati ku ini


Letakkan asas kecintaan sesame kita lillahi ta’ala.
“tidak dibenarkan seorang muslim untuk tidak mempedulikan sahabat muslim lainya lebih dari 3 hari. Ketika bertemu saling menarik muka. Dan muslim yang terbaik diantara keduanya adalah siapa yang memulakan langkah pembaikan” – HR Bukhari dan Muslim
Tidak kira siapa yang salah. Mulakanlah pembaikan.
kamu bukan looser. tapi kamulah hero. penyelamat bahtera persahabatan ke syurga. demi redhanya. tak jatuh hina ke bumi tapi mulia diangkat kelangit syurga.

cintai sedalam-dalamnya
sayangi seikhlasnya
memperelok iman dan akhlak bersama
kerana kita tak sempurna
jadikan ukhuwah ini mulia
yang mampu menyempurnakan
syarat-syarat meraih redhanya
bercinta, bersahabat sampai syurga
Berpimpin tangan melangkah ke sana.
Siapa yang tak mengimpikannya.
Kan?




4 comments:

A lady said...

:') Ukhuwwah fillah

Danial Izzat Zulbahari said...

masyaAllah.

ada rakan2 yg soleh mmudahkan kita utk menuju syurga. ada yg boleh mengingat andai terlupa.

~amatullah~ said...

:)
sahabat yang soleh semua kan nih?
insyaAllah

tadi dengar talk sh riad, katanya

"tell me who your friend are and i will tell you who you are"

friends should be like a mirror

~khadijah~ said...

:) yup!

bukan setakat berkawan dengan orang-orang hebat, kita sendiri pun kena berusaha jadi sahabat yang terhebat.

bila semua berusaha, tergabunglah semua magnet-magnet hati di dunia, walau berlainan kutub sekali pun. takde gaduh-gaduh, semoga Allah redha..