Tuesday, July 26

hidup berbakti

neno..neno..neno



setiap kali terdengar bunyi kenderaan ini, dan terlihat kelibatnya meluncur laju.
pasti terasa gerun dalam hati. rasa sayu dan gementar. ntah apa yang sedang berlaku di dalam kenderaan itu. macam-macam bermain dalam kepala. mungkinkah ada insan-insan yang sedang berperang bertarung nyawa.
pasti ada jiwa-jiwa yang sedang perit melawan kesakitan. terus ia meluncur laju ke hospital...

suatu masa dulu, saya selalu berangan-angan tinggi bahawa suatu hari nanti, bakal meneruskan kerjaya di hospital. untuk menjadi doktor, mungkin tak termampu. keputusan nekad diambil. menukar dari kelas sains tulen ke sains social dengan sasaran bidang psikologi. bidang yang dekat dengan manusia.

dulu, selalu sahaja terdengar kisah-kisah misionaris yang berlegar-legar dihospital. melawat para pesakit. memberi harapan. membawa mereka pada kristianisasi. saat itu, semakin meluap-luap hasrat untuk ambil bidang ini. meluap perasaan untuk bekerja di hospital. menarik manusia kearah islam. sungguhlah, manusia alam kesusahan pasti mencari satu suber kekuatan dan kebergantungan. keadaan inilah saat terbaik menarik manusia kearah ketuhanan.

kalaupun bukan di hospital pun, hasrat dalam hati teringan untuk membuka sebuah pusat komuniti untuk
ibu-ibu, anak-anak kecil dan warga emas berharga. dekat dengan manusia. apatah manusia yang memerlukan bantuan dan sokongan. membayangkan dalam minda, petang-petang pusat komuniti ini akan turut meriah dengan kehadiran remaja pelbagai kaum ber-riadhah dengan penuh harmoni tanpa melanggar batas-batas suasana islami. hurmm mimpi besar!

suatu masa nanti...."Amatullah Comunity Centre" ^__^

dan kini hamdanlillah. saya berada dimana saya berada sekarang. dan saya yakin aturan Allah itu lebih besar rahsia dan hikmahnya.

namun begitu, mimpi tadi tak pernah luput dari ingatan, mungkin saja nanti akan menjadi usahawan kaya raya. dengan wang itu pusat komuniti itu dapat ditubuhkan. wallahu a'alam ^____^

malam ini, buat pertama kalinya dapat bermalam di hospital. meneman kakak ipar dan sikecil comel yang sakit. sudah pasti berada di tempat begini akan buat kita berfikir jauuh. merenung bandingkan kisah cerita hidup kita dan orang-orang di sini.



melihat anak kecil bercucuk ditangan, mata layu suara serak-serak. batuk tak henti. harus makan ubat. siapa tak tersentuh hatinya. bukan si kecil sayangku yang seorang itu saja malah ramai lagi anak-anak kecil lainnya dengan ujian sakit yang pelbagai. innalillah.

bertambah  kagum melihat ibu-ibu yang sabar melayan kerenah anak yang sakit. bertambah kagum dengan kelembutan bapa-bapa muda memujuk anak kecil untuk makan ubat. hebatkan. terbukti, ujian Allah itu untuk mereka yang mampu. sungguh besar pahala mereka andai mereka redha dan terus bersabar.

kita hanya melihat mereka dan kesabaran mereka menjaga dan membelai anak mereka di sini, dan saya yakin tersangat banayk yang sedang mereka fikirkan dalam kepala mereka. mungkin kos rawatan, mungkin urusan keluarga dan anak-anak lain yang ditinggalkan dirumah, mungkin juga urusan kerjaya mereka yang tergendala. mungkin urusan rezeki dan pendapatan dan macam-macam lagi. subahanallah. moga hidup mereka terus diberkati dunia akhhirat!!

saya sangat cemburu. cemburu pada mereka yang diuji. lalu mereka bersabar.

kerana ujian itu bukan mudah. sungguh tidak mudah.

kerana Allah katakan,

" dan apabila kami berikan kesenangan kepada manusia, niscaya dia akan berpaling dan menjauh diri dengan Allah dengan sombong, dan apabila ditimpakan kesusahan niscaya dia berputus asa"
(al-israa' 83)

fitrah manusia. diberi nikmat kufur. diberi ujian dengan kesuahan berputus asa pula. ternyata senang dan susah adalah ujian. namun, buat mereka yang berjaya sabar dengan ujian, sungguh hebatlah mereka. terutama yang di uji dengan kesakitan, kepayahan dan kesusahan.

kerana itu saya cemburu. 

yup. kesenangan juga ujian. ujian yang memerlukan mujahadah pada diri sendiri. namun saya kira, ujian keperitan lebih besar mujahdahnya.

apa pun, sambungan sari ayat di atas, Allah berfirman lagi, yang bermaksud,

" katakanlah muhammad, "setiap orang berbuat sesuai dengan pembawaanyamasing-masing. maka Tuhanmu mengetahui siapa yang lebih benar jalannya" 
(al-israa':84)

Allah yang menciptakan kita, pasti dia lebih mengetahui keadaan diri kita.apa yang mampu apa yang tidak. dia tahu luar dan dalam. Dia tahu. segala sesuatu.

berbalik pada kisah impian dan suasana di hospital.

saat merenung dan muhasabah suasana dan keadaan dalam hospital ini, membuat saya terfikir. beruntungnya saya tidak diuji sedemikian rupa. tidak diuji dengan erkara yang membataskan saya. saya bebas kemana-mana, berbuat apa sahaja dengan tenaga kudrat dan nikamat kesihatan dan kelapangan waktu yang ada.

terfikir dalam minda saya, dengan kelebihan ini ada hak yang perlu saya tunaikan untuk mereka-mereka yang teruji sebegini. bukan sahaja di hospital, malah mereka-mereka yang teruji, dimana pun mereka berada.

ini sangat diterapkan dengan jelas dalam islam. saya bagi anda contoh mudah.

kita lihat pada rukun Islam yang 5.

ibadah solat. adalah ibadah khusus antara kita dan Allah SWT.

kita lihat ibadah puasa. besar pendidikan yang Allah nak bagi. Allah nak ajarkan pada kita untuk turut sama merasai keperitan dan kesusahan yang dialamai oleh orang lain. untuk kita bukan sekadar simpati malah emapti pada mereka. kita turut sama merasakan susahnya dan payahnya menahan lapar dan dahaga. mengingatkan pada kita, adanya manusia lain yang Allah uji kehiduan mereka dengan kesempitan dan kelaparan. mendalam kan maksud disebalik ibadah puasa?

ibadah zakat pula. kalau dalam ibadah puasa kita sekadar turut merasai apa yang mereka rasakan, ibadah zakat mengajar unutk kita sama berkongsi apa yang kita ada, harta dan kekayaan yang Allah beri ini untuk mereka-mereka yang memerlukan. menunjukkan bahawa dengan pemberian Allah ini, ada hak orang lain padanya yang harus kita berikan.

Nah. 2 nilai penting yang diajarkan.

1. rasa simpati dan empati.
2. rasa berkongsi. membatu meringankan beban dengan penuh rasa tanggungjawab.

2 nilai penting yang bukan hanya diaplikasikan dalam ibadah puasa dan zakat sahaja. tapi 2 nilai murni yang harus kita aplikasikan dalam sepanjang kehidupn kita. dimana-mana pun kita berada.

hulurkan tangan , ringankan beban.



melihat kesusahan orang lain. insafi dan ambil pengajaran. kemudian hulurkan tangan bantu ringankan beban mereka mana yang perlu. saya melihat perkara ini bukan sekadar perkara baik yang boleh dipandang mudah. ada rasa nak tolong, tolong. rasa malas tak payah tolong. pada hemat saya ini adalah tanggungjawab. ada hak mereka yang kita perlu tunaikan pada mereka. hidup bermasyarakat. harus sepakat. saling tolong bantu muafakat.

kita diberi nikmat kelebihan. ada hak orang lain yang perlu diberikan.

hidup berbakti, pasti diberkati

hidup kita bukan untuk diri kita sahaja. atau keluarga terdekat kita sahaja. kita hidup dalam masyarakat. ada yang perlu kita beri pada masyarakat. kekadang kita terlalu disibukkan dengan urusan peribadi kita. urusan kerjaya kita sehingga melupakan tangunggjawab kita yang lain pada masyarakat keliling. keluar masuk pejabat, jiran sebelah rumah tak kenal muka. atau mungkin terlalu sibuk dengan keluarga kita, nauzubillah jiran  ditimpa musibah kita tak endah. nope. ini bukan nilainya

kita memberi kebaikan, moga kita bakal dibalas dengan kabaikan juga

kalaupun bukan dari manusia, dari Allah selayaknya.

pokok pangkalnya, tanamkan semangat ingin berbakti. pada dunia dan seisinya. hidup bukan tentang kita-kita aja. ada hak-hak yang perlu diberi dijaga.




heh panjang pulak celotehnya. bermula dengan kisah ambulan dan hospital berakhir dengan dengan kisah berbakti pada masyarakat.

sungguh, lumrah dunia banyak pengajarannya.

la'allakum tafakkarun ^___^.

Ramadhan datang lagi. bulan khusus puasa dan zakat. ayuh rasakan dan hangatkan Ramadhan ini dengan semanagt berbakti. simpati dan empati. Allah yubaariik kum. ramadhan mubaarak!!


**bukan hanya kepayahan, kesakitan dan kecederaan fizikal yang harus dirawat dan dibantu ubat, sakit ruhi dan emosi juga perlu disantuni**

Friday, July 15

aku dan kisah pemalu

maluuu
tunduk tersipu-sipu
cukupkah sekadar itu?


bercakap tentang malu, tiba-tiba tergerak untuk berkongsi kisah muda mudi dulu. ketika zaman sekolah. sungguh aku pemalu. lebih-lebih lagi untuk bermuamalah dengan lain jantina. memang dari kecil. mak selalu kata, malu tak bertempat. langsung tiada confidence lebih-lebih lagi jika berkait dengan lain jantina


pernah teringat, suatu hari ikut mak ke pejabat pos. mak tengah tulis sesuatu pada parcel yang nak dihantar lalu minta aku untuk beratur ambil giliran. kebetulan hari tu ramai sangt orang. lelaki pulak tu. zaman tu tak da pakai nombor giliran mcm sekarang. punyalah kecut beratur. pucat. nak nangis. mata tak berkedip fokus pandang mak. tak teralih. tiba-tiba ada orang tegur, ''dik, depan lagi''. menggeletar nak luruh jantung. terus lari kat mak. dan2 kene marah sebab tinggalkan barisan kene beratur semula. haha mak tanya kenapa lari. sebab ramai sngt orang lelaki. ^___^


di sekolah juga sama. kami sememangnya dilatih untuk menjaga batas-batas pergaulan. tahun 2005, ketika di tingkatan 4. MPP memperkenalkan laluan untuk pelajar lelaki dan perempuan. beberapa keping peta laluan di edarkan. tangga juga diasingkan lelaki dan perempuan. asalnya ramai yang merungut, sbb perempuan harus jalan dan pusing jauh.


tapi itu tak jadi masaalah bagi aku dan beberpa orang kawan aku. kami memang akan pusing sejauh mungkin untuk elak kawasan-kawasan yang ramai lelaki. sanggup menyelit celah pokok, pusing satu block, lalu belakang kolam, lalu kawasan gelap pun suke (semasa tinggal di asrama)


teringat seorang kawan, semasa form 3, bangunan kami berkongsi dengan abng kakak tingkatan 5. waktu rehat untuk ke kantin kami harus lalu koridor kelas tingkatan 5 untuk ke tangga. dan waktu itu juga abng-abang senior suka suki bertenggek di koridor. saat kami nak lalu mereka akan beratur sebaris ditepi. ada yang 'baik' akan mengadap kami yang nak lalu. kami semua lalu mendekat ke dinding tersipu-sipu malu, tapi uniknya seorang sahabat saya akan jalan sambil betul-betul melekap ke dinidng. mcm ni,







melampau lah kalau betul-betul mcm ni. tapi posisinya lebih kurang mcm ini. lalu abang-abang gelarkan gaya ini sebagai menempel. haha. zaman sekolah. tapi sungguh tak patut kalau saudara-saudara tingkatan 5 berada di situ saat-saat saudari-saudari beriman nak lalu. walaupun kata kawan tu "aku bukan la malu sangat pun aku geliii" hehe


kalau di kenang sungguh banyak cerita kelakar tentang muamalah dan ia terasa lucu bila dikenang semuala.. kelakar-kelakar pun, itulah biah yang aku sangaat rindukan. biah yang telah mendidik aku seperti hari ini.


tingkatan 1, 2 dan 3 aku rasa aku masih sngt pemalu. pernah jadi bendahari kelas si tingkatan 2. setengah tahun aku tak mintak duit pada budak lelaki sebab malu. sampai satu tahap aku rasa kene jugak cakap. berpeluh-peluh dahi. gementar. akhirnya keputusan aku ambil untuk tulis nota dan serah pada mana-mana budak laki. aku tulis satu ayat. padam. tulis lagi padam. dah siap tulis aku lipat. bukak balik. sampai lunyai kertas. last2 aku mintak kawan yang bagikan dan aku terus keluar kelas. syadid kan. haha


masuk tingkatan 3, 4 dan 5 semuanya makin ok. diberi tanggungjawab untuk beberapa post aku dilatih untuk bermuamalah dengan cara yang betul. pengalaman di tingkatan 1, dan mengajar aku banyak perkara dan menjadi matang dalam muamalah


sungguh. waktu itu sangat ditekankan tentang bataas muamalah. hakikatnya muamalah antara lelaki dan perempuan adalah haram kecuali dalam keadaan darurat. seperti antara doktor dan pesakit. atas urusan jual beli. atas urusan pembelajaran. dan keadaan yang dibolehkan juga dalam batas-batas dan adab-adabnya.


ya, dalam Al-Quran tiada nass atau dalil yang betul-betul jelas tentang ini. tiada garis panduan yang spesifik untuk tunduk ketika bercakap, atau pandang ke telinga atau pandang ke dahi atau apa-apa fatwa lagi yang ada. 


pokok pangkalnya adalah malu. tahu malu? hehe






malu sering dikaitkan dengan wanita. gaya tunduk pemalu penuh ayu. tapi itu bukan ukuran malu yang sebenarnya. dan malu juga bukan khusus untuk wanita sahaja. hakikatnya Baginda Nabi juga adalah seorang yang pemalu kama wurida fil hadith,


“Rasulullah saw memiliki rasa malu melebihi malunya gadis pingitan” (Muttafaq’alaihi)

hakikatnya, malu harus digandingkan dengan iman.


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang, dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."

dalam hadis lainnya,

الحَيَاءُ وَالإيمَانُ قُرِنَا جَمِيعًا ، فَإنْ رُفِعَ أحَدُهُمَا رُفِعَ الآخَر

“Malu dan iman itu bergandengan bersama, bila salah satunya di angkat maka yang lainpun akan terangkat.”(HR. Al Hakim dalam Mustadroknya 1/73. Al Hakim mengatakan sesuai syarat Bukhari Muslim, begitu pula Adz Dzahabi)



cube baca makna malu dalam image di atas. sungguh begitulah yang dituntut dalam islam saat kita berhadapan dengan tuhan. how do we look and how do we perform is truly important in the eyes of Allah. kan? dengan adanya malu, kita akan meninggalkan perbuatan-perbuatan buruk dan hina.
malu pada Allah kita akan malu untuk mengingkari perintahnya. atau malu untuk membuat dosa. malu pada manusia juga akan menghalang kita untuk melakukan sesuatu yang tidak elok dipandang manusia dalam neraca imanlah pastinya.

dan mari kita koreksi diri, muhasabah diri kita sendiri. setebal manakah malu kita?




dalam dunia muamalah masa kini yang serba canggih dan serba luas dan dalam keadaan masyarakat yang bercelaru begini, jadi sukar untuk kta definisikan erti muamalah islami yang sebenar. kan?

maka formula paling mudah adalah dengan tak lain dan tak bukan, bina dan didiklah sifat malu dalam erti kata yang sebenra. bukan yang terlalu sempit dan bukan pula yang terlalu bebas.

asasnya iman.

rosak iman, terhakis malu.
hilang malu, sila periksa keadaan iman.

nilaiannya iman. kan? ini KPI nya. hehe

akhirkata, mari kita hayati 2 hadits ini...

jika rasa malu sudah tidak dimiliki oleh seorang muslim. berarti ALLAH telah mencabut keimanan dalam hatinya, sabda Rasulullah SAW; “Sesungguhnya Allah Ta’ala apabila hendak menghancurkan seorang hamba maka Dia mencabut rasa malu, dan apa bila rasa malu telah dicabut, maka dia akan dibenci orang, dan apa bila dia dibenci maka akan dicabit darinya sifat amanah, dan apa bila amanah telah dicabut, maka engkau akan berkhianat, dan dicabut darinya rasa kasih sayang, dan apabila kasih sayang telah dicabut, maka engkau akan melihatnya menjadi orang yang terkutuk, dan apa bila engkau melihatnya terkutuk, maka lepaslah tali Islam dari pegangannya.“(HR: Ibnu Majah).

"Merasa malu kepada Allah ialah kamu memelihara kepalamu dan apa yang difikirkan. Engkau memelihara perut dan segala isi kandungannya (makan minum) dan kamu selalu mengingati mati yang mereputkan tulang-belulang. Sesiapa yang mahukan akhirat, hendaklah dia meninggalkan perhiasan dunia. Sesiapa yang melakukannya, dia telah malu kepada Allah."
(Hadis riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)




infotambahan,


wallahu a'lam

dan tak perlu ketahap ini lah,



Thursday, July 7

Usaha naik tangga

Tidak setiap muslim itu mu’min, tetapi setiap mu’min itu pasti muslim.

Mahu jadi mu’min, perlu ada 100% keyakinan yang mantap

100%, tiada tawar menawar

Ustaz yang bagi ceramah kat office tiap minggu, pernah cakap:

“Kebanyakan orang Islam kat Malaysia, macam orang Arab Badwi masa Rasulullah mula-mula berdakwah, they are muslim by birth.”


Muslim by birth – Islam kerana dilahirkan oleh ibu bapa islam

Hanya berhenti di situ

Tidak tunduk pada Allah, malah jika tunduk (read: sujud) sekalipun, kita tidak patuh


Kita solat, kita puasa, kita memberi infaq dan sebagainya

Tapi kita masih buat dosa kecil

Dosa kecil kita yang diremeh-remehkan, yang akhirnya jatuh dosa sama dengan dosa besar


Bila kita berusaha menahan diri daripada perkara tak berfaedah

Usaha sekerasnya, berjaya..

Tapi timbul pula rasa riak.. Astaghfirullah... Susahnya nak jadi mu’min!


Iman berasas pada keyakinan, bukan khayalan

Seperti dalam surah al-Asr:

Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh

Jelas, iman perlu disusuli amal!

Iman bukan suatu yang turun menurun

Iman yang tak sepenuhnya takkan membawa perubahan yang menyeluruh..


Jika Tuhanmu menghendaki, nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi [10: 99]

Jika Allah berkehendak, segalanya mungkin

Tapi untuk sampai ke tahap itu, perlu kepada usaha yang ramai


Allah menciptakan kita dan tiap insan yang lain dengan fitrah tauhid

Seperti kain putih yang tiada cela

Lalu dicorak dengan penuh seni oleh ibu bapa

Akhlak yang terpancar hasil serapan suasana

Jika biah solehah, insyaAllah..

Jika sebaliknya, nauzubillahi min zalik..


Anak-anak itu cerminan keluarga

Ada ibu bapa yang beri segalanya pada anak, tapi masih ditanya

“What else u can give me, daddy?”

Sungguh nikmat dunia itu takkan pernah cukup

Sandiwara semata, ia satu masalah institusi keluarga yang sangat susah untuk difikir

Sedangkan yang hanya akan kekal adalah ilmu yang bermanfaat kepada anak-anak


Tugas kita, ubah apa yang boleh.

Setiap orang wajib ada misi untuk bina generasi baru yang mudah dibina untuk bangun

Yang mudah diajak untuk turut serta

Yang mudah diubah ke arah kebaikan

Macam Amat kata: nak naik tangga kena setapak demi setapak

Untuk capai misi seterusnya, jom perbaiki diri kita dulu.. :)


Pegang wahyu pertama dengan kukuh, iqra’!

Bacalah kitab terbuka – alam semesta yang indah terbentang

Berjalan dan berfikir; segala kejadian pasti tak sia-sia

Bacalah kitab tertutup – quran dan sunnah

Tak cukup pada mengaji, tapi terus mengkaji..


Cuba bukak Astro Discovery atau National Geographic. Cuba tengok betapa terujanya orang-orang kafir mengkaji alam. Berbulan-bulan duduk hutan, semata-mata nak tunggu monyet lahirkan anak. Kakak semalam cerita, ada yang duduk mengendap rakam aksi binatang (tak ingat apa) sampai kaki penuh ulat.

Macam mana tu? Ayatnya ada pada kita, tapi kajiannya pada mereka. (ni nota untuk diri sendiri)

Bila nak mula teruja macam mereka? (ni pun soalan untuk diri sendiri)

Jom tolong fikir sama-sama~ ^____^

Monday, July 4

Terfikir..

Pakcik: Aaaaaa kenapa lah dia sepak bola slow sangat? Yang ref pun satu, macam berat sebelah je. Ha ni mesti kes dah over confident. Pass lah bola tu, jangan pegang lama-lama... Haish.. *bla bla bla*

Anak buah 8 tahun: Patutnya pakcik je main untuk Malaysia kan. Mesti menang punya. Sebab pakcik tahu semua...
[gaya senyum yang ikhlas dari hati, macam tak berniat nak perli]

Pakcik & Makcik2: O_____O


***********

Best nya jadi budak. Rasa macam takde perasan sangka buruk langsung.

Teringat dulu naqibah pernah cakap, kalau kita nampak saudara kita buat something yang bertentangan dengan kefahaman / prinsip kita, kita kena come out dengan 10 alasan kenapa dia buat macamtu (melainkan obvious sangat apa dia buat tu melawan perintah Allah) Kalau kita dah cukup 10 alasan pun, kita still kita kena anggap dia terlupa. Dan tegurlah dia...

Betapa pentingnya untuk jaga hati dari bersangka buruk.

Alhamdulillah Allah bagi peringatan melalui cara yang halus.

Mungkin kalau ada orang datang cakap:
"Hey hey ko nih ape lah, suka sangka buruk, suka hasad kat orang, suka dengki. Semua tuh dosa tau x?? Dosa tu balasannya neraka!"

Hehe.. tak boleh terima rasanya.
Sebab tu setiap kali kita nak berkata-kata, bagi nasihat kat orang, fikir dulu apa yang sesuai.
Fikir dengan akal, nilai dengan hati.
Bila diadun, insyaAllah akan jadi satu ayat yang sangat indah.
Kemungkinan teguran boleh jadi satu inspirasi yang sangat manis buat yang dituju..



Macam dialog kat atas, manisnya terasa sampai sekarang.. ^__^

Semoga setiap peristiwa dalam hidup, kita fikir apa yang Allah cuba sampaikan.


Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. [59: 21]



Apabila Daie tidak menjaga hatinya maka rosaklah dirinya,
terfitnahlah Islam kerananya,
dan runtuhlah dakwah di tangannya.
Kejayaan dakwah bukanlah terletak pada kepandaian seorang daie berkata-kata,
bukan pula pada kecantikan paras rupa,
bukan juga dengan aktif berpesatuan, tetapi,
ia terletak pada keikhlasan dan kejernihan hatinya.

Jaga hati, fokus! :)
Ya Allah, kurniakan kami kebolehan dan kecelikkan hati yang dengannya dapat kami membezakan antara yang betul dan salah, yang baik dan yang buruk, yang halal dan haram. Kerana kami tahu yang benar itu jelas dan yang salah itu jelas. Jangan kau biarkan kami dikaburi syaitan, malah terkeliru sendiri dan berhujah menegakkan yang salah semata-mata memenuhi kehendak hati dan nafsu kami. apatah lagi berhujah dengan 'tujuan kebaikan'. kami tahu matlamat tidak menghalalkan cara.
 tunjukkanlah. cerahkanlah.pandu lah gerak langkah kami.
jangan kau biarkan kami sendirian walaupun sedetik cuma
ameeen