Tuesday, July 26

hidup berbakti

neno..neno..neno



setiap kali terdengar bunyi kenderaan ini, dan terlihat kelibatnya meluncur laju.
pasti terasa gerun dalam hati. rasa sayu dan gementar. ntah apa yang sedang berlaku di dalam kenderaan itu. macam-macam bermain dalam kepala. mungkinkah ada insan-insan yang sedang berperang bertarung nyawa.
pasti ada jiwa-jiwa yang sedang perit melawan kesakitan. terus ia meluncur laju ke hospital...

suatu masa dulu, saya selalu berangan-angan tinggi bahawa suatu hari nanti, bakal meneruskan kerjaya di hospital. untuk menjadi doktor, mungkin tak termampu. keputusan nekad diambil. menukar dari kelas sains tulen ke sains social dengan sasaran bidang psikologi. bidang yang dekat dengan manusia.

dulu, selalu sahaja terdengar kisah-kisah misionaris yang berlegar-legar dihospital. melawat para pesakit. memberi harapan. membawa mereka pada kristianisasi. saat itu, semakin meluap-luap hasrat untuk ambil bidang ini. meluap perasaan untuk bekerja di hospital. menarik manusia kearah islam. sungguhlah, manusia alam kesusahan pasti mencari satu suber kekuatan dan kebergantungan. keadaan inilah saat terbaik menarik manusia kearah ketuhanan.

kalaupun bukan di hospital pun, hasrat dalam hati teringan untuk membuka sebuah pusat komuniti untuk
ibu-ibu, anak-anak kecil dan warga emas berharga. dekat dengan manusia. apatah manusia yang memerlukan bantuan dan sokongan. membayangkan dalam minda, petang-petang pusat komuniti ini akan turut meriah dengan kehadiran remaja pelbagai kaum ber-riadhah dengan penuh harmoni tanpa melanggar batas-batas suasana islami. hurmm mimpi besar!

suatu masa nanti...."Amatullah Comunity Centre" ^__^

dan kini hamdanlillah. saya berada dimana saya berada sekarang. dan saya yakin aturan Allah itu lebih besar rahsia dan hikmahnya.

namun begitu, mimpi tadi tak pernah luput dari ingatan, mungkin saja nanti akan menjadi usahawan kaya raya. dengan wang itu pusat komuniti itu dapat ditubuhkan. wallahu a'alam ^____^

malam ini, buat pertama kalinya dapat bermalam di hospital. meneman kakak ipar dan sikecil comel yang sakit. sudah pasti berada di tempat begini akan buat kita berfikir jauuh. merenung bandingkan kisah cerita hidup kita dan orang-orang di sini.



melihat anak kecil bercucuk ditangan, mata layu suara serak-serak. batuk tak henti. harus makan ubat. siapa tak tersentuh hatinya. bukan si kecil sayangku yang seorang itu saja malah ramai lagi anak-anak kecil lainnya dengan ujian sakit yang pelbagai. innalillah.

bertambah  kagum melihat ibu-ibu yang sabar melayan kerenah anak yang sakit. bertambah kagum dengan kelembutan bapa-bapa muda memujuk anak kecil untuk makan ubat. hebatkan. terbukti, ujian Allah itu untuk mereka yang mampu. sungguh besar pahala mereka andai mereka redha dan terus bersabar.

kita hanya melihat mereka dan kesabaran mereka menjaga dan membelai anak mereka di sini, dan saya yakin tersangat banayk yang sedang mereka fikirkan dalam kepala mereka. mungkin kos rawatan, mungkin urusan keluarga dan anak-anak lain yang ditinggalkan dirumah, mungkin juga urusan kerjaya mereka yang tergendala. mungkin urusan rezeki dan pendapatan dan macam-macam lagi. subahanallah. moga hidup mereka terus diberkati dunia akhhirat!!

saya sangat cemburu. cemburu pada mereka yang diuji. lalu mereka bersabar.

kerana ujian itu bukan mudah. sungguh tidak mudah.

kerana Allah katakan,

" dan apabila kami berikan kesenangan kepada manusia, niscaya dia akan berpaling dan menjauh diri dengan Allah dengan sombong, dan apabila ditimpakan kesusahan niscaya dia berputus asa"
(al-israa' 83)

fitrah manusia. diberi nikmat kufur. diberi ujian dengan kesuahan berputus asa pula. ternyata senang dan susah adalah ujian. namun, buat mereka yang berjaya sabar dengan ujian, sungguh hebatlah mereka. terutama yang di uji dengan kesakitan, kepayahan dan kesusahan.

kerana itu saya cemburu. 

yup. kesenangan juga ujian. ujian yang memerlukan mujahadah pada diri sendiri. namun saya kira, ujian keperitan lebih besar mujahdahnya.

apa pun, sambungan sari ayat di atas, Allah berfirman lagi, yang bermaksud,

" katakanlah muhammad, "setiap orang berbuat sesuai dengan pembawaanyamasing-masing. maka Tuhanmu mengetahui siapa yang lebih benar jalannya" 
(al-israa':84)

Allah yang menciptakan kita, pasti dia lebih mengetahui keadaan diri kita.apa yang mampu apa yang tidak. dia tahu luar dan dalam. Dia tahu. segala sesuatu.

berbalik pada kisah impian dan suasana di hospital.

saat merenung dan muhasabah suasana dan keadaan dalam hospital ini, membuat saya terfikir. beruntungnya saya tidak diuji sedemikian rupa. tidak diuji dengan erkara yang membataskan saya. saya bebas kemana-mana, berbuat apa sahaja dengan tenaga kudrat dan nikamat kesihatan dan kelapangan waktu yang ada.

terfikir dalam minda saya, dengan kelebihan ini ada hak yang perlu saya tunaikan untuk mereka-mereka yang teruji sebegini. bukan sahaja di hospital, malah mereka-mereka yang teruji, dimana pun mereka berada.

ini sangat diterapkan dengan jelas dalam islam. saya bagi anda contoh mudah.

kita lihat pada rukun Islam yang 5.

ibadah solat. adalah ibadah khusus antara kita dan Allah SWT.

kita lihat ibadah puasa. besar pendidikan yang Allah nak bagi. Allah nak ajarkan pada kita untuk turut sama merasai keperitan dan kesusahan yang dialamai oleh orang lain. untuk kita bukan sekadar simpati malah emapti pada mereka. kita turut sama merasakan susahnya dan payahnya menahan lapar dan dahaga. mengingatkan pada kita, adanya manusia lain yang Allah uji kehiduan mereka dengan kesempitan dan kelaparan. mendalam kan maksud disebalik ibadah puasa?

ibadah zakat pula. kalau dalam ibadah puasa kita sekadar turut merasai apa yang mereka rasakan, ibadah zakat mengajar unutk kita sama berkongsi apa yang kita ada, harta dan kekayaan yang Allah beri ini untuk mereka-mereka yang memerlukan. menunjukkan bahawa dengan pemberian Allah ini, ada hak orang lain padanya yang harus kita berikan.

Nah. 2 nilai penting yang diajarkan.

1. rasa simpati dan empati.
2. rasa berkongsi. membatu meringankan beban dengan penuh rasa tanggungjawab.

2 nilai penting yang bukan hanya diaplikasikan dalam ibadah puasa dan zakat sahaja. tapi 2 nilai murni yang harus kita aplikasikan dalam sepanjang kehidupn kita. dimana-mana pun kita berada.

hulurkan tangan , ringankan beban.



melihat kesusahan orang lain. insafi dan ambil pengajaran. kemudian hulurkan tangan bantu ringankan beban mereka mana yang perlu. saya melihat perkara ini bukan sekadar perkara baik yang boleh dipandang mudah. ada rasa nak tolong, tolong. rasa malas tak payah tolong. pada hemat saya ini adalah tanggungjawab. ada hak mereka yang kita perlu tunaikan pada mereka. hidup bermasyarakat. harus sepakat. saling tolong bantu muafakat.

kita diberi nikmat kelebihan. ada hak orang lain yang perlu diberikan.

hidup berbakti, pasti diberkati

hidup kita bukan untuk diri kita sahaja. atau keluarga terdekat kita sahaja. kita hidup dalam masyarakat. ada yang perlu kita beri pada masyarakat. kekadang kita terlalu disibukkan dengan urusan peribadi kita. urusan kerjaya kita sehingga melupakan tangunggjawab kita yang lain pada masyarakat keliling. keluar masuk pejabat, jiran sebelah rumah tak kenal muka. atau mungkin terlalu sibuk dengan keluarga kita, nauzubillah jiran  ditimpa musibah kita tak endah. nope. ini bukan nilainya

kita memberi kebaikan, moga kita bakal dibalas dengan kabaikan juga

kalaupun bukan dari manusia, dari Allah selayaknya.

pokok pangkalnya, tanamkan semangat ingin berbakti. pada dunia dan seisinya. hidup bukan tentang kita-kita aja. ada hak-hak yang perlu diberi dijaga.




heh panjang pulak celotehnya. bermula dengan kisah ambulan dan hospital berakhir dengan dengan kisah berbakti pada masyarakat.

sungguh, lumrah dunia banyak pengajarannya.

la'allakum tafakkarun ^___^.

Ramadhan datang lagi. bulan khusus puasa dan zakat. ayuh rasakan dan hangatkan Ramadhan ini dengan semanagt berbakti. simpati dan empati. Allah yubaariik kum. ramadhan mubaarak!!


**bukan hanya kepayahan, kesakitan dan kecederaan fizikal yang harus dirawat dan dibantu ubat, sakit ruhi dan emosi juga perlu disantuni**

1 comment:

e.khadijah said...

'Dalam nikmat ada ujian,
dalam ujian pun ada nikmatnya...'



ahlan wa sahlan ya ramadhan~~~