Monday, July 4

Terfikir..

Pakcik: Aaaaaa kenapa lah dia sepak bola slow sangat? Yang ref pun satu, macam berat sebelah je. Ha ni mesti kes dah over confident. Pass lah bola tu, jangan pegang lama-lama... Haish.. *bla bla bla*

Anak buah 8 tahun: Patutnya pakcik je main untuk Malaysia kan. Mesti menang punya. Sebab pakcik tahu semua...
[gaya senyum yang ikhlas dari hati, macam tak berniat nak perli]

Pakcik & Makcik2: O_____O


***********

Best nya jadi budak. Rasa macam takde perasan sangka buruk langsung.

Teringat dulu naqibah pernah cakap, kalau kita nampak saudara kita buat something yang bertentangan dengan kefahaman / prinsip kita, kita kena come out dengan 10 alasan kenapa dia buat macamtu (melainkan obvious sangat apa dia buat tu melawan perintah Allah) Kalau kita dah cukup 10 alasan pun, kita still kita kena anggap dia terlupa. Dan tegurlah dia...

Betapa pentingnya untuk jaga hati dari bersangka buruk.

Alhamdulillah Allah bagi peringatan melalui cara yang halus.

Mungkin kalau ada orang datang cakap:
"Hey hey ko nih ape lah, suka sangka buruk, suka hasad kat orang, suka dengki. Semua tuh dosa tau x?? Dosa tu balasannya neraka!"

Hehe.. tak boleh terima rasanya.
Sebab tu setiap kali kita nak berkata-kata, bagi nasihat kat orang, fikir dulu apa yang sesuai.
Fikir dengan akal, nilai dengan hati.
Bila diadun, insyaAllah akan jadi satu ayat yang sangat indah.
Kemungkinan teguran boleh jadi satu inspirasi yang sangat manis buat yang dituju..



Macam dialog kat atas, manisnya terasa sampai sekarang.. ^__^

Semoga setiap peristiwa dalam hidup, kita fikir apa yang Allah cuba sampaikan.


Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. [59: 21]



Apabila Daie tidak menjaga hatinya maka rosaklah dirinya,
terfitnahlah Islam kerananya,
dan runtuhlah dakwah di tangannya.
Kejayaan dakwah bukanlah terletak pada kepandaian seorang daie berkata-kata,
bukan pula pada kecantikan paras rupa,
bukan juga dengan aktif berpesatuan, tetapi,
ia terletak pada keikhlasan dan kejernihan hatinya.

Jaga hati, fokus! :)

2 comments:

~amatullah~ said...

kan?

ada bace satu buku, katenye, orang yang paling mudah dijangkiti penyakit hati adalah daie. nak rosakkan akhlak luarannya mungkin ssh sbb daie tu sedar die diperhatiakn. maka syaitan buat serangan padu pada hati pulak. kekadang terasa diri cukup baik sampai pandang buruk, buruk sangke terhadap perbuatan orang lain. syaitan selalu je nak rosakkan hati dan niat manusia. maka ber hati hatilah kita semua.

bersangka baik selalu. jom :)

cinta ilahi said...

assalammualaikum...

rosak luar sng sgt dilihat.
tp rosak dalam, Allah dan kita je tau.
kalau btol kt ikhlas kerana Allah, hanya mencari redha Allah, insyaAllah, kita akan terasa berat dgn stiap kata2 yg kita luahkan sbb semuanya akan dihisab.
kita juga akan rasa malu dengan setiap perbuatan yang bertentangan dgn apa yg kt ucapkan.
daei memikul lebih banyak dosa banding mad'u.

semoga kita sama2 jge dgn setiap perbuatan dan kata2 kita. insyaAllah.

jzkk dijah!