Wednesday, April 27

sesat

iklan : ini adalah post santai dengan bahasa campur rojak. maaf jika ia tidak memberikan manfaat yang setimpal dengan masa yang bakal kalian luangkan. moga ada manfaatnya juga.
bismillah.

pernah memandu? atau travel di tempat baru?
mesti pernah kan? dan pasti juga pernah tersesat jalan. lagi-lagi di area kuala lumpur. johor tak complicated sangat. terlepas satu simpang kadang-kadang sangat menyakitkan hati. sudahlah masa terbuang. minyak terbazir. malah tol yang banyak menanti manadah duit yang berbaki. astaghfirullah. fly-over bertingkat. simpang bercabang yang sangat confusing. kemudian termasuk pula ke lorong yang sesak jam teruk. :(




namun. dengan iman yang masih tersisa. dengan keyakinan yang jitu, pasti ada hikmahnya :)
walaupun kadang-kadang bukan hikmah realiti yang boleh kita lihat dengan mata namun ada ibrah besar yang kita boleh ambil dari peristiwa-peristiwa begini. Alhamdulillah.

sekali-sekala tersilap jalan ok jugak. kalau tidak mungkin kita tak akan pernah tahu jalan itu menuju ke arah mana. tersilap jalan buat kita jadi makin alert dengan keadaan sekelililng. akan jadi sangat particular tentang setiap bangunan dan jalan yang ada disekeliling kita. sentiasa mencari-cari clue untuk kembali semula ke jalan yang sepatutnya. jenuh membayangkan peta malaysia dan kedudukan geografi negeri-negeri dalam malaysia ini. arah cheras menuju ke mana. arah ipoh membawa ke mana. arah kuantan untuk ke mana. arah seremban saya memang yakin menuju ke negeri apa. :)

tersilap jalan buat kita selalu beringat untuk elak jalan-jalan yang tak sepatutnya kita ambil kerana ada lagi jalan yang lebih mudah dan selamat untuk sampai ke satusatu destinasi. contohnya, dari gombak ke shah alam, harusnya berhati-hati agar tak termasuk ke lebuh raya gutheri walaupun signboard kata boleh saja tiba ke destinasi itu -_-!

it is a learning process.

ok. mari kita cuba, untuk relatekan dalam kehidupan kita pula.

kita selalu dengar bahawa iman itu ada naik dan turunya. dan kita tidak akan sentiasa berada steady diatas jalan iman yang rata dan cantik tanpa gangguan dalam usaha menuju ke destinasi abadi itu. pasti ada cabaran dan dugaanya.

godaan-godaan yang tersangat banyak disepanjang jalan.papan iklan, juga signboard jalan ciptaan manusia yang selalu mengelirukan. saat iman naik tinggi, 'bye-bye' letak tepi semua godaan-godaan itu tadi, namun saat iman teruji untuk jatuh tersungkur ketepi, buat kita tergoda dan tertipu dengan godaan papan iklan dan papan tanda yang menyasarkan kita lari dari lalauan yang sepatutnya.

dan iman itu bukan mustahil untuk kita naikkan semula. saat ini kali ini kita akan lebih berhati-hati melihat papan-papan tanda di sekeliling kita. papan iklan mahupun penunjuk jalan. membuat kita lebih berhati-hati untuk tidak lagi lalu di jalan yang mudah menyesatkan. tidak mahu lagi sesat kerana kita tahu betapa rugi dan membazirnya bilamana tersilap jalan. 

mari saya bagi satu contoh. :)

sekarang ini musim "running man".

setengah orang hanya menonton sekadar melihat game-game yang dijalankan dan untuk bergelak beberapa minit kemuadian boleh terus berhenti menonton dan sambung dengan kerja lain.

ada setengah yang lain, sekali lihat pasti melekat dan kadang-kadang boleh menghabiskan masa berjam-jam untuk menonton rancangan itu atau yang sawaktu dengannya. kemudian menyesal :( dan untuk manusia sebegini, tahniah atas rasa insaf itu dan jauhkan dari menonton rancangan itu lagi dan delete terus dari laptop dan hard disk kalian. jika kalian benar-benar rasa sesal dengan pembaziran waktu itu lah. dan never ever dare to come any closer to such things any more. letak terus signbord "no entry. jalan membunuh" pada video-video sebegitu dan yang sewaktu dengannya. -jika kalian benar sesal dengan masa yang terbazir.

ini mungkin contoh kecil yang boleh kita lihat. namun, banyak lagi contoh lain yang lebih besar boleh kita fikirkan. lain orang lain cabarannya. yang penting, jika kita sudah tahu satu titik kelemahan pada diri kita, cuba elak dan lari daripada jalan-jalan yang membawa kearah itu. la taqrabu... jangan sesekali mendekat.

sebagai kesimpulan,
tersilap jalan boleh berpatah balik. selagi ada masa. selagi ada nyawa. namun harus diingat, berpatah balik tidak memadamkan kesan tapak kaki anda pada satu jalan. jalan itu telah tercatit dalam record laluan kehidupan anda. cek balik jalan-jalan kehidupan yang kita pernah dan sedang lalui. are we on the right track? kalau agak-agak sudah tersilap atau tersasar, try your best untuk kembali ke lorong yang sepatutnya. kenal pasti jalan yang ada sebelum buat apa-apa keputusan.

we are the wayfarers, we are the travelers.

traveling towards the final destination. may Allah guide us ^___^







kita belum tahu cabaran-cabaran di lorong-lorong mendatang. tapi, satu yang pasti. pengalaman lalu sepatutnya menjadi pengajaran dan pelajaran untuk kita dalam musafir hidup yang mendatang. all the best!

jika diizinkan, moga kita berjumpa di penghujung jalan. di destinasi impian.


wallahu a'lam.

1 comment:

~khadijah~ said...

gaya menulis macam banyak je pengalaman sesat dekat highway :) :)

doakan semua pandai nak u-turn kalau dah muqadimah sesat

^____^ -ceria sebab cuti hari pekerja